# Berbuka semalam saya masak… NasiIkan Bawal 3 rasaSayur campurTimunPuding kastardBeli karipap 3 biji seringgit Bersahur tadi saya masak mee segera 3 bungkus! Permintaan istimewa anak-anak kerana bukan selalu mereka dapat menjamah mee segera. Saya pula tak makan mee segera…tak sedap! # Recorder Astro saya yang berusia 10 tahun itu rosak dan terpaksa juga ditukar
Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan,
Salam semua, selamat berpuasa hari ke 15. Sekejap rasanya masa berlalu, kita telah tiba dipertengahan bulan Ramadan. Saya belum buat persiapan lagi, baju anak-anak pun belum dibeli. Suami saya sibuk sangat sampai tak punya hari untuk menemani saya bershopping. Tahun ini kami akan menyambut Aidilfitri secara sederhana mungkin memandangkan kami baru saja kehilangan bapa yang
Saya sibuk sangat hari ini, nak siapkan drawing. Kalau tak sempat jenguk kawan-kawan, minta maaf ye. Oooppppssss….!!!!! Saya suri rumah sepenuh masa, tolong suami siapkan kerja. Kawan-kawan yang singgah tu, sudi-sudilah hulurkan sepinggan dua juadah berbuka nanti
AHLI CUEPACS dan MTUC bergabung mengedarkan risalah sempena kempen ‘Boikot Kenaikan Harga Barang Keperluan’ di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam. ——————————————————————————– Risalah itu berbunyi: “Harga barang-barang keperluan seperti beras, susu, garam, tepung, minyak masak, roti dan ayam semakin naik setiap hari. “Sebelum meningkat ke tahap kritikal, kita harus memainkan peranan kita selaku pengguna.
Sekitar 11.30 malam. Lampu telah terpadam dan sepasang suami isteri merebahkan diri untuk tidur setelah sang suami kepenatan seharian didera oleh isterinya mengemas rumah sempena cuti hari minggu . ( Sebenarnya isteri kalah one two som sebab tu kena tutup lampu…cessss ) Tiba-tiba suami bersuara: ” Jie, scorpion kala apa ( colour apa )?” ”
Perlukan duit raya? Sertai Peraduan Telur Goreng Di Pasar Ramadan * Tempat pertama =>RM 50* Tempat ke 2 => RM 20* Tempat ke 3 => RM 15 Sesiapa yang menang, kita kongsi la 40-60 , boleh? Pening memikirkan menu apa nak bersahur? Telur goreng dengan kicap dan nasi panas² dah cukup menyelerakan
Salah satu strategi untuk berhenti merokok adalah dengan berpuasa. Ini adalah kerana berpuasa boleh menjadi satu usaha pembentukan siasah diri ke arah yang lebih sempurna. Oleh itu bulan puasa sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan ini dan membuang tabiat yang merugikan itu. Tabiat merokok menghasilkan sekurang-kurangnya dua jenis pergantungan. Pertama pergantungan psikologi atau mental. Ini termasuklah keselesaan
Mayat budak perempuan itu adalah Nurin PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke

