Mengapa Mesti Menjerit

By Kujie, 30/11/2007 10:30 am

200507571 003 Mengapa Mesti MenjeritSuatu hari seorang guru bertanya kepada murid²nya, “Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, dia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana ketika itu dia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak.”

“Tapi…” guru itu balik bertanya, “lawan bicaranya berada dekatnya. Mengapa harus berteriak? Apakah dia tak dapat berbicara secara halus?”

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang dikira betul menurut pertimbangan mereka. Namun tak satupun jawapan yang memuaskan.

Guru lalu berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizik mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi.”

“Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tak hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apapun, keduanya dapat mendengarkannya dengan begitu jelas. Mengapa demikian?”

Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.

Mereka nampaknya berfikir amat dalam namun tak seorang pun berani memberikan jawaban.

“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak sehingga sepatah katapun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Sang guru masih melanjutkan, “Ketika kamu sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, TAK mengucapkan kata² mungkin merupakan cara yang BIJAKSANA. Kerana waktu akan membantumu.”

My feelings hidden

By Kujie, 29/11/2007 8:59 am
Friendship is like a river. It flows towards its destination and on the way it meets many interesting people. The entry of a new person may bring irreversible changes in friendship. Disagreement over issues may bring very old friendships to a sudden end. A friendship is formed because friends have common interests and opinions.

Every relationship has its ups and downs. It is for us to think optimistically or be a pessimist. Why should we think about how friendships may go bad tomorrow? Why not enjoy the relations today and let tomorrow worry about itself?

This song is dedicated to all my loving friends here! With all my love, tight hugs & sweet kisses.

Find Your Wings – Mark Harris

I pray that God would fill your heart with dreams *And that faith gives you the courage *To dare to do great things *I’m here for you whatever this life brings
So let my love give you roots *And help you find your wings
May passion be the wind *That leads you through your days *And may conviction keep you strong *Guide you on your way *May there be many moments *That make your life so sweet *Oh, but more than memories

Kuku Kaki Kujie

By Kujie, 28/11/2007 2:45 pm
Masalah blog Cik Mika tu dah selesai. Dia cukup marah kalau saya panggil dia Cik, abis tu tak kan nak panggil Puan? Kalau kelapangan, klik la melawat blog dia, blog sunti baru berusia sebulan. Itu pun selepas saya buka kitab motivasi brainwash , baru dia berani menekan tombol kehidupan dan mengcreate blog.

Kejap tadi saya bersantai tengok Buletin 1.30, terperasan betapa panjangnya kuku kaki saya. Belum pernah kuku kaki saya sepanjang ini. Keadaan ini mengambarkan satu senario yang betapa lamanya saya tidak berlapangan bersama suami. Sejak saya kahwin, kuku kaki saya akan dipotong oleh suami!!!

Sejak sebulan ini, suami saya memang sibuk. Keluar rumah jam 6.30 pagi dan selamat balik hampir 8 malam. Ini adalah keadaan biasa jika memulakan projek baru. Sekarang beliau berkerja di Projek Lebuhraya Shah Alam – Bkt Kemuning yang dijangka siap dalam tempuh 2 tahun lagi.

Saya dah tak selesa berkuku kaki panjang begini……..owh… abang cepatlah balik..!!!!

Boyzone – Baby Can I Hold You Tonigh
I love you *is all that you can’t say *Years gone by and still *Words don’t come easily *Like I love you , I love you..

But you can say, baby *Baby can I hold you tonight? *Baby, if I told you the right words *oooh, at the right time…*You’ll be mine ….

Ragam anak-anak

By Kujie, 28/11/2007 9:43 am
Pagi² saya masuk TS , dapat Pm macam ni dari Teratakian’s yang menggunakan signature “Love people & use things,Not love things & use people”

Nov 28 2007, 08:20 AM

hi mama

mama saya daa tergatal tgn..blog saya tue..
patutnyer yg belah bawah ada kat belah kiri atas..tapi sbb gatal punya pasal ada belah bawah lak
mama leh tlg letak atas tak…

Puas saya tengok, bila guna template asal blogger, sidebar dia mesti duduk bawah, tapi bila saya guna template lain, dari finalsense ke, templatepanic ke, elok je terletak…. pagi² dah kepala otak kena kerja… dikerjakan oleh anak²…muaaahhh….kan….. padan betul signature dia tu!!!

Kalau terklik blog saya ni, tinggalkan pesanan ye.. nanti bila saya dah siap, saya akan menjejak . Bila dah siap nanti baru saya bagi link dia ye…sekarang ni tak boleh …….blog macam tongkang pecah! he he he…amPonnn………..kan daku!

Jie~ Terimakasih untuk kawan blogger saya En.Zino yang menghantar kad jemputan perkahwinan………dah nak kahwinkan anak pun kawan kita ni. Indahnya hidup , walau kenal dari hujung jari, tetapi ingatan tetap berkekalan di alam realiti.

Time To Relex…

By Kujie, 27/11/2007 8:40 am
Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana . Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan.

Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air “PowerRoot” dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB.

Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter.

Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba² si suami memanggilnya semula.

Suami : Nak pergi mana?

Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!

Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!

Isteri : @#%$*!?/&$( %#@#@$%&^ %*&^?&%$ #^!@~

2nd floor…

By Kujie, 26/11/2007 2:48 pm
wawa said

Somehow, I learnt something new yesterday from the meeting.

Cookies is an American word for biscuits. That is sooooo Angah rite.

Angah bagitahu

2nd floor kalau sistem British – the floor of a building that is 2 floors above the ground floor, maksudnya tingkat 2 aras 3.

Tapi kalau Amerika 2nd floor – the floor that is above the ground floor of a building , maksudnya tingkat 1, aras 2.

Kebiasaannya kita ikut sistem mana? Amerika ke British….

 2nd floor...
Saya tak pasti kenapa bayi sekecil ini dibawa juga ke litar…. duduk terlalu hampir dengan trek.

* Paras bunyi yang di sarankan oleh Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO) adalah 55dB ( desibel)

Bunyi yang melebihi 70dB(A) akan menyebabkan kesempitan pembuluh darah lalu meningkatkan tekanan darah dalam badan. Kelenjar dalam badan akan mengekalkan hormon yang dikenali sebagai adrenalin ke seluruh badan dan menyebabkan seseorang itu berasa letih dan sakit kepala. Selain itu, individu terbabit juga akan bernafas secara tidak normal dan ini akan mempercepatkan kadar metabolisme dalam badan.

Berapa ye paras dB di litar lumba?

Panorama Theme by Themocracy