Harapan

Posted by Kujie on June 30th, 2008

nyalakan lampu
kerana malam ini adalah malam yang dingin
jika kau bertanya padaku tentang hari² yang tersisa
masih juga dengan ucapan yang sama
kebahagiaan menjelma , jiwa terubat dengan harapan
kerana yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah mereka yang memiliki harapan

Cermin Diri

Posted by Kujie on June 30th, 2008

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat sesuatu kebaikan.

Kujie ~ artikel lama untuk ubati diri.

Tarif baru bermula esok

Posted by Kujie on June 30th, 2008
new electricity tariffs 040608 bm version Berkuaskuasa esok 1hb Julai 2008 tarif baru elektrik akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung. ( Sabah & Sarawak - untungnya)

Sedar ke tidak? Dah lupa?

Semua orang lupa sebab masing² sibuk menonton drama liwat yang membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim . Semua orang lupa jerit perihnya meneruskan hidup selepas kenaikan harga minyak yang riuh diperkatakan.

Saya juga sibuk mendera Pakcik Google mencari biodata dan gambar bekas pelajar UNITEN, Mohd Saiful Bukhari b Azlan sehingga saya terjumpa satu akuan dari seorang sahabat seUNITEN

PM minta polis siasat dakwaan liwat terhadap Anwar dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun dah kata tuduh menuduh seperti ini kena ada saksi. Liwat ni orang tak buat tengah jalan, dia buat sulit jadi kena ada saksi .

Sekarang ini orang sudah tak berbincang pasal kenaikan harga barang atau cara² hendak berjimat atau berusaha untuk mengubah cara hidup. Masyarakat sudah lupa tentang kekurangan sesetengah bekalan makanan seperti  beras atau 3 kes membabitkan kilang milik Padiberas Nasional Bhd (Bernas) yang mengubah gred beras yang asalnya 15%  hancur diisi dengan 20%  beras hancur .

Orang semua ghairah bercerita tentang seks. Ha ha ha..orang melayu memang suka bercakap tentang seks , apalagi seks songsang sehingga terleka beras di dapur dah susut.

Saya pun ‘morning sickness’ surf internet pagi ini,  Banyak sangat berita dan drama.  Polis akan sibuk dengan kes²  seperti ini sehingga jenayah kecil, curi besi, pecah rumah di kawasan perumahan tidak dapat ditangani dan pemimpin kita terlalu sibuk untuk membela diri sendiri hingga tiada masa untuk  berfikir mencari jalan menghadapi kesan² kegawatan ekonomi semasa.

Akibat mempunyai nama yang sama , pagi ini suami saya pergi kerja dengan satu bisikan " abislah abang , hari ni mesti kena kutuk je dengan kawan² " :D  nama yang sama pun boleh jadi saru lawak untuk menghilangkan stress!

Surat Cinta

Posted by Kujie on June 29th, 2008
Hari ini saya mengemas rumah dan terjumpa surat cinta… :D . Surat Intan untuk Angah.   Saya selalu terjumpa surat² macam ni. Yang buat saya tak tahan tu,   dalam surat tu siap disediakan kotak untuk “balas di sini “… ha ha ha.. betul² macam comment box kat blog.


Ini surat² Intan dengan Along yang masih saya simpan…. mungkin dah remaja nanti bergaduh , pujuk memujuk melalui sms ( Short Message Service ) pula kot. :D

Bila kali terakhir kita dapat surat peribadi atau menulis surat peribadi?

Tiap hari memang posman berhenti depan rumah dan masukkan surat  dalam kotak surat tetapi semuanya bukan surat peribadi.  Surat bank, surat astro, surat telekom , surat kad kredit dan sebagainya.   Rasanya saya menulis dan menerima surat² peribadi kali terakhir  pada tahun 1988.  Si dia pun sudah meninggal dunia.  Rindunya nak terima surat² peribadi lagi.

Masa di zaman persekolahan, tinggal di asrama waktu dapat surat adalah saat yang paling gembira.  Selalunya surat diterima di dewan makan waktu makan tengahari.   Terus rasa kenyang… he he he.

I look around for my life

Posted by Kujie on June 28th, 2008
Kenapa saya sangat sibuk minggu ini…

( suami dan saya menikmati sarapan di kantin sekolah dengan Angah )

Minggu ini saya hadiri pertemuan dengan guru kelas Angah & Intan. Seperti biasa akan keluar ayat² cinta seperti ini dari Guru Kelas ..

Syafiq ni memang lain…saya kenal dia sebab dah 2 tahun saya mengajar dia… Dulu saya hairan dia tak pernah fokus dalam kelas, tak buat kerja rumah, buku selalu tinggal ..tetapi dia boleh dapat A. Saya pernah cakap dengan murid² lain.. dia tak buat kerja rumah tak pa…tapi mesti dapat A. Saya tahu otak dia bagus…tetapi Syafiq..semakin lama kita belajar..semakin tinggi tingkaran kita, pelajaran semakin susah, banyak maklumat yang perlu kita ingat..awak kena ubah cara belajar..awak mesti lebih rajin…bla..bla…bla….”

Saya pernah dipanggil oleh guru kelas kerana masalah Angah. Angah juga pernah di hantar untuk menghadiri  kaunseling kerana ” melawan arus” begitu. Saya kenal anak saya dan saya faham apa yang ingin cikgu katakan.  Angah memang lain. Dia tak suka buat kerja sekolah, macam tak fokus dalam kelas dan “lambat bertindak”.

Saya bukan jenis ibubapa yang memaksa anak² untuk dapatkan A, sekadar dia tidak ketinggalan  dan tidak terlibat dengan masalah disiplin itu sudah memadai. Dia akan melonjak bila tiba masanya.  Tak banyak yang dibualkan dengan cikgu Angah kerana saya kerap berjumpa  berbincang dengan guru kelas dia.

Selalu saya hantar Angah ke sekolah tiap pagi, selepas bersalam dia akan cium pipi saya.  Saya ingatkan dia malu untuk berbuat sepeti itu lagi didepan kawan² sekelas… rupanya tidak.   Angah tak malu tak segan untuk mencium pipi saya walaupun didepan kawan²nya .   :D


Kemudian pasang banner kat kawasan perumahan kami… Semua dijemput hadir.

Kemudian melawat kakak ipar saya.. jumpa anak saudara saya yang akan bertolak ke Arau , Perlis kerana akan mendaftar sebagai pelajar baru UITM Arau.  Semoga berjaya Mohamad Iqbal Hanif.

Progress Report .

Dulu….

Sekarang…siap 80%

Nota : Saya bukan besarkan dapur, saya cuma tukar kedudukan pintu dan sinki…..tapi alang² dah pecah bagai² tu, saya buat table top  sikit.  Perlu tempah kitchen kabinet  dan pasang paip.

ha…tengok tu table top…. nak lapah sekor lembu pun muat tau…:D


Copyright © 2007 Hidup Biar Sedap. All rights reserved.
WordPress Loves AJAX