Bepang pengantin

By Kujie, 30/04/2009 3:15 pm
Terimakasih

Terimakasih

Balik kelas pagi tadi, dapat bungkusan dan surat pos ekspress. Bungkusan boleh diagak, tapi surat pos ekspres tu tak sangka betul.

Terimakasih Ateh atas kiriman kad jemputan perkahwinan.    Suspen sungguh dapat kad melalui pos ekspres.  Terus terlintas pada entri terbaru Menteil menganai bila si dia mengirimkan walimatul urus. Tapi si Ateh ni bukanlah si dia tu… Dia salah seorang anak siber saya dari  Forum Teratak Santai.

Untuk Ateh sebaris pesanan yang pernah diriwayatkan oleh Asma’ binti Khorijah kepada anak perempuannya tatkala malam pernikahannya:

Continue reading 'Bepang pengantin'»

Doktor curi tulang benda hitam di lebuhraya Setia Alam

By Kujie, 29/04/2009 4:29 pm
Saya baca beberapa akhbar dan blog yang menulis mengenai kisah doktor HKL ditangkap ‘curi tulang’ kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, ketika lebih 20 pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Kes terbongkar apabila Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan yang kebetulan pergi ke situ untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau.

Siasatan mendapati dakwaan itu tidak benar kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai

Continue reading 'Doktor curi tulang benda hitam di lebuhraya Setia Alam'»

Cerita cinta hati saya

By Kujie, 29/04/2009 8:45 am
Selamat pagi cinta!

Pagi yang segar, pagi yang indah …. Terimakasih dan syukur kerana masih dipinjamkan nafas ini hingga ke detik ini.

Entri ringkas sebelum saya pergi kelas. Kisah anak-anak pagi² buta.

Kota Kinabalu April 2008

Kota Kinabalu April 2008

” kawan Intan cakap, nasi goreng semlm sedap…”

Fakta : Saya tidak perlu pergi kursus mengoreng nasi dengan majerin hanya untuk memikat anak². Gunalah minyak lebihan goreng ikan…lagi power selepas goreng ikan gelama masin!

Continue reading 'Cerita cinta hati saya'»

terlena dalam belaianmu

By Kujie, 28/04/2009 6:52 pm
Sepanjang minggu yang sibuk dengan aktiviti rutin sangatlah memenatkan. Dengan bahang cuaca yang perit.  Dua hari saya ulang alik ke kedai cermin mata untuk dapatkan yang sesuai untuk Angah.
Kalau saya mengadu dengan suami…………..pasti dapat ayat killer.

” orang dok kat site…….kiri kanan tak de pokok . ..awak tu dok dalam rumah pun nak mengadu panas”

Terus bersyukur kerana masih boleh on econ dalam bilik. Bini tak sedar diri!

Continue reading 'terlena dalam belaianmu'»

Perodua MPV ( D46T)

By Kujie, 27/04/2009 11:12 pm
Hari ini penat sangat, semalam hari minggu tetamu datang bersilih ganti. Adik saya datang sekeluarga, memancing ,  bakar ikan dan balik selepas minum petang.  Lepas maghrib adik ipar saya suami isteri  sampai. Lepas perlawanan Arsenal dengan Middlesbrough baru balik.

Saya upgrade  2 blog , satu untuk adik ipar dan satu bloglist saya yang telah dinaiktaraf. Penat membelek code.

Untuk lapangkan minda, mari kita berangan-angan tak sudah merenung gambar Perodua MPV yang dipamerkan  di Minggu Amanah Saham 2009 , Johor Bahru.

Continue reading 'Perodua MPV ( D46T)'»

Panorama Theme by Themocracy