Sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke – 52 tahun ini, saya juga ingin meraikan Teman Tapi Mesra pengomen tegar di blog Hidup Biar Sedap. Jumlah komen yang dipaparkan adalah untuk sepanjang tahun 2009 (setakat 7 pagi 31/08/2009 ). Ucapan terimakasih yang tidak terhingga kerana semua sudi memeriahkan blog yang tidak seberapa ini. Maza – Gubuk Kecil
Hujung minggu pertama di bulan Ramadan. Tentunya ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu sehingga Isnin ( 31/8/09) untuk keluar membeli belah membuat persiapan menyambut hari raya. Semalam saya ke Komplek Shah Alam. Masyaallah……. sesaknya jalanraya . Itu baru pukul 3 petang. Ingat nak cepat, keluar dari GCE ikut Lebuhraya Persekutuan rupanya tersenggok-senggok di jalanraya .
Dari semalam,saya banyak menerima sms mengenai Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia . Apa yang saya tahu, Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh yang meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Kuala Lumpur , bukan Ismail Kamus. Ustaz Ismail Kamus kini berada di Mekah mengerjakan umrah. Tadi di surau , masih
Perkara yang benar tidak akan berdiri dengan sikap manusia yang mempertahankannya dengan cara yang tidak betul. Sering kali kecenderungan individu membesar-besarkan sesuatu perkara dengan kenyataan-kenyataan yang aneh dan ganjil untuk memenangkan pendapatnya. Bersikap sederhana dalam memberi pandangan dan katakanlah sesuatu yang tidak melampaui saranan al-Quran dan sunah. Meskipun individu tersebut tidak menerima pandangan anda, sekurang-kurangnya
Semalam hujan lebat, guruh dan petir berdentum sejak jam 4 petang. Cuaca yang sesuai untuk ‘buat taik mata patlima kilo’ tapi sebagai surirumah Domestic Engineer , saya ada praktikal di dapur bersama senduk dan kuali. Talian streamyx yang manja terus merajuk macam anak kecil tak dapat jajan di pasar Ramadan. Talian semput macam siput puasa 24
Nak bingkisan raya? Blog nueman ada anjurkan “ Ramadhan Contest : Aku dan Ramadhan 2 “. credit image : khaloodies.deviantart.com Tahun lepas saya telah menyertai contest ini dengan entri Ramadhan Dalam Hidup Saya dan memenangi tempat kedua dengan hadiah bulan madu di awan biru… yang menarik . Tahun ini saya tak masuk bertanding kerana kisah
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551 Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac
Dah bayar zakat fitrah semua? Zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan): Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7 Terengganu – RM5, RM7 dan RM8 Johor – RM5 dan RM7.50 Sabah – RM6.60 Negeri Sembilan – RM6.50 Melaka – RM6.30 Sarawak dan Perlis – RM6 Sumber : BERNAMA
Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut: warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini; berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan tinggal di Negeri di mana dia

