Biodata

Dikenali dengan panggilan Jie @ Kak Jie, Berkahwin dan ibu kepada  3 orang anak yang sedang meningkat remaja.

Dilahirkan di Baling, Kedah pada 18hb April .

Menjawat jawatan rasmi sebagai Domestic Engineer suri rumahtangga sepenuh masa selepas melahirkan anak pertama.

Tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan dapat menyesuaikan diri mengikut persekitaran. what you see is what you get  kind of person!

Sejarah saya seorang blogger

Saya bermula dengan blogdrive ( masih ada dan masih boleh dilogin ) pada 20hb September 2005 dan jatuh cinta untuk kali pertama dengan blogspot pada Julai 2006 yang telah menjadi arwah akibat penjenayah cyber.


Post pertama saya sebagai seorang blogger – sangat daif! Dapat 2 komen.

 


Blog kujie2.blogspot.com pernah berada pada top 10k  di Technorati.

Seperti kata perpatah, kalau ingin dapatkan madu, jadilah seperti lebah yang kemana-mana pergi mencari bunga.  Jangan menjadi seperti lalat,  kat mana² dia pergi, dia akan mencari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada.

Blog bagi saya adalah medium untuk membina perhubungan , berkongsi rasa, pendapat dan pengetahuan. Apa yang saya kongsi bukanlah semata-mata kisah peribadi hidup tetapi pengajaran atau tips yang boleh dikutip untuk generasi muda sekarang.

 

Temui saya di laman sosial berikut:

 

Advertorial di Kujie2.com

Saya menawarkan perkhidmatan advertorial post /servis review tentang produk atau perkhidmatan di laman blog ini mengikut kesesuaian.   Lihat contoh advertorial yang pernah diterbitkan di blog ini – Advertorial

Antara syarikat yang pernah berkerjasama dengan kujie2.com ialah Sony, Petronas, Ninetology, Beras Basmathi Jasmine, Beg Tudung Khasadinna, Jubin MML, Sen Heng, Tudung Terbaik Dari Ladang, e_Qurban, Agro Hypermark, Homestay Sentubung, Homestay Kampung Benut, Tourism Malaysia, DTOX, Nile, Lazada dan Honda.

Mungkin followers saya tidaklah banyak tetapi saya sangat aktif berinteraksi bersama dan sering kali mendapat feedback yang memuaskan terhadap entri yang diterbitkan. Kalau ingin terus berinterasi dan lebih mengenali secara personal, bolehlah klik dan follow saya di salah satu sosial media seperti di atas.

 

 

194 thoughts on “Biodata

  1. kak Jie…tang tembam cam mauripan tu yg nggak enak didengarnya..sya pun sama cmtu jgk dong 😆 😆 😆 ….hahhahahaaaha…syabas kak Jie…teruskan perjuangan blogger kak Jie ni…

  2. Sebenarnya blog ini sendiri penuh dgn kisah anak2

    Cuma bila anak2 dah besar, tak boleh cerita tentang dia orang sangat…kena tapis2. Maklum anak remaja dia ada kawan2 sendiri, citarasa dan pandangan sendiri.

    Masa Along kt smt Sepang, ada kawan sekelas tanya ” kujie2.com tu mak awak ye?”

    Masa Angah kt mrsm merbok ada juga kawan sekelas dia tanya ” kujie2.com tu mama awak ye?”

    Jadi , kisah2 dia org kena agak2 juga nak dikeluarkan kat blog, takut dia org rasa malu rasa segan dgn kawan2.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kawan Facebook BertambahMy Profile

  3. salam..
    saya ni baru sangat berblogging. saya memang suka menulis sejak sekolah tapi jodoh saya bukan di bidang penulisan dan sewaktu dengannya. well, sekarang saya cuba menulis lagi di waktu senggang daripada waktu yg super sibuk. blog akak ni antara penyumbang inspirasi. thanks 😉

  4. Sejarah itu penting, untuk megukur kejayaan diri. Sememangnya bila dikaji2 sejarah diri, kita memang asalnya dari tak tahu apa2, bodoh, dungu, kaku.

    Tidak mcm kujie, sy mengenali blog dalam usia yg cukup tua, dan kerana dek nak tahu sangat dah berpuluh blog yang saya bina, samalah…guna blogspot percuma.

    Mcm novelis yg baru belajar menulis, lepas satu….satu blog dibakul sampahkan, ada saja tak kena. Sehari pelawat hanya “zero”, memang syok sendiri.

    Tapi mcm org yang tengah gila bercinta, nak kenal pulak domain & hosting, lantas beli ebook zulfadzli…berhempas pulas setting sana setting sini, duit habis dek bersalin domain…

    Tapi akhirnya faham jugalah sikit2, apa itu SEO, dapat juga lah tarik trafik seratus dua, dengan entry yang entah apa2…

    Kadang2 rasa jemu dan nak mengalah pun ada… so dtglah saya ke kujie2.com mencari sesuatu…yang tersirat dan tersurat.

    Memang, betul, kalau nak pandai banyakkan membaca blog org lain, pilihlah yang dah establish sebab di situ mmg banyak ilmu. Tapi jangan harap org nak suapkan ke mulut mcm anak lembu menyusu di tetek ibunya….tak ada ummph!!!!

    Setiap link dan kelipan di blog ini ada rahsianya, so jangan segan klik dan timba ilmunya…..Kujie tak marah kan….kan…kan….
    Jom terjah post menarik dari mus ..Gambar Menakjubkan Letusan Gunung Berapi PuyehueMy Profile

  5. salam akak….
    mntk izin share sal artikel Hubungan Malaysia-Indonesia seruncing buluh?
    x semua tp juz nak copy part pnting2

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.