Beberapa Nasihat Penting Sewaktu Memasang Jubin

Beberapa siri entri yang terdahulu saya telah pun menerangkan serba sedikit  panduan memilih jubin.   Baca – Panduan Memilih Jubin   Semoga penerangan ringkas itu dapat membantu kawan-kawan dan pembaca membuat persediaan awal mendapatkan pandangan sebelum membeli jubin .  Maklumlah pemilihan dan proses memasang jubin bukan mudah.

Untuk entri ini, pihak  MML iaitu pengeluar jenama jubin terkenal dunia sekali lagi sudi untuk berkongsi beberapa lagi panduan yang boleh kita ambil sebagai langkah persediaan bagi mendapatkan kekemasan jubin yang memuaskan.

 

cara memasang jubin lantai

Adalah penting untuk mempertimbangkan saiz jubin yang digunakan, bentuk kawasan itu selepas siap dipasang jubin dan keperluan spesifikasi kawasan tersebut. Secara amnya, kedudukan harus dirancang dari kawasan tengah. Adalah disyorkan untuk membina unit contoh untuk kelulusan tuan rumah sebelum menjalankan kerja-kerja memasang jubin sebenar untuk memastikan pemilik faham sepenuhnya mengenai keputusan akhir yang terhasil.

 

pemotong jubin

Cutter tile digunakan untuk mendapatkan jubin yang lurus apabila diperlukan untuk memotong.  Jubin yang dipotong seeloknya diletakkan di bahagian ruang yang kurang kelihatan.  Contoh di bahagian paling tepi atau sudut.

cara bancuh simen

Satu campuran adunan simen dan agregat halus digaul secara untuk mendapatkan permukaan simen yang sekata sebelum diletakkan jubin.

 

jenis pelekat jubin

Contoh bahan pelekat yang sesuai untuk digunakan.

 

cara pasang jubin lantai

Ruang antara jubin perlulah selari dan sama rata. Untuk mendapatkan lebar seragam bagi sendi  yang konsisten antara jubin dan dinding,  boleh diletakkan  ‘plastic spacers’.

Ada satu tips ringkat untuk mempastikan jubin yang  telah dipasang itu berada dalam keadaan baik dan memuaskan.  Caranya,  keluarkan salah satu jubin dan lihat permukaan bawahnya sama ada simen yang digunakan sebagai pelekat itu sekata dan lurus.

Sebaik sahaja jubin lantai diletakkan,  adalah penting untuk memastikan kawasan tersebut tidak dipijak.

Apabila jubin kelihatan cukup pejal, biasanya selepas 3 jam, jubin perlu dibersihkan dengan teliti menggunakan span basah. Ini adalah untuk mengelakkan bahan buangan dan sisa kotoran melekat bersama.

 

 

cara memasang jubin

Selepas selesai proses pemasangan, kemasan permukaan harus dibersihkan untuk menghilangkan debu pelekat. Mana-mana serpihan dan kotoran termasuk plaster, debu, cat juga perlu dikeluarkan dari kawasan tersebut.

Selepas itu jubin perlu dilindungi dengan menutupnya sama ada dengan kanvas, papan lapis atau kepingan kadbod. Letakkan papantanda untuk menghalang kawasan tersebut dimasuki. Aktiviti yang boleh menghasilkan gegaran seperti mengetuk dinding di kawasan sekitar juga dilarang.

Semoga panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu meminimumkan kerosakan dan mengelakkan kesilapan berlaku.

 

  1. Trima kasih bebanyak2….asalnya nak upah orang pasang tiles kat porch tapi upahnya saja RM1800 mak ooi belum masuk belanja beli barang …. mahu tak mahu kena berabih 3 atau 4 ribu….. berbekal semangat dan tip yg diberikan …. buat sendiri …. lambat dan berhati2 las las siap gak… puas hati….jadikan momento dan kenangan sepanjang hayat….. hari hari tengok hari hari berbangga dgn pencapaian diri……pasni nak teruskan mengetile kolam ikan lak……terima kasih bebanyak untuk ilmu yg bermenafaat……. once u crossed yr own mind block ..u can possibly do anything…. tqvm once again..

  2. dulu time keje dengan syarikat kontraktor, adala jugak menuntut ilmu sket dgn pekerja2 yang pasang tiles nih…

    nmpk mudah, tapi rumit gak sebenarnya…klu x de pengalaman, memang susah gak 🙂

    tapi tips ni memang baik
    Jom terjah post menarik dari belalang ..Hanif Idrus Segmen MenerjahMy Profile

    • betul tu aku ne rasa tiror dah tapi bila aku tengok kat youtube rupa2nya aku masih banyak lagi tambah ilmu pasang jubin kalu x caya cubalah baru taw