Beli Grafik Tablet Di Lazada

Saya nak belikan Angah tablet. BIla sebut saja tablet, semua orang bayangkan tablet computer yang ramai orang beli bagi anak main game. Pasaran komputer tablet mula terkenal selepas Apple mengeluarkan peranti iPad pada tahun 2010. Kemudian muncul Dell Streak 5, Samsung Galaxy Tab 7″ yang dikeluarkan pada September 2010 dan Research in Motion dengan BlackBerry Playbook.

Angah minta tablet ni dah lama sebenarnya, sejak tahun 2009. Bila dapat saja result PMR, benda pertama yang dia SMS saya adalah ” Angah nak laptop dengan tablet”

Itulah  kali pertama saya dengar perkataan tablet dan terpaksa menggunakan khidmat Google untuk mencari maklumat. Saya pernah tulis dalam entri ini – Patut ke beli benda ni untuk anak-anak? Tablet yang dimaksudkan adalah grafik tablet yang digunakan untuk melukis. Dia memang minat melukis dan boleh melukis berbanding makayah dia ni. Pernah juga lukisan dia keluar kat Majalah Gempak.

 

lukisan harimauDia lukis ni sewaktu dalam kapal terbang dari Kuching ke Kuala Lumpur menggunakan sampul beg muntah (puke bag ) dalam pesawat. Sewaktu nak turun dari pesawat, dia bagi lukisan tu kat pramugari. Amboiii…. dah tunjuk ciri-ciri romeo!

Septembr baru ni dia dah mendaftar untuk pengajian peringkat ijazah selama 4 tahun. Saya bercadang  belikan hadiah grafik tablet untuk menyokong minat dia.  Mungkin dah tiba masa yang sesuai untuk penuhi permintaan anak.

Saya kerap membeli beberapa alat elektronik dan gadget secara online.  Beli belah online sekarang ni semakin mudah.  Ambil masa beberapa minit saja. Pengalaman membeli belah secara online di Lazada juga menyenangkan.

cara memebli belah online lazada
Saya cari tablet di lazada.com.my  . Laman web Lazada usefriendly, mudah untuk membuat carian item yang dihajati. Guna navigation Kategori dan rujukan item yang berkaitan memudahkan kita membuat carian secara lebih spesifik.

Bila dah jumpa yang berkenan, klik Buy Now dan bila berpuashati dengan keterangan item pilihan, klik Proceed to Checkout.

shopping online melalui lazada
Kalau belum daftar dengan Lazada pun boleh beli. Isi saja email dan klik continue.

cara shopping online lazada
Isi maklumat untuk alamat penghantaran.

isi borang shopping online lazada
Kemudian pilih cara untuk membuat bayaran.  Boleh bayar menggunakan Credit atau Debit Card, COD , PayPal atau online banking.

shopping lazada guna maybank2u
Saya membeli belah  di Lazada menggunakan  Maybank2u.  Ambil masa beberapa minit sahaja kalau TAC nombor tu cepat dapat.   Selepas berjaya membuat pembelian, notification juga akan dihantar ke email bersama nombor Order Tracking.

shopping lazada
Bila-bila masa selepas selesai membuat pembelian, boleh semak status barang yang kita beli tu prosesnya dah sampai ke bahagian mana.

Cara Buat Order Tracking

  • Pergi ke page Lazada Order Tracking
  • Copy Order Number dari email pengesahan yang diterima : Contoh 300591659
  • Paste Order Number kat ruang yang disediakan dan klik “Check Now!”

shipping lazada
Bila barang yang dipesan telah dihantar, saya dapat satu email pemberitahuan. Kita tau flow chart perjalanan barang pesanan dengan jelas dan boleh buat anggaran bila akan menerima barang tersebut.  Senang  nak tunggu di rumah.

3 hari selepas membuat pesanan, saya terima barang yang dibeli secara online dengan selamatnya. Mudahkan membeli belah dengan lazada.  Saya lihat banyak juga barangan perkakasan rumah dan sesuai untuk dikirimkan sebagai hadiah perkahwinan rakan-rakan.

Graphic Tablet

Angah dengan Graphic Tablet idamannya.  Seronoknya tak tau nak cakap.. maklumlah memang itu barangan yang dia hajati sejak 3 tahun lepas walaupun bukannya berjenama premium.  Sesuai untuk pelajar bukan pengguna profesional.

Jangan digunakan skil melukis nak pikat awek sudahlah…. 4 tahun tu habiskan pengajian dulu!

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. di Indonesia lazada juga ada ni, ntar mau cek kesana siapa tahu ada harga2 promo 😀
    Nice sharing Kak Jie 🙂
    Jom terjah post menarik dari Rina ..Easy Ways To Create And Build A Responsive Website DesignMy Profile

  2. Menarik ni. Bolehlah saya tgk kot2 ada blender di Lazada…hehe..

    Gaya romeo? hehehe…tergelak saya baca yg ni… =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pengalaman Beli Belah di Zalora!My Profile

  3. bagus beri sokongan padu kepada minta anak…ada bakat besar tu
    Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Geng Tikus Bermaharajalela di Kuala LumpurMy Profile

  4. memang berlambak barang jual kat lazada..rambang mata nak pilih..
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS CHINA (10/9/2013 )My Profile

  5. tak pernah shopping di lazada lagi , nanti la bila2 kita cuba shopping sana … periuk nasi i dah buruk tu ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..4 Tips Untuk Lulus Permohonan Belajar Ke MaghribiMy Profile

  6. saya pun ada beli tablet untuk anak lepas raya hari tu, murah jer made in taiwan….
    Jom terjah post menarik dari sukma ..PEMAKAIAN LOCENG KAKI DILARANGMy Profile

  7. Murah juga… Sebab biasa kalau ada yang nak beli wacom nie suggest beli Bamboo… Harga Bamboo pn dalam RM2**++… Kalau mcm tu, sy pn nak beli satu untuk adik pulak…
    Jom terjah post menarik dari Izzuddin Fauzi ..McDonald Mengandungi Bahan Haram?My Profile

  8. wah..kiranya murah jugak tu..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Kenapa gua tak pergi seminar Dr Azizan Osman?My Profile

  9. Boleh la Angah buat blog macam saharil conteng. Dia update blog guna tablet macam gini lah….
    Kadang kala jenama premium tak kena gaya membazir jer….sama jer fungsi dengan yang biasa.
    Jom terjah post menarik dari Saljuhumairah ..Kenapa Mesti Tonton Video UAI Menangis Teresak-esak?My Profile

  10. Zaman terlebih moden ini banyak gajet yang boleh membantu kemahiran dan kreativiti anak-anak cuma kita kena selalu ingatkan dengan berhemah supaya guna utk kebaikan
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Minyak mentah, Emas dan Dollar US manipulasi ekonomi duniaMy Profile

  11. ada juga tablet yang boleh melukis ingatkan samsung note je yang boleh melukis..
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Pasang Perangkap Masuk MLMMy Profile

  12. Nampak macam murah je barang kat lazada…
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Lagi aksesori terbaruMy Profile

  13. Sebagai ibu kita memberi galakkan dan sokongan terhadap minat dan cita2 mereka.

    Belum pernah try membeli-belah di Lazada lagi mungkin patut cuba.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Hati Tak KeruanMy Profile

    • bersesuain dengan umur anak juga
      kadang2 hobi pun kalau tak perpatutan, kena tapis juga
      keutamaan dia yang mana…

      kira ok dah beli kat lazada ni, senang nak isi form dan penghantaran pun ok dlm 3 hari
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beli Grafik Tablet Di LazadaMy Profile

  14. Cerah masa depan anak kak jie ni..cantik pulak lukisan dia tu…
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Penyamun CintakuMy Profile

  15. bagusnya akak.. saya jadi mak yang tak sanggup kadang2 nak tolak permintaan anak.. boleh kongsikan tips bagaimana akak handle permintaan anak?
    Jom terjah post menarik dari rozita ..Petua dapat anak putih dan berlesung pipit dan amalan ketika mengandungMy Profile

  16. alah…mama ni.
    kalau dah kacak..tak yah pikat awek pun awek yang datang kejar..hehe
    Jom terjah post menarik dari azwan ..Bermain Dengan Lens 50mmMy Profile

  17. Wah grafik tablet. Nice. Solehah pun suka barang2 komputer/laptop ni. Tapi kadang2 tu xberapa suka beli semua ni secara online sebab nak tengok kualiti sesuatu barang. Btw, solehah xpenah pun shopping kat Lazada ni. Nampak menarik saje laman ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari Solehah ..Jadi 1000 Yang Pertama Dalam Survey Speak Your MindsMy Profile

    • biasanya benda nak beli tu dah kaji dan tengok kat mana-mana cuma belum mampu beli masa tu

      satu lagi sebab lokasi. kalau nak beli barang rm 100, kena pi KL yg jaraknya 40-50km, tempuh sesak…. nak menapak satu2…duit minyak, parking…duit diluar jangka mcm makan minum…. tolak camput lebih baik beli online kalau sekadar satu barang saja.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Beli Grafik Tablet Di LazadaMy Profile

  18. Tengok gaya macam nak pikat pramugari je.. Kak Jie dapat menantu pramugari lah nanti.. Hehe..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Voucher Membeli-Belah daripada Lazada MalaysiaMy Profile

  19. wah canggih jugak grafik tablet tuh yer…makin seronok la Angah melukis nanti…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Suka Menghempas PintuMy Profile

  20. Grafik tablet best tu….pelukis memang suka…
    Jom terjah post menarik dari daddydee ..Salah Siapa Pelajar Jadi ManjaMy Profile

  21. Pernah beli tablet AigoPad dari Lazada baru-baru ini. Penghantaran tidak sampai 24jam. Nampak sudah ada perubahan perkhidmatan yang ditawarkan.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Sambutan Hari Raya bersama Papa John’s PizzaMy Profile

  22. cantik lukisan rimau tuh.. jeles dengan orang pandai lukis ni…
    Jom terjah post menarik dari Cik Lily Putih ..LUX Sensational Fine Fragrance WorkshopMy Profile

  23. ramai cakap macam-macam tentang Lazada. Ada yang kata menipu, barang tak sampai dari diberi, banyak lagi.

    tapi cakap mulut manusia memang camtu, tu tak puas hati, ni tak puas hati.
    Jom terjah post menarik dari Khairil Mazri ..Carilah Pemimpin Di RumahMy Profile

    • semua tempat ada sisi tak eloknya , kedai biasa, kedai makan pasaraya besar pasaraya kecik.

      company dah susun atur flow chart pekerja elok dah, yang nak ikut tak ikut tu individu.

      dah ada pengalaman, cuma share pengalaman yg tempuh saja.

  24. Ada bakat anak kak jie nih..seronok la dia dpt apa yg dah lama dia hajati tu.
    Jom terjah post menarik dari Mak lagenda ..IDEA MENGHIAS TOILETMy Profile

  25. nak kena belajar melukis balik ni, tak sangka idea bg hasil karya pd pramugari tu telah diaplikasikan oleh angah…memang ilmu ke-romeo-an dia dah berada pada level yg cukup stabil..hehe

    semoga angah jgn cari awek dulu waktu belajar yer, igt pesan mak tu.
    nanti dah kerja baru boleh…kan.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Kabinet Pasang Siap Yang Boleh Diubah-ubah Bentuknya.My Profile

  26. memang menarik hasil seni yang dibuat.. bukan semua orang ada bakat melukis seperti itu.
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Peluang Terbuka Menjadi Krew Kabin Pesawat AirAsiaMy Profile

  27. bagus ni..minat melukis tu..bakat dan anugerah yang dikurniakan jangan disia-siakan..buat apa yang kita minat lagi bagus..:D
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Bayaran Komisen Dari KlikjerMy Profile

  28. kak jie..warranty dia camana? cam best je..dulu minat jugak melukis..siap wakil sekolah ke pertandingan melukis..sekarang dah kaku dah tangan
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Minyak Naik 20sen? Jom naik basikalMy Profile

  29. kenapa tak letak no phone sekali..hahaha
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Backyard Monsters and Dinosaurs di PutrajayaMy Profile