Beras Basmathi Jasmine Sesuai Untuk Masak Nasi Arab

Sejak adik bongsu  berkahwin akhir bulan Mei, kami belum pernah berkumpul walaupun dia hanya di KL. Masing-masing dah sibuk dengan kerjaya dan kebetulan adik ipar saya bekerja shif, jadual cuti tak sama dengan orang lain. Bila berkumpul ramai-ramai mesti ada aktivi masak-masak dan makan-makan.

Bila sebut perjumpaan keluarga, perkara pertama yang difikir adalah nak masak apa… mak-mak mesti fikir macam ni. Kat surau minggu lepas, sambil-sambil bersembang saya bertanya kawan-kawan idea untuk memasak dan seorang jiran terdekat bagi resepi Nasi Kabsa Kambing yang menggunakan beras Basmati.

Resepi Nasi Kabsa ni senang nak masak,  tak gunakan rempah kabsa yang payah nak cari.  Semua bahan memang sentiasa ada di dapur.

berkelah bersama keluarga

Nasi arab ni memang trend , kat mana-mana saja orang bercakap tentang nasi arab.  Cuma agak mahal set hidangannya.  Kalau buat sendiri, berbaloi untuk makan sekeluarga.

Bagi saya, bahan penting yang menghasilkan nasi arab yang sedap bergantung kepada jenis beras.  Kalau menu biasa, kita boleh gabungkan pelbagai jenis lauk pauk untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap bersama nasi tetapi menu Nasi Arab bergantung kepada terbitnya rasa dari beras yang dimasak.  Sebab itu beras Basmati yang paling sesuai.

beras basmathi king

Memasak menggunakan beras Basmati yang  berkualiti dan diikuti gabungan pelbagai jenis rempah ratus akan menerbitkan aroma harum nasi Arab. Memandangkan masakan jenis ini memang di makan kering bersama salsa ( salad ) atau sos, tekstur nasi yang sedap dan enak sangat perlu.  Sebab itulah pemilihan jenis beras sangat dititikberatkan.

Jiran saya yang berikan resepi Nasi Kabsa beritahu  Beras Basmathi Jasmine King sesuai untuk memasak nasi Arab tersebut.

beras basmathi jasmine yang sedap

Beras basmathi menjadi kemestian didalam menyediakan menu istimewa tak kiralah majlis keluarga, majlis berbuka puasa atau pun untuk majlis jamuan hari raya ( open house).    Beras Jasmine Basmathi King dah ada kat dapur, cuma nak tunggu dimasak saja.  Cantik je berasnya dan bila nak tanak nasi pun senang, tak berkanji sangat.

Selain dari nasi briyani yang popular menggunakan beras basmati, nasi lemak, nasi jagung atau nasi minyak juga boleh  menggunakan beras tersebut.

Beberapa panduan panduan penting yang tidak harus diabaikan sewaktu menyediakan beras Basmati

  • Rendam sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dimasak untuk mempastikan ianya betul-betul kembang.
  • Sewaktu mengaul atau mengais-kais nasi ( saya panggil gembur ) gunakan garpu supaya nasi menjadi peroi tak padat.

Nanti saya update resepinya ye……… sesi makan-makan dengan Nasi Kabsa Kambing menggunakan Beras Jasmine Basmathi King.

  1. beras yang biasa saya gunakan beras parboiled rice jasmine nasi arab memang sedap.paling best nasi mandhi kena lak gan kambing bakar cicah lak gan sos cili hijau,terbaiklah

  2. Pingback: Resepi Nasi Kabsa Beras Basmathi Jasmine | Hidup Biar Sedap

  3. Salam kak jie,

    memang sedap beras ni, ada sekali kawan saya buat nasi lemak pakai beras ni. Sedapnye ! *lap mulut

    Semoga bertemu dengan lailatul qadar 🙂

  4. kak jie, soalan..
    kat mana tempat berkelah ni? macam menarik je, leh bawak anak2 nanti..
    jgn lupa resepi tau.. nak cuba jugak..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..My SweetieMy Profile

  5. 2 kali merasa nasi arab original ketika di Lubnan dan Dubai beberapa tahun dahulu. Terbaru di Wangsa Maju. Masalahnya apabila sudah rasa yang ori tekak sudah menetapkan piawaian mahu paling kurang rasa mesti sama taraf. 🙂

  6. Setiap jenis beras punya rasa yang berbeda, belum pernah saya memasak beras dari arab nie tapi kalau beras jepang sudah tu…

  7. Kalau saya pilih Faizal Mohgul or Kohinoor for beryani …
    lagi satu tak suka “kacau” atau gembur pasal nasi/beras akan patah
    dan tak cantik end result

    • memang nasi arab dah trending sekarang ni… sebab tak berkanji, peroi rasa sedap
      nanti nak buat nasi maqlubah juga… beras ada lagi ni

  8. kena letak caption kat gambar pertama : bukan bulan puasa..haha

    kalau famili ramai berbaloi-baloi buat sendiri ni..kalau dua orang pergi umah kak jie lah..eh
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Nak Tips SEOMy Profile