Booking Hotel Online Di LagiSatu

Tiap kali merancang bercuti, menempah tiket penerbangan atau jadual perjalanan adalah perkara pertama yang diselesaikan. Bila dah tetapkan tarikh dan perjalanan, saya yakin setiap orang akan mencari maklumat tempat penginapan.

Mencari tempat penginapan dan membuat tempahan hotel online  bukan suatu yang mudah kerana kita bukan biasa ke lokasi tersebut dan carian di internet juga menemukan dengan palbagai pilihan  dari portal berbeza yang perlu dibuka.  Penat juga nak membuka banyak tempat sebelum membuat keputusan akhir tempahan.

Kali terakhir saya bercuti 2 minggu lepas, tempat penginapan adalah hasil carian internet. Saya yang membuat pilihan selepas menilai harga dan lokasi untuk kami sekeluarga. Itu baru nak pergi Port Dickson, 2 minggu sebelum tarikh pilihan bolehlah mula buat tempahan.

Tahun lepas saya bercuti ke Kuching, 2-3 bulan sebelum terbang saya dah mula membuat carian hotel  online . Kalau buat carian online, mesti dua tiga page terpaksa dibuka untuk membuat perbandingan dan mencari maklumat seperti harga, lokasi, rating atau review daripada pengunjung lain.

Awal minggu ini, saya diperkenalkan dengan satu portal yang bagi saya sangat-sangat menarik. Korang kena bookmark ye sebab saya suka dengan perkhidmatan di portal tersebut.

Jom klik LagiSatu.Com.

Buka saja laman web tersebut, yang terpanpang adalah mainpage yang kemas, bersih dan user-friendly.

 

booking hotel online

 

Fungsi yang tersedia dengan mudah menolong kita membuat carian.  Layout yang kemas dan teratur dari one stop center membolehkan kita membuat perbandingan ribuan hotel yang tersenarai untuk mendapatkan harga yang kita kehendaki.

 

pilihan hotel murah

Ciri paling menarik LagiSatu.Com ialah paparkan perbezaan harga dari pelbagai portal lain di dalam satu carian. Biasanya kita kena buka setiap halaman untuk melihat perbandingan harga tetapi dalam satu klik di LagiSatu.Com, tersedia senarai harga untuk dibuat perbandingan.

Dalam maklumat tersebut juga dipaparkan lokasi hotel yang tersenarai. Yang ini  fungi paling saya suka sebab saya biasanya kena klik peta lokasi dan buka satu lagi halaman baru untuk melihat kedudukan hotel tersebut. Sebagai pelancong, mestilah nak tahu celah ceruk mana kedudukan lokasi hotel.

Dalam pemilihan hotel tempat bercuti, selain harga, lokasi juga sangat penting. Kalau terlalu jauh dari tempat tujuan, hotel yang murah pun tak berbaloi sebab kita kena keluarkan lebih kos pengangkutan. Pastikan harga murah dan dekat dengan tempat tujuan.

Kemudian yang tersedia di hotel tersebut seperti Wifi, kolam renang, bilik mesyuarat , tempat letak kereta, restoran juga dipaparkan dengan sekali klik.  Sebagai perancang percutian keluarga, semua maklumat tersebut memang akan saya gunakan sebelum membuat keputusan menempah sesebuah hotel.

Carian boleh dibuat secara lebih specifik mengikut jenis rating atau jarak, malah kalau kita buat carian dengan pelbagai harga yang dikehendaki, sekelip mata saja portal ini akan memaparkan keputsan.  Tak perlu tunggu  ambil masa untuk loading.  Cuba  korang buat  carian sendiri di LagiSatu.Com barulah faham.

hotel halal di china

Satu lagi keistimewaan protal LagiSatu.Com ini ialah , kalau klik logo HalalStars dalam keputusan carian hotel, senarai butiran hotel yang memberi kemudahan dan perkhidmatan yang muslim-friendly dipaparkan.  Pilihan hotel  halal di Australia, Sri Langka, China , India atau pun Taiwan.  Fungis ini sangat membantu pelancong muslim membuat keputusan sebelum menempah sesebuah hotel yang dikehendaki.

Piawaian yang digunakan untuk diberikan status  muslim-friendly adalah meliputi kemudahan atau faksiliti , perkhidmatan yang disediakan seperti mempunyai surau dan makanan halal yang dihidangkan.

Tiket tambang murah dah booking kan, hotel saja belum.  Buatlah carian yang mudah di LagiSatu.Com.   Carian hotel pilihan disediakan dengan lebih cepat, menjimatkan masa dan boleh dipercayai.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. austalia dkt melbour best

  2. Salam Kak Jie,

    Terima kasih atas post ini. Sekurangnya ada option selain Agoda.com sahaja.
    Jom terjah post menarik dari Edwin – Salam Media ..Peraduan Post Paling Lawak dari RichPlan4uMy Profile

  3. Pencarian yang akan memudahkan pencari untuk menentukan hotel apa yang akan di tuju.
    Jom terjah post menarik dari estri ..Perbedaan Cokelat Hitam Dan Cokelat PutihMy Profile

  4. bagus ni nampaknya

  5. platform yg sgt baik utk kita sbg org islam dalam memilih hotel yg halal!
    Jom terjah post menarik dari Vimax Malaysia ..Vimax Original mesti ada hologram?My Profile

  6. kali pertama tahu pasal lagisatu nih..
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Format Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29My Profile

  7. Bab halal tu bagus. Jarang nak jumpa website yang ada pengkhususan bab halal, Agoda dan booking.com pun tak de walaupun website tu dah well established berpuluh tahun,
    Jom terjah post menarik dari Stuwie ..UBER, Pilihan Bagus Selain Premier Taxi di Kuala LumpurMy Profile

  8. wah-wah…best je ni

  9. Wah terbaik website ni…
    Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Senarai pendek pemenang # MSMW 2014My Profile

  10. Boleh buat perbandingan ikut harga yang pelanggan mahukan. 😀
    Jom terjah post menarik dari keretasewadisabah ..Dairy Farm Kundasang SabahMy Profile

  11. Menarik ni Kak Jie terutama tentang HalalStars tu, memudahkan kita membuat carian terutama bila tempat kita nak pergi tu bukan negara Islam.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Doa Yang TermakbulMy Profile

  12. Senang ada One Stop center walaupun ada beberapa laman khas menyenaraikan hotel.

  13. tertarik dengan halal star tu.. bagus kalau ada label begitu.. senang bagi yg muslim nak cari tempat penginapan yg mesra muslim..hehe
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Menurunkan berat badan atau mengurus berat badan?My Profile