Cathoot – Hotel Kucing Di Kota Damansara

Minggu lepas saya bercuti 5 hari, masalah utama penjaga kucing apabila bercuti adalah mencari tempat untuk  kucing yang selamat dan selesa sewaktu  ditinggalkan. Sehari mungkin boleh tinggalkan dengan makanan dan pasir tandas yang mencukupi. Itu pun hati tak senang dok teringat aje.

Selepas membuat carian dan melihat beberapa tempat, saya akhirnya membuat keputusan untuk menghantar anak-anak bulus kesayangan di Cathoot Malaysia di Kota Damansara.

cat boardingCATBOARDING SELANGOR

Cat Hoot terletak di No. 36, Jalan Pekaka 8/3, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, bersebelahan Jabatan Pendaftaran Negara Kota Damansara atau boleh terus ke lokasi melalui  GPS: Latitude: 3.1757239 Longitude: 101.5749245

Kalau nak booking atau maklumat lanjut, boleh buka laman web mereka – Cathoot Malaysia

cat boardingMELATI

Salah satu sebab utama saya memilih menghantar anak-anak kucing kesayangan ke Cathoot adalah mereka hanya menerima kucing sahaja, tidak bercampur dengan binatang peliharaan lain.

Lagi pun masa ni Cathoot sedang menawarkan harga promosi .  Kalau sesiapa nak booking, boleh klik ke Cats Hotel – Cathoot Malaysia dan gunakan kod kupon “opening’ bagi mendapatkan diskaun sebanyak RM 15.  Promosi akan tamat pada 31 Mei 2015

 

keadaan bilik hotel kucing

Saya bawa Alice, Melati dan Carrot dan mereka ditempatkan di Furry Suite.  Furry Suite  yang luas dan sesuai untuk menempatkan 4 ekor kucing bersama. Kita tak perlu pisahkan kucing-kucing kita yang kehidupan harianya bersama. Tak adalah dia rasa keseorangan atau kejutan emosi rindukan tuan yang sedang bercuti.

Comel je Alice dengan katil purple.

cat boardingHOTEL KUCING

Selain Furry Suite, terdapat juga Mellow Condo – pakej ini sesuai untuk menempatkan 2 ekor kucing bersama.  Pemilik kucing boleh bawa barangan peribadi supaya sicomel ini rasa selesa seperti di rumah.  Kucing pun tau rindukan tuannya ..

CATBOARDINGKL

Salah satu pilihan di sini ialah Hoot Cottage yang menempatkan seekor kucing setiap bilik.  Ruang bilik kucing dan ruang tandas dipisahkan.  Di bahagian ini juga disediakan kawasan yang luas untuk kucing bebas keluar bermain atau berinteraksi bersama tetamu yang lain.

Kucing di CatHoot tidak dikurung di dalam sangkar seperti kebiasaan, tetapi kucing akan dilepaskan untuk bersosial bersama kucing yang lain atau pengunjung yang singgah. Bergantung kepada keperibadian kucing itu sendiri dan keselesaannya.

Bagi kucing saya yang biasa bergerak bebas di dalam rumah dan tidak pernah dikurung di dalam sangkar, suasana yang ditawarkan di sini sangat menyenangkan mereka.

hotel kucing

Kita boleh menempah perkhidmatan selama sejam sesi bermain bersama staff setiap hari supaya si comel kita kekal aktif dan ceria.  Kucing juga diberikan makanan premium dan air bertapis setiap hari.

cat boardingKEADAAN CAT BOARDING

Kemudahan dan peralatan yang selamat untuk kucing.

cat boardingCATBOARDING

Caathoot bukan saja menyediakan tempat selesa untuk tinggalkan kucing kesayangan apabila kita bercuti tetapi mereka juga menawarkan segala keperluan kucing seperti makanan, pasir atau sangkat.  Saya nampak pasir kucing jenama sama  lebih murah daripada kedai yang biasa saya beli di Rawang.

Ruang lobi yang luas ini juga dilepaskan kucing untuk bebas bergerak dan bermain.  Kelebihan unik di Cathoot adalah pelawat dan pelanggan bebas bermain dengan kucing yang diletakkan di sini dengan izin pemilik.  Pintu utama kaca sepenuh memberi suasana mesra kepada pengunjung dan kucing melihat burung di persekitaran.

Alice yang berkaki tiga juga bebas bergerak , berlari dan bermain dengan selesa di sini.

kucing bermain

Sewaktu saya jauh beribu kilometer sedang seronok bercuti, staff Cathoot akan mengupdate aktiviti kucing kita melalui Facebook Cathoot  atau Instagram Cathoot.  Terubat juga rindu.

Cathoot juga menawarkan perkhidmatan asas grooming. Boleh telefon untuk sebarang pertanyaan di : 03-6143 4334.  Premis di buka setiap hari Isnin – Jumaat dari jam 10 pagi hingga 7 malam dan pada hari Sabtu /Ahad di buka dari jam 11 pagi hingga 6 petang.

Semalam saya buat survey di beberapa ‘cat boarding’ kawasan Rawang , mereka telah membuka tempahan sempena hari raya.  Kepada pemilik kucing, jangan lupa untuk membuat tempahan sekiranya akan bercuti di hari raya nanti.  Buatlah tempahan segera di Cathoot Malaysia , kalau nak balik arah utara senang saja boleh singgah di Kota Damansara.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Cathoot – Hotel Kucing Di Kota Damansara”

    1. pemilik kucing ada pilihan utk hantar boarding ikut kesesuaian masing-masing…kalau dulu banyak jenis letak dlm sangkar

    1. untung pada yang dpt tuan menjaga kebajikan, ada banyak juga yang dpt tuan yang tak menjaga
      lebih banyak yang terbiar….

Comments are closed.