dodol melaka online

Dodol Melaka Online

dodol melaka online

Dodol atau dikenali juga dengan nama kelamai adalah sejenis manisan tradisi yang melalui proses memasak yang lama iaitu lebih kurang 3 hingga 4 jam. Dodol menggunakan bahan-bahan seperti santan kelapa, tepung pulut, gula pasir, gula melaka atau gula enau dan garam.

Dodol menjadi salah satu hidangan istimewa pada hari hari raya atau majlis perkahwinan.

Saya bukanlah peminat dodol kerana mungkin sering mendapat dodol yang tidak memenuhi citarasa. Tetapi dodol melaka yang saya terima minggu lepas cukup sesedap rasa memenuhi selera. Testur yang lembut dan pembungkusan segi tiga yang kemas merangsang tetamu untuk menjamah dan memudahkan proses penyimpanan.

Seiring dengan perkembangan  teknologi komunikasi dan maklumat, strategi pengedaran produk termasuk dodol juga semakin mudah dan efektif. Sekarang kita boleh dapatkan dodol melaka terus ke muka pintu dengan pembelian dalam talian.

Saya baru saja menerima penghantaran Dodol Melaka dari www.dodolmelaka.com .  Senior blogger Cik Faizah Chokilala yang menjual secara online.

Perkhidmatan COD (Cash On Delivery) sekitar Putrajaya & Cyberjaya juga disediakan. Hubungi Dodol Melaka di  Facebook  Dodol Melaka atau call/sms: 017-6671248

 

Peribahasa Dodol

Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit – Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu.

sumber – Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Dodol Melaka Online”

  1. dodol Melaka memang bestt! dulu masa dok kat Segamat,tiap kali nak balik kampung,mesti singgah RNR Ayer Kroh nak beli dodol semata2. hihi.

  2. ahh kalau kak jie yang review sat g kene balik seminggu dua kali la si chukis
    Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..Khairu NisaMy Profile

Comments are closed.