Empayar Kesatria Poyos Menguasai Facebook

Salam ceria buat pembaca-pembaca Kujie2.Com.   Hari ini kita akan meneroka satu lagi dunia fantasi yang baru dilancarkan .   Kita dah sedia maklum sekarang ni memang dah banyak aplikasi permainan di Facebook. Sampai saya sendiri nak senaraikan pun dah tak tau mana satu. Kalau satu ketika dulu Mafia Wars dikatakan menjadi kegilaan, sekarang ni tibalah masa kita untuk merasa buah tangan anak tempatan pula.

Permainan ini dinamakan Kesatria Poyos.

Hehe.. bunyi agak melucukan, tapi kalau nak tau pernainan ini semakin digilai pengguna Facebook masa kini.  Bila dah dihasilkan oleh anak tempatan, maka hasil buatannya 100% dalam Bahasa Melayu. Hebat bukan!

Permainan ini seperti biasa, mesti bermula dari peringkat bawah iaitu Hulubalang Biasa. Menapak satu demi satu untuk meningkatkan kemampuan diri dengan mengutip pengalaman hidup sehingga menjadi seorang yang berkuasa dan power. Kemudian peringkat demi peringkat ditingkatkan kuasa sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Kesatria yang gagah berani lagi poyos..

Di sini saya ceritakan sedikit info secara ringkas mengenai Aplikasi Permainan Kesatria Poyos.

  • Engine permainan ini lebih kurang sama macam Mafia Wars
  • Ramai pemain yang saling bantu-membantu, walaupun selalu saling serang menyerang antara satu sama lain
  • Banyak hadiah misteri dan peraduan2 unik disediakan untuk pemain
  • Tips, strategi dan pengumuman penting mengenai game di sediakan di blog Empayar Poyos
  • Juga dimain oleh seorang selebriti terkenal Malaysia, Farid Kamil! kalau tak percaya cuba semak di sini:- Farid Kamil pun main Kesatria Poyos
  • Game dicipta oleh Atok Nujum dan anda boleh berhubung dengan beliau di:- facebook.com/atokpoyogiler
  • Link untuk bermain permainan ini ada di: facebook.com/kesatria-poyos
  • Di sini pula adalah Kelab Peminat untuk Kesatria Poyos: facebook.com/KesatriaPoyos

Ok ok.. nak lagi info? Apa kata kita tengok pula testimoni mereka yang aktif dengan permainan ini:-

Mans Ihum: pada mula nyer aku x brminat sangat nak main game poyos nie..sbb bgi aku susah giler..nasib baik ler si fendy mato ijo tu yang ajar..tq bro…saat nie aku dah kira ok masuk tahap 14,…dan kini aku jadi sorang mat gian dlm game ni..game ni poyos giler..aku suke aku suke..tahniah pada pencipta dan pengasas game ni….mertabatkanlah bahasa melayu dalam menuju arah kemodenan…

Ahmad Razien: kita kena tunjuk kat org luar, malaysia jugak ada geme yang setanding dengan kehebatan diorang… cuma diorang takder game yang sepoyo game kita!! Hidup Tok Nujum Poyo!!

Junizam Aziz: perghh..marvelous…penuh dgn misi poyo yg mendebarkan.. mengeletek jiwa sehingga membuatkan aku tak berhenti tersengih seorang diri…sebagai rakyat malaysia…aku bangga dengan pencapaian hebat rakyat malaysia selaras dengan saranan PM..’rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan’….keep up the good job….bravooo…

PSSsssst… Farid Kamil pun main game ni… wow, kagum sungguh. Tak caya? Cube tengok telefon bimbit dia.

Post ini ditulis oleh penulis tamu – Azman Ishak dari azmanishak.com.

78 Replies to “Empayar Kesatria Poyos Menguasai Facebook”

  1. Pingback: Review Kesatria Poyos : EMPAYAR POYOS
  2. first time ziarah kujie, setelah lama mencari peluang

    saya ni takde pun akaun facebook, tapi pernah ada satu masa dulu.
    jadi tau lah sikit2 tentang game2 yang mengetagihkan di FB

    sedap nama game terbaru ni.klakar mendengarnya.
    kujie main juga ya?
    apa2 pun, kita sokonglah benda2 buatan Malaysia, kan
    .-= klcitizen´s last blog ..Dowh! =-.

  3. Pingback: Sketsa "BANKER" Melampau - FaceBook: Harus Guna Tapi Dengan Syarat
  4. Pingback: Anarm.Net
  5. terima kasih kak kujie sebab review game nie.. pasnie xmain mw la.. har3..
    .-= afendie´s last blog ..list of twitter apps to help you auto follow or auto unfollow on twitter =-.

  6. bangga ada org melayu boleh buat aplikasi macam ni…tapi sayang saya bukan gamers sejati kat facebook, takat layan pets society je…tp x pe nanti nak try gak sebab kawan ada ajak main sekali
    .-= khairil´s last blog ..Istimewanya Maher Zain =-.

  7. apa pon saya berbangga, walaupon tak mampu hasilkan
    mende macam ni, tapi saya berbangga sebab ianya hasil
    anak tempatan. cukup kagun dengan atok nujum. hang memang
    best ah atok. RESPECTED!
    .-= kreuger´s last blog ..TakeOwnership.reg – Ubah tetapan keselamatan Hak-Milik (Ownership) =-.

  8. 😯 wahhh ade gak yg wat review sal KP(kesatria poyos)…thanks bnyk2 kujie…bgus2 teruskan martabatkan KP ni dan naikkan nama malaysia…bangga sgt sb game ni dibuat oleh anak tempatan kita…sy adalah salah seorang pemain yg mngikuti KP ni sejak mula lagi permainan ni dikuarkn (kira2 awal bulan jan 10 xsilap sy)…dulu xbpe best sb tak ramai pemain n xramai yg tahu…tp skrg…anda cubalah sendiri hehe…mcm2 kaletah org ade…dpt ramai kwn…n game ni jgak dpt memupuk smngat setia kawan n bersatu padu..kalo nk cite bnde menarik mmg bnyk….eloklah anda yg cuba sndiri…konfom lekat mcm saya ni…hehe

  9. hoho..kak jie dah ajak saya main game lain pulak ke dalam FB..jawabnya susah dah pasni nak tutup FB..hehe
    .-= wanmus´s last blog ..Domain Dot Com Murah RM28 Setahun [Limited] =-.

  10. saya dulu minat gila mafia wars tapi sampai satu tahap tu saya dah muak, rasa nak muntah main game kat facebook. dulu selalu main mafia wars, barn buddy, pet society, restaurant city etc.

    btw, siapa tulis artikel ni? blog kak jie ramai author ye?
    .-= Amir´s last blog ..Daylight Saving Off =-.

  11. Dah lama saya tidak menggunakan aplikasi game di FB. Sebelum ini ada juga join skit. Tapi memandangkan perkara ini melalaikan. Abaikan sahaja 😎
    .-= imran´s last blog ..Malaysian Smart Car =-.

    1. Apa benda sekalipun akan jadi melalaikan sekiranya kita tak pandai mengawal diri… lu pikir la sendiri bak kata Nabil ahaks!

  12. Terima kasih daun pisang atok ucapkan ke atas review Kesatria Poyos yang dibuat… terima kasih jugak kerana menyokong…

  13. kalau ada masa lapang nnt nak try gak lah.. hehehe.. wat masa skrg ni belum ade mood nak layan.. :mrgreen:

    1. best main perang2 dari pada bercucuk tanam yg tak keluarkan peluh
      yg nk otak kena ligat berfikir dan bertindak..heheh

  14. Dengan rasa penuh teruja aku panjatkan doa moga umor pengasas dan konco-konco game ni semakin hari semakin memanjang, aku teramat gembira kerana game edisi melayu wujud juga akhirnyer kat dunia cyber ni..bagi ko org yg blom cuba main tu..sila ler klik kt game tu..sah jadi gila sakan nanti hehehe…pe lagi bile dah kamcing dgn dak atok, fendy, azra, sang asura dan lelain2..poyo giler geng..syabas syabas syabas..moga wujud game dlm bentuk CD di pasaran versi melayu..apa2 pon..baik main game dari lepak atau makan dadah hehehe..buat atok nujum..bravo..miss u.. :mrgreen:

  15. wooww…memang hebat..tapi malangnye saye tak suke main game kat FB..hehe..takpela..yg suke main game tuh..cepatlah serbu game ni…yeahh

  16. anak melayu mmg hebat..lg hebat bila blh buat aplikasi game & digunapakai di FB..

    jom kita semua sama2 main game Kesatria Poyos & bantu membantu di sana..
    .-= Nadri´s last blog ..Perginya Seorang Pelawak & Penghibur =-.

    1. Yup … teringat anak Kak Jie si Angah tu
      dia pun ade juga buat2 game mudah2 guna sofware Kids Programming Language

  17. Pingback: Review Game Facebook Melayu : Kesatria Poyos | Denaihati
  18. baca title game pun dah gelak macam nak mati. haha! skang ni sape barani cakap anak melayu tak setanding orang luar? game ni kat fb ni. satu dunia tahu. syabas atok nujum. anda telah menaikkan nama malaysia ke mata dunia.

    tak sabar nak try game ni. haha
    .-= zaiMi´s last blog ..Kaki Penipu Dapatwang Scam =-.

  19. wafia wars aku xminat lgsg… mule2 jupe kp pn aku tgk cm mafia wars aku tutup.. pastu bosan2 saje la try pe best ny main perang2 ni… skali tgk ayat2 y kuar bile kite menang @ atau kalah buat aku gelak kat dpn pc ni… smpi skg ni aku lyn fb psl nk maen KP..dpt mmbr2 bru… xpenah jupe, xpenah kenal.. tp kdg2 bleh komen mcm da lame kenal.. huhu… sempoi je…

  20. game baru, patut r x penah dgr… kalau game yg mirip mafia wars confirm daus x reti maen, papepun nak test main gak r… thanks for sharing kak… tadi ada terbaca anarm network punya tweet, ingatkan apa kebenda tadi kesatria poyos tu… :mrgreen:
    .-= Dauspozi´s last blog ..Tips Mencipta Identiti Tersendiri Di Dunia Blogging =-.

  21. Huhu aritu dah cuba-cuba game ni,lepas ni sah layan game ni je 🙂
    .-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.

  22. bangga betul ada org malaysia yg buat game facebook macam org luar sana..

    kalau join ni mesti ketagih, dah la dulu ketagih mafia wars..
    .-= mijie´s last blog ..Melihat hidden file mengunakan command prompt =-.

    1. itu lah kan…. kalau gunakan ilmu dgn baik
      semua org bagi sokongan
      jgn guna ilmu utk jahanamkan blog org..yg tu semua org dok kutuk

    1. elok la tu..jual kebun , jual ayam itik p berperang
      tapi kalau jumpa Farid Kamil janglah tembak dia…………
      nanti merana gadis-gadis malaya… 😆

  23. Wah ciptaan anak tempatan yer Kak Jie… hebat. Setanding yang dari obersi. Walaupun nama dia pendekar poyos, tapi nampaknya tak poyo pun tampilan permainan ni. Nampak cook jer. Lagi cool bila si Farid Kamil pun join sekaki berperang hehe. :mrgreen:

    Harus try bila ada kelapangan 😎

    1. itulah iza…teringat Angah
      dia pun belajar juga sikit2 create game
      minat dia mcm ni…

      pheeewit………kalau jumpa Farid Kamil jgn tembak dia ye…

  24. ada kemajuan..tapi malangnya dah tak boleh nak main game online..sekali start, memang dah hilang kawalan..tak reti nak berhenti..hahaha
    .-= Azizuan´s last blog ..Tiga Siri TV Mesti Tonton =-.

    1. owh..ini cabaran juga
      cabaran utk diri sendiri – ketahanan mental diri sebenarnya
      boleh control diri ke tak..hahaha

Comments are closed.