eQurban – Bukan sekadar perdagang ternakan Qurban.

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Kak Jie. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menulis dalam blog yang hebat ini. Terasa kerdil betul untuk menulis di sini tetapi peluang yang hebat tak boleh dilepaskan begitu sahaja. Tidaklah bermaksud saya menulis di sini untuk mempromosi blog denaihati.com cuma mengambil kesempatan berkongsi mencari sedikit kebaikan di dunia dan banyak kebaikan di akhirat insyallah.

Memetik firman Allah swt surah Al-Haj ayat 36:

Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi’ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”

Ladang lembu usahasama eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”

(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Banyak sungguh kebaikan Qurban yang kekadang tidak kita ambil peduli kerana kesibukan dunia. Sayang kita kepada harta dunia membuat kita selalu rasa rugi untuk berqurban atau mungkin kita rasa duit kita masih belum cukup untuk berqurban. Berapa agaknya yang kita rasakan cukup itu? Sesungguhnya kalau rezeki yang kita cari maka qurban adalah salah satu pintu untuk menambah rezeki.

Insyallah dengan hanya RM230 sahaja kita sudah boleh berqurban dengan 1 bahagian daripada seekor lembu yang diternak usahasama eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja. eQurban.com adalah sebuah syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan qurban di Kemboja. Kenapa Kemboja kerana umat Islam di sana terlalu daif yang hanya dapat bertemu daging setahun sekali itu pun kalau ada rezeki. Azamlah tahun ini setiap dari pembaca blog kak jie ini untuk mengeluarkan hanya RM230 sahaja berqurban 1 bahagian lembu untuk mendapat ganjaran yang berjuta kali di akhirat kelak. Kepada yang ada pakaian terpakai juga boleh menyumbang kepada muslim Kemboja melalui eQurban.

Sumbangan yang sedikit insyallah boleh merubah nasib umat Islam Kemboja yang daif kerana mereka juga saudara seIslam kita.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. 230 saje kak jie?
    insyallah..saya akan buat utk tahun nie kalau ade rezki..
    Jom terjah post menarik dari nabiel ..Bila RinduRase Sangat KerinduannyaMy Profile

  2. satu usaha yang baik, alhamdulillah..moga sentiasa dipermudahkan.
    Jom terjah post menarik dari student ..Tangga kewanganMy Profile

  3. jawatan kosong says:

    Amin…..

  4. bagi kita tiap2 hari boleh makan daging – nikmat dari tuhan,
    sedihnya bila dapat tahu org islam kemboja dapat nikmati daging setahun sekali
    Jom terjah post menarik dari anuarkarimz ..Iklan Aidilfitri Yg Penuh KontroversiMy Profile

  5. satu usaha murni yang dilakukan oleh equrban, semoga kita dimurahkan rezeki oleh NYA untuk membantu sesama muslim
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Jalan-jalan cari pasalMy Profile

  6. denaihati says:

    contact je eQurban ofis kat Bdr Baru Bangi.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..International Burn A Koran Day adakah permulaan perang dunia ke 3My Profile

  7. satu sumbangan uyg sangat bermanfaat utk semua..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Selamat Hari RayaMy Profile

  8. Amin ya allah.. insyaALlah
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Malam Lailatul – Qadar Lebih Baik Daripada Seribu BulanMy Profile

  9. semoga kita dpt menambahkn lg amal ibadat kita..dan mendapat balasan Syurga diakhirat kelak..

  10. Menarik gak ni… pasal pakaian tuh, macam mana nak hantar erk? ada pejabat yang boleh dihantar ke pakaian-pakaian tuh?
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Kad raya – Dari fizikal ke digitalMy Profile

  11. Insyallah niat yg baik itu sahaja sudah dapat ganjaran pahala dan apabila dibuat berlipat kali ganda lagi insyallah.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Laungan Merdeka53 dari Follower Twitter dan FacebookMy Profile

  12. eh, menarik ni…saya insya-allah nak buat qurban tahun ni..
    Jom terjah post menarik dari Lee ..Biar Betul Dah Nak Raya!!My Profile