Gulai Kawah Umbut Pisang

Resepi gulai kawah umbut pisang – Resepi Gulai Batang Pisang Orang Baling

Hujung tahun 2010 saya singgah gerai makan Mid Gulai Kawah yang terkenal dengan menu specialnya Gulai Kawah Umbut Pisang.

Kami  – mak, adik ipar duai , anak beranak dan anak menakan beronvoi dari Baling ke Butterworth semata² untuk memenuhi undangan tuan kedai yang pernah datang bertandang ke rumah saya dulu.

Pemilik Mid Gulai Kawan – Abdul Hamid Mukhtar jiran sekampung saya.

tambah jangan tak tambah

Sampai hampir jam 1 tengahari , waktu yang tepat perut sedang memutarkan lagu keroncong.  Sampai di lokasi, susah payah nak cari parkir kereta kerana bersusun kereta memenuhi ruang depan kedai macam ada kenduri kahwin.

Semua meja penuh dengan pelanggan yang sedang menikmati hidangan – alhamdullah, tanda aras kualiti masakan sesebuah kedai makan.

Lokasi kedai sangat mudah dikunjungi melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar melalui Sungai Dua, Butterworth. Hanya kira-kira 350meter dari persimpangan susur keluar Sungai Dua sebelum Mobil dan Esso.

Alamatnya : No 1641 Kg Telok, Sg Dua, Butterworth Pulau Pinang

Kalau dalam perjalanan ke utara tak mengambil banyak masa untuk berhenti sebentar menikmati makan tengahari dengan lebih 100 menu popular.

Ada berbagai jenis masakan ikan darat dan laut, siput, kerang, sayuran, ulaman  dan sudah semestinya menu utama ‘gulai umbut pisang.

Apa istimewanya batang pisang ini? Ramai yang keliru antara batang dan umbut dan saya pernah berjumpa peniaga yang letakkan pelepah pisang untuk menu gulai tersebut.

Cara nak masak gulai umbut pisang – klik sini Gulai Umbut Pisang

Kami serombongan yang kekenyangan suka hati bergambar bersama tuan kedai dan isteri. Terimakasih banyak².  InsyaAllah kami singgah lagi..

Nota : Sebahagian gambar dari facebook Mid Gulai Kawah.  Dah makan tak ingat nak bergambar lagi aih…:lol:

©kujie – post entri waktu makan tenghahari !

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. haa kujie, i’m one of those terkene gulai pelepah pisang. memang maki dalam hati jer laa kt peniaga tu. nak untuk lebih, dah tak bagi beli rm2, kene beli rm3.

    peniaga camtuh takkan kemana pun
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Resipi Udang Goreng TepungMy Profile

  2. Kalau dekat pejabat ada jual gulai kawah taklah berapa rasanya tapi saya suka makan kuah kerana kalau kering susah hendak telan

  3. tuelaa..aku pun lapar tgh2 mlm ni….humanghaih…..

  4. perh pagi2 buta ngk gulai..tibe2 leh lapar plak..aiseh…tp best part tue kalo masak ramai2..huhu..

  5. gulai kalau pakai umbut ni mmg sedap. umbut buluh, pisang, kelapa, mmg sodap.

    lg satu, dia boleh menyamar jadi daging jd nampak daging banyak aje hehehe. (umbut kelapa)
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Over stress buat ramai manusia jadi gilaMy Profile

  6. Pergh.. Terliur dah mlm tengok.. kat KL ssh plk nak jumpa…
    Jom terjah post menarik dari deCrewz ..Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk JalanMy Profile

  7. makan gulai kawah tak pnah lagi.. tolong kacau masa masak gulai kawah ade ler.. masa sepupu kawen tahun lepas..
    Jom terjah post menarik dari Ezany-Kun ..7 Kebaikan Air Mata Yang MenangisMy Profile

  8. walaweh! menetes banjir kat sini ni ha! dahle lapo nii
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..pakai GPS pun sesat jugakMy Profile

  9. Nampak cam sedap jer gulai umbut pisang tu. Kena pergi cuba suatu hari nanti. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Sebagaimana mereka mengasihaniku di waktu kecilMy Profile

  10. k jie, kalau teringin makan tu, mesti singgah sg petani, kedai makan dekat pekan, berhampiran telekom. nak pi Baling jauh sangat. tak pernah la pula tau tempat ni, walhal dulu seminggu sekali dok lalu lalang nak ke Penaga. boleh serbu la macam nih 😆
    Jom terjah post menarik dari cek chun ..apa ada pada sepuluh pin ituMy Profile

  11. rockinsudu says:

    macam sedap. pernah dengar tp xpernah rasa lg.
    Jom terjah post menarik dari rockinsudu ..Setelah sekian lamaMy Profile

  12. terliur la plak.nanti kalau turun perlis ingat nak singgah la.dulu masa keje kat perlis pernah makan, memang sedap sangat.belah selatan ni jarang jumpa
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Perbandingan dengan bisnes lainMy Profile

  13. princeduyong says:

    wah…nak try la singgah on the way gi langkawi nanti…
    Jom terjah post menarik dari princeduyong ..MEMANG KAU GLEMERMy Profile

  14. sedap ke lauk tu??
    tengok cam sedap jer. saya ni tak pernah makan lagi jenis lauk tu. hehehe…
    Jom terjah post menarik dari Master Pak Pandir ..Cara terbaik makan biskut CHIPSMOREMy Profile

  15. Dekat dengan rumah. Mee udang Sg. Dua dan Char Koey Teow kedai berhampiran pun sedap juga. Tiba-tiba rindukan Malaysia.
    Jom terjah post menarik dari blogresipi ..New from Blogresipi- Mika Perfumes on Sale!My Profile

  16. buka je blog kakjie tengok gulai kawah, tengah lapar belum makan tengahari lagi…
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Mencari keberkatan didalam hidup-tanggungjawab terhadap ibu bapaMy Profile

  17. dulu2 mak selalu gak masak umbut pisang nie…dah lama sangat tak makan..nampak sedap je…
    Jom terjah post menarik dari acu sayang ..SayuMy Profile

  18. fav anis!! Ya Allah…cepatlah bulan 3….nak balik malaysia ni….

    *rintihan ibu mengandung yg mengidam mcm2*
    Jom terjah post menarik dari anis ..SurPriSe!!My Profile

  19. wah.. sesuai dengan selera maza ni..

    erkk .. sekarang tengah mengidam kambing golek dengan nasi arab.. heheheh

    psst: Dr. minta excuse bulan nie aje ya.. bagi chance ler kat maza nak merasa masakan yg marvelous itew lorr.. hahaha
    Jom terjah post menarik dari maza ..Taman Orkid- Kuala LumpurMy Profile

  20. umbut pisang tak pernah makan sebab kat sarawak ni selalu masak umbut kelapa je. dan mak kata, gulai umbut pisang ni memang masakan orang utara dan sedap.

    alahai..tengah hari da…lapar lak..huu 😕
    Jom terjah post menarik dari LeeZha ..Dari Melintang Dia LurusMy Profile

  21. Banyak tu nasi tambah , hehe…

    Tak pernah rasa gulai kawah umbut atau batang pisang. Biasa makan umbut nyior atau moombear (nyior muda) je.. tapi mestilah sedap juga, kan.. :mrgreen:

  22. kak jie yang menaip entri pun dok berkeroncong… 😆

  23. dekat saja dari susur keluar Sg Dua tu…
    jangan lewat, nanti tinggai kawah! 😆

  24. KAK KUJIE, teringin gak saya nak rasa. Selalu gak saya ulang alik ke Penang ~ Butterworth ~ Perda, tak terfikir nak lencong ke situ. Lepas ni harus nak singgah….

  25. macam nak banjir dah ofis ni dok terbayang gulai umbut nih…tup tap tup tap..

    tak baik kak jie ni tau… :mrgreen:

Trackbacks

  1. petalingstreet.org says:

    Gulai Kawah Umbut Pisang | Hidup Biar Sedap…

    Ramai yang keliru antara batang dan umbut dan saya pernah berjumpa peniaga yang letakkan pelepah pisang untuk menu gulai tersebut….