Hanya 10 Minit Drive Thru Oil Xpress Di DTOX

Pernah hantar kereta untuk servis? Pernah pergi workshop?

Sejak 5-6 tahun lepas, saya buat sendiri semua hal mengenai kereta seperti tukar minyak hitam, tukar tayar, servis pendingin hawa dan servis major apabila tiba cuti hari perayaan. Dalam kesemua keadaan, tukarkan minyak hitam dan penapis minyak adalah perkara yang paling kerap dilakukan.

Sebagai seorang perempuan, berkunjung ke workshop untuk servis kereta seorang diri adalah keadaan yang paling tidak selesa. Kita akan berurusan dengan lelaki di tempat tumpuan lelaki dan di dalam persekitaran yang nampak kelam dan tersorok. Kalau terpaksa tunggu lebih 1 jam di kerusi plastik yang disediakan sambil melihat lantai berdaki dengan sisa tumpahan minyak.

Tetapi apabila saya berkunjung ke DTOX, pengalaman biasa yang sering dilalui sangat berbeza. Perkara pertama yang menarik perhatian sudah tentu janji yang ditawarkan yang hanya memakan masa 10 minit. Perkara kedua adalah drive thru. Macam selalu pergi McDonalds je….

Macam mana nak drive thru sambil servis kereta? Syarikat Drive Thru Oil Xpress yang lebih dikenali dengan nama “DTOX” beroperasi di Petaling Jaya adalah pusat servis yang pertama yang memperkenalkan konsep ini di Malaysia. Sesuai dengan kehidupan zaman sekarang yang bergerak pantas, perkhidmatan seperti ini sangatlah dialu-alukan.

IKuti pengalaman saya bersama Along dan Intan berkunjung ke DTOX pada penghujung tahun 2013.

DToX - Drive Thru Oil change Xpress

DToX – Drive Thru Oil change Xpress

Bila sampai ke lokasi, nampak sunyi nampak sepi tidak seperti workshop yang biasa kita kunjungi. Ruangnya seperti sebuah showroom mewah dengan dinding kaca yang ekslusif. Macam tak percaya bahawa disitu adalah tempat menukar minyak kereta. Biasanya workshop digambarkan tempat yang comot, kesan dan sisa minyak di lantai.

Keadaan yang terang, cerah dan dilaluan sibuk tepi jalan utama sudah cukup selesa bagi seorang perempuan dari segi keselamatan.

Staff DToX Petaling Jaya

Along bersama Encik Chris dan salah seorang mekanik yang membuat servis ke atas kereta kami.  Terdapat 4 bay yang membolehkan 4 buah kereta diservis dalam masa yang sama.  Sebab itulah pelanggan tidak perlu menunggu lama dan semua proses dapat disiapkan dalam masa 10 minit.

Drive Thru Oil Xpress DTOX

Drive Thru Oil Xpress DTOX

Apabila tiba di sini, terus pandu di bay yang  ditentukan dan pelanggan tidak perlu pun turun dari kereta.  Buka tingkap dan buat tempahan perkhidmatan yang dikehendaki kerana mereka akan mengisi permohonan melalui ipad.

Tak panas ke duduk dalam kereta bila enjin dan pendingan hawa dimatikan?

Jangan risau kerana ‘econ’ akan diberikan.

Nampak saluran yang keluar dari bumbung ?  Saluran itulah ‘econ’ yang akan ditarik rapat ke kereta dan  memberi hawa dingin seperti econ biasa.

Pelanggan yang masih di dalam kereta akan merasa selesa tanpa panas dan berpeluh.  Duduk tunggu 10 minit tu, sempat kalau nak touch up bedak, tenyeh lipstik dan buat selfie untuk Instagram!

 

DTOX Malaysia

DTOX Malaysia

Servis tukar minyak di sini mengambil masa hanya 10 minit kerana mereka menggunakan pam elektrik untuk menyedut minyak daripada dalam enjin berbeza daripada mesin penyedut lain yang menggunakan angin.

Seorang mekanik di bahagian atas dan seorang lagi berada di bahagian bawah kereta. Biasa di tempat servis lain, kereta akan dijack untuk membuang sisa minyak hitam melalui bawah badan kereta tetapi di sini seorang mekanik akan menyedut melalui atas dan seorang lagi akan membuat sisi minyak daripada bahagian bawah ruang lantai.

Pelanggan yang duduk di dalam kereta pun tak sedar proses di bawah badan keretanya sedang berlaku.  Sebab itulah kita  nampak lantai bersih, licin dan berkilat seperti di pusat pameran kereta.

Harga Service Kereta di DTOX

Harga Service Kereta di DTOX

Harga yang ditawarkan tanpa caj tersembunyi. Semuanya dipamerkan secara jelas dan terang.  Apa yang anda nampak, itulah yang anda bayar.  Tak perlu berteka teki berapakah bil yang akan dihulurkan oleh mekanik selepas  servis selesai.

Pelanggan boleh pilih pakej Signature M (mineral 20W-50), Signature S (semi 10W-40), dan Signature F (fully synthetic 5W-40) dan  minyak yang diingini seperti Castrol, Shell, Mobil, Liqui Moly, dan M7 Pro Oil. Di Petaling Jaya hanya DToX sahaja yang menjual M7 Pro Oil.

Semua penapis minyak  yang digunakanadalah original.

Khidmat Pendaftaran Pelanggan

Khidmat Pendaftaran Pelanggan

Bersesesuai dengan nama konsep drive thru, pelanggan tak perlu turun dari kereta. Anda cuma pandu , turunkan cermin kereta dan buat pesanan salah satu daripada 3 pakej yang ditawarkan.

Tetapi kami lebih senang turun dan melihat-lihat di sekitar workshop ini dan Encik Hendrik yang datang ke bilik menunggu mengambil maklumat pesanan , pelanggan dan kereta.

Ruang Menunggu DTOX

Ruang Menunggu DTOX

Ada sebab tu kenapa anak-anak saya tak mau menunggu di dalam kereta!  Ruang bilik menunggu disediakan kopi percuma.  Saya tak pernah pergi workshop yang berikan minuman percuma walau sebotol air kosong.

Harga servis pun bukan berbeza sangat dengan tempat lain, tetapi suasana yang ditawarkan nampak ekslusif dan bergaya.

Drive Thru Oil change Xpress

Drive Thru Oil change Xpress

Servis di DTOX sangat berbeza. Dari ruang bekerja hinggalah ke ruang menunggu untuk pelanggan.  Staf juga sangat peramah dan mesra.

Laporan Servis Kereta di DTOX

Laporan Servis Kereta di DTOX

Satu lagi keistimewan DTOX, kita boleh add on servis dengan tambahan RM 30 untuk memeriksa keseluruhan kereta.  Hasil dari pemeriksaan, mereka akan memberitahu secara jelas kondisi kereta pelanggan dan  juga membuat beberapa cadangan yang boleh menjadi rujukan dan panduan  mengenai kereta kita.

Laporan ini mencadangkan  brake pads dan viper perlu ditukar dalam masa 2-3 bulan akan datang , siap dengan anggaran harga !

Mekanik Masa Depan

Mekanik Masa Depan

Ini adalah bakal mekanik masa depan!
Anak kucing ini baru 2 minggu dilahirkan di DTOX dan tinggal keseorangan dijaga oleh pihak  mekanik DToX.

Pusat Service DTOX Petaling Jaya

Pusat Service DTOX Petaling Jaya

Sepatutnya servis siap dalam masa 10 minit tetapi banyak masa dihabiskan untuk melayan si comel ini.

Pendapat saya, servis seperti DTOX yang berkonsepkan pandu lalu amat sesuai untuk kehidupan zaman sekarang terutamanya kepada wanita.  Kebanyakkan wanita berkerjaya sekarang mempunyai kenderaan sendiri dan rutin service kereta yang perlu dibuat sendiri.

Yang menarik, tak perlu buat tempahan.  Sesuaikan kelapangan sendiri tanpa terikat dengan jadual yang ditetapkan.  Pandu dan lalu – dalam masa 10 minit, semuanya selesai.

Untuk ke DTOX, set GPS   3.244724, 101.62817 dan pandu ke  No.2 Lorong 8/1D, Jalan Sultan, Section 8, Petaling Jaya.  Kalau dari Lebuhraya Persekuturan, lalu depan Hilton Hotel PJ dan belok kanan di simpang pertama.

DTOX dibuka setiap hari waktu bekerja bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam.  Pada hari minggu mereka beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.  Boleh telefon mereka di nombor 03 7958 3869 untuk sebarang pertanyaan.

Untuk maklumat lebih terperinci, boleh kunjungi laman web DTOX di  – http://dtox.com.my

Terima kasih DTOX  terutamanya Encik Chris yang melayan kami ….  jangan lupa buka akaun Instagram DTOX.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Wah!!! First time dengar drive thru untuk servis kereta. Harga pun sangat berpatutan. Kalau pergi servis dekat Honda, sure lama giler kena tunggu. Harga servis dengan Honda pun tersangatlah mahal.

    Terima kasih atas info nih Kak Jie 😀
    Jom terjah post menarik dari Firdaus Azizi ..Empat Tips Khas Buat Lelaki Yang Ingin SuburMy Profile

  2. terasa macam nak cuba servis nya .. MPV harga sama ke ?

    tunggu lah bulan 4 ke..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Hari Pertama Husna & Buku TeksMy Profile

  3. aikk..masa datang hari tu, anak kucing tu takde punn..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Satu dah tumbang. Tinggal lagi sembilan.My Profile

  4. Eh, dah tukar template yang asal.
    Tunggulah saya ada kereta baru dapat mersa drive thru oil express ni..:)
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Filem Paling Seram Hollywood 2013My Profile

  5. sangat best ok kak jie review…rasa macam nak servis kete kat sana…hurm..3 jam jugak nak sampai…mohon buat cawangan kat Ipoh ye
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Tips Affiliate Yang Aku Pernah TahuMy Profile

  6. bestnya kalau kat sini ada dtox juga…boleh suruh wife jer pergi hantar servis kereta.
    hujung minggu ni akan ke rumah adik, tengoklah kalau terjumpa laluan ke dtox ni boleh ler juga pandu-lalu..lagipun meter dah dekat2 nak kena tukar minyak itam juga tu.
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Ini Bukan Kes Tersepit Celah Kerusi.My Profile

  7. Comel la kucing tu…!

    Eh… baca gak pasal dtox..
    Syok la tgk.. teringin nak rasa la drive thru kereta hehe..
    Actually dayah dh ada bengkel yg best kat area umah.. selesa.. tapi bila akak share nih teringin pulak rasa nak cuba haha.. bila lagi nak merasa drive thru servis kereta kan..
    🙂
    Jom terjah post menarik dari dayah ..hari pertama 2014My Profile

  8. Kepuasan pelanggan perlu dijaga. Ia menjadi magnet untuk kembali lagi. Kalau dengan membaca dan melihat gambar sudah berminat untuk mendapatkan perkhidmatan dari Dtox.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Jimat bil elektrik cara mudah my styleMy Profile

  9. elok diperbanyakkan servis macam ni supaya siapa yang tak cukup masa sempat servis kereta. good info ni kak jie.

    p/s: toyota sc ada bagi minuman panas n biskut kering. Kalau nasib baik ada la nasi lemak. haha
    Jom terjah post menarik dari Hafiz Rahim ..Parking LegolandMy Profile

    • sini pun ada nasi lemak, tapi sebelum 10 pagi
      toyota sc tu mcm service center untuk brand, bukan service center umum – dia gred berbeza
      macam kita pergi service center selepas jualan yang masih ada waranty

  10. selalu impikan independent service centre mcm ni. Yang biasa- nak gi kena pakai kasut anti slippery…supaya tak tercedera terpijak lantai berminyak. Hihihi….
    Jom terjah post menarik dari Nor Ramli ..Liku kehidupanMy Profile

  11. Menarik sekali servis yang ditawarkan, harga pun ok mengikut servis yg kita nak.
    Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Hari Kelepasan Am Yang DipindaMy Profile

  12. Bagus ni patut di perluaskan di seluruh negara.
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Contest Review SirapLimau.comMy Profile

  13. OBAT HERBAL HERNIA says:

    Makasih banyak buat infonya…
    sangat bermanfaat sekali

  14. Menarik betul perkhidmatan. Moga dapat diperluaskan ke seluruh negara.. Waktu lunch pun boleh servis kereta ni.
    Jom terjah post menarik dari Nasarudin ..Wawa Zainal Bakal Aktif Berlakon Bawah Pengurusan SuamiMy Profile

  15. makin banyak orang dah cakap pasal servis diorang ni.. kawan saya pun kata berbaloi baloi.. nanti boleh cuba..
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..7 tips untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berdietMy Profile

  16. wah sebagusnya ada tempat khas begini.
    rasanya titan ada buat review pasal kedai tu.

    harap sangat di kawasan kecil ada pusat servis tu.

    note: comey gak kucing tu heeee
    Jom terjah post menarik dari Khairil Mazri ..Petua Untuk Menghalau LalatMy Profile

    • Ini yang pertama di Malaysia, moga service macam ini ada di tempat lain juga akan datang sebab memang sesuai untuk kehidupan zaman sekarang

      1. masa
      2. wanita

      p/s kkak jie boleh bagi nasihat bab kucing pula kat workshop..suruh dia org bawa pergi vet untuk vaksin
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hanya 10 Minit Drive Thru Oil Xpress Di DTOXMy Profile