Honda Insight Bloggers Test Drive

Hybrid Vehicle Awareness Campaign Blogger Test Drive – macam tu lah program yang saya turut serta hari ini.

Seawal 8.15 pagi saya dah sampai di The Bee, Jaya One Petaling Jaya untuk pendaftaran dan taklimat aturcara.

Lokasi akhir untuk acara pandu uji ialah di Philea Resort & Spa, Melaka dengan 5 hentian ( pertukaran pemandu) sebelum singgah makan tengahari di Avillions Port Dickson.

Avillion, Port Dickson

Sepanjang perjalanan Lead Car akan memberi infomasi mengenai teknik yang betul untuk mengendalikan kereta hibrid ini supaya mencapai sasaran untuk penjimatan minyak dan lebih mesra alam.

Sebenarnya sepanjang pandu uji, kami juga akan dinilai untuk satu pertandingan kereta mana yang mendapat penjimatan paling tinggi. Untuk jarak yang sana, cara pemanduan yang akan membezakan pemenangnya.

Seperti yang saya tulis pada entri minggu lepas.. Kalau saya join event bersama blogger, mesti bernasib baik.

Ye tuan dan puan…. Kereta No 5 yang saya pandu bersama rakan sepasukan Fazreen telah memenangi pertandingan ini setelah 3 kali kami mendahului pasukan lain. Pit stop ke 4 kami bersaing untuk menentukan juara dengan kereta No 4 yang dinaiki Denaihati.

 


Denaihari sedang mencari sudut menarik untuk catatan blog.

Itu saja berita terkini yang sempat diupdate. Tadi baru balik makan malam di The Majestic berkonsepkan baba dan nyonya. Menu ikan asam pedas.

Philea Resort & Spa

Sekarang mata layu layuan berseorangan dalam bilik. Mulalah teringat keluarga… Entah ada peluang ke tidak untuk merasa semua ni bersama. Satu malam RM750.00…. Sanggup?

Posted with WordPress for BlackBerry.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. best kan kak. Hope lain kali Honda jemput kita lagi. Tahniah menang Kak.
    Jom terjah post menarik dari kakchik@ella ..Perjalanan 5 jam ke Melaka bersama Blogger Popular dan Honda MalaysiaMy Profile

  2. Macamana pengalaman pemanduan kereta Hibrid ini?

    Kenapalah kerajaan kurang insentif kereta mesra alam kerana ia masih dijual mahal berbanding kereta mengunakan minyak fosil. Hanya golongan berpendapatan tinggi mampu milik kereta hibdrid ini.

    • pengalaman dan tentang kereta entri minggu depan… kena rest dulu dan buat storyboard…review lengkap

      yang ni cerita simple dulu…hihi

  3. Kak Jie, keta no 4 bkn denaihati yg bawa tp melayukini.. ๐Ÿ™‚

  4. tak sanggup nak labur rm750 utk semalam di hotel
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Menu : Ikan Pari BakarMy Profile

  5. ada tengok gambar kak jie kat blog DH….iklan honda hybrid ni keluar dah kat thailand actress kesayangan saya memandu…..entah mana satu DH saya pun tak tahu…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Drama Luerd Khattiya The PrincessMy Profile

  6. hu hu hu…tak sanggup 750 se malam…tak sanggup

  7. Assalam…
    bestnya kakjie…..
    Jom terjah post menarik dari iza ..Kunci Terkunci.My Profile

  8. Bro Denaihati pun ada sekali dlm sesi test drive nie…best jgk jd blogger yg femes nie kan…
    Jom terjah post menarik dari nadri ..Tarikh Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)My Profile

  9. Sobri Mansor says:

    Seronok nyer dapat pandu uji kereta baru dan siap disponsor nih….. jeles nyer!!!!
    Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..Jangan kencing dekat sini la dowh!!!!My Profile

  10. ciksembang says:

    peluang rasa duduk tempat mewah..
    bestnya dapat join ni.. saya sekadar terima magazine Honda
    Jom terjah post menarik dari ciksembang ..Kepuasan Belajar Naikkan Alexa RankingMy Profile

  11. hamboi orang tu berjalan sakan nampak? hahaha…
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Perasmian template baru.My Profile

  12. wah … memang bertuah ๐Ÿ™‚
    bab bilik tu, kalau dah jutawan nanti, teringin jugak hehehe
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..tips mendapat cintaMy Profile

  13. Zarul Umbrella says:

    pergghhh RM750 saya mmg tak sanggup Kak Jie ooii
    Jom terjah post menarik dari Zarul Umbrella ..Aku dan kopiMy Profile

  14. owh..baru tahu kisah sebenarnya k.jie dapat test drive kete…smlm ada bertanya kat twitter.. tp x dpt balasan…best nya k.jie resort tu..dari pada pandangan bilik tidurnya tu ha..
    Jom terjah post menarik dari cikmin ..2nd Birthday Blog & Macaron GiveawayMy Profile

    • oppp…maaflah cik min
      nak reply tweet guna bb yg cenonet tu je, bkn mcm blogger lain ada iphone ke tablet

      dah tu kereta no 5, saya berdua je dgn fazreen…group lain ada 3 org
      so… kebanyakkan masa saya memandu
      bila free…………. lelap kejap hehe
      tak berapa suka ngadap hp time memandu, mata mcm dah rabun
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kujie2.com Kena Blacklist, Tak Boleh Join LagiMy Profile

  15. soalan last tu tak sanggup. hehehe
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Entry TertangguhMy Profile

  16. kalau terdesak..1 ribu pun orang sanggup bayar. hehe..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Terima dan hormat seadanya.My Profile

  17. best kan..=)

    tp makanan tak best..seafod jer..=)
    Jom terjah post menarik dari ujang9897 ..Diana Amir Dingorat 2 jejaka tampanMy Profile

  18. puas ati kan kan…=)

    tp makanan tak best..hahaha
    Jom terjah post menarik dari ujang9897 ..Diana Amir Dingorat 2 jejaka tampanMy Profile

  19. la..pergi sorang2..ingat boleh bawak anak2 ikut sama..siap lawan dengan Denaihati lagi tu..huhu
    Jom terjah post menarik dari paihujey ..Obses Pada Warna HijauMy Profile

  20. iza~de~bintang says:

    waaahh cantiknya tempat beradu Kak Jie…rugilah duk sorang2 …he he he
    Selamat meneruskan pemanduan esok…enjoy ๐Ÿ˜€

  21. wah..macam mana boleh join ni ye???bestnya
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)-Monoloque & Azlina AzizMy Profile

  22. yes! akhirnya. Dapat jugak saya baca berita dari kak jie. hehe.
    Jom terjah post menarik dari mrkay ..Test drive Honda InsightMy Profile

Trackbacks

  1. Blogger Lain Ada, Awak Pun Perlu Ada… | Hidup Biar Sedap says:

    […] pergiย  event Honda Insight Bloggers Test Driveย  minggu lepas,ย  kebanyakkan blogger lain bertukar-tukar kad. Saya terpaksa hulurkan kertas untuk […]

  2. […] Kategori: Pengetahuan Am | 18 January 2012 | Honda Insight : Untuk Masa Depan Bumi Yang Lebih Baik akubiomed says: Macamana pengalaman pemanduan kereta Hibrid ini? pada entri Honda Insight Bloggers Test Drive. […]

  3. […] antara foto menarik yang sempat di rakam oleh lensa iPhone 4S … Blogger Ujang, Kak Jie dan The Gengs. Ada banyak lagi gambar yang […]