Jubin MML Untuk Bilik Mandi Moden

contoh bilik air

Kalau sebelum ini kita melihat hasil baikpulih yang dilakukan oleh MML dengan jubin terbaik mereka terhadap ruang tamu dan garaj, hari ini kita intai pula pemenang kategori bilik mandi.

Pemenang Kateggori Bilik Mandi: Loh Chia Hur. Pemenang adalah sebuah keluarga kecil dengan seorang bapa tunggal yang menjaga anak perempuan yang masih bersekolah dan seorang anak lelaki yang baru mula bekerja. Rumah ini kehilangan sentuhan wanita selepas surinya meninggal dunia awal tahun lepas.  Setelah hampir setahun, sang bapa bersungguh-sungguh untuk mengubahsuai rumah  untuk memperbaiki  Feng Shui.

Before  renovation bathroom

Menurut Loh Chia Hur, bilik mandi dirumahnya benar-benar lama. Maksudnya, ia tidak pernah diubahsuai sejak beliau masih kanak-kanak.

jubin bilik air pecah

Jubinnya telah bocor dan air meresap ke dalam bilik tidur hingga merosakkan lantai kayu.

jubin bilik air rosak

Jubin bilik mandi ini  telah berusia 27 tahun dan meninggalkan kesan kotoran yang degil.

contoh jubin bilik air
Selepas melalui proses membaik pulih, inilah bentuk bilik mandi yang lebih moden dan nampak segar.  Sungguh berbeza dari sebelumnya.

decoration bathroom
Pemilihan jubin yang sesuai dan berkuali  telah memberi ruang bilik mandi ini lebih praktikal untuk sebuah keluarga 3 penghuni.

contoh bilik air
Dengan bantuan MML, bilik mandi kini kelihatan menakjubkan kerana ia mewujudkan ruang visual besar dan reka bentuk yang lebih kemas.

Sewaktu proses membaik pulih dijalankan, keluarga ini terutamananya bapa telah memberi kerjasama dengan menerima  pandangan dari pihak MML yang datang melakukan kerja-kerja mereka.   Keluarga ini juga berbincang dan memilih sendiri jubin yang diingini.   Hasilnya  lahirnya sebuah bilik mandi yang sangat  menepati kehendak pemilik.

Tentu saja ketibaan Tahun Baru Cina kali ini akan meninggalkan kenangan lebih manis kepada keluarga Loh Chia Hur bersama sanak saudara yang akan bertandang.

45 Replies to “Jubin MML Untuk Bilik Mandi Moden”

    1. kita biasanya boleh berbincang utk dpatkan hasil yang baik..kita tanya pakar
      biasanya ada banyak contoh jubin yang boleh dipadankan supaya sesuai
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kisah Lesen TVMy Profile

Comments are closed.