bag online

Kami Sekeluarga Membeli Belah Online Di Nile

Zaman sekarang, membeli belah online bukan perkara asing.  Ramai rakan-rakan saya kerap membeli belah online. Ibu-ibu yang sedang berpantang tak boleh keluar rumah pun boleh membeli belah online.

Untuk ibu-ibu muda, membeli belah online banyak kelebihan kerana tidak perlu kendong anak ke hulu ke hilir.  Jimat bajet untuk beli benda-benda tak perlu.

Baru-baru ni saya membeli belah online di Nile.com.my.  Pengalaman membeli belah yang awesome!  Harga pun murah.

Memula , korang kenalah pergi web Nile.  Sebelum membeli belah, baca dulu  : Panduan Membeli Belah Online di Nile.com.my

Senang saja nak membeli online.

Pilih barangan melalui nagivation bar atau guna search bar.  Portal membeli belah Nile sangat mesra pengguna.

barang nile

Inilah pesanan saya. Yang terlebih excited tentulah Intan…. opss.. Julie. Tak sabar dia nak buka.

Intan… yang ni tok sah cakaplah.  Dah termimpi-mimpi nak tengok kasut idaman.

beli kasut online di nile

Remaja sezaman Intan memang macam ini kot gayanya.  Sukanya dia dengan kasut pink tu, macam budak  baru dapat kasut sekolah.  Saya pula yang tengok rasa pelik.

Kasut Intan Night Light Woman Fashion High Shoes berharga RM 33.30. Semua pilihan warna neon rose, hijau dan putih.

fesyen kasut

Tadi waktu keluar, kasut elegan ini menarik perhatian ramai orang, maklum kami berjalan ke Batang Kali bukan ke Kuala Lumpur. Kalau kat KL tu tak ada sesiapa perasan nak tengok.

Dah WhatsApp dengan kawan-kawan sekelas, memasing pun nak beli.

bag online

Saya dapat beg membeli belah… yang saya suka dan puas hati.  Mak-mak memang sesuai bawa beg macam ni.  Biasanya bukan kita isi barang peribadi sendiri tetapi ramai juga nak menumpang isi dalam beg. Beg galas saya yang berwarna lembut dan  comel tu berharga RM 19.90.

Murah, kan?

Walaupun saiznya besar tetapi tidak berapa tinggi.  Senang nak selongkar cari barang dalam beg.

beli kasut online

Comel kasut ni, sesuai untuk wanita berumur seperti saya. Stylish British Elegant Retro Woman Shoes berharga RM 26.80. Ada pilhan warna hitam, putih dan purple.

 

beg remaja perempuan

Anak dara saya pun dapat beg juga untuk melengkapkan gaya.  Beg mini yang  bertali halus dengan saiz sedang besarnya untuk remaja perempuan.

Beg ini berharga RM 28.80 dan boleh pilih warna kesukaan antara hitam, hijau, khaki atau oren.

 

 

beg online

Macam ustazah nak pergi mengajar.  Sebenarnya saya masih anak murid yang sedang belajar.  Beg Pu Leather dengan saiz 43cm (L) x 31cm (H) ini lembut dan boleh isi buku-buku saya.

Ada pilihan warna oren dan cream dengan harga RM 29.90.

Nak pergi mengaji pun nak bergaya, makcik!

beli beg online

Ini beg pilihan Along.  Intan yang nak juga bergaya.  Tak sabar dah nak tunggu habis sekolah dan nak ke universiti.  Tak payah pakai uniform.

beg nile

Beg kanvas berwarna grey ini berharga RM 42.50.   Jenis yang lasak sesuai untuk isi buku dan alatan belajar.  Saiz dan material yang sesuai untuk remaja lelaki bawa ke kolej atau aktiviti di luar kelas.

Memang murah harga barangan di Nile.com.my.  Sekarang di Nile ada tawaran percuma penghantaran dengan pembelian minimum RM 48  sempena tarikh menarik  11.11.2013.  Baca maklumat lanjut mengenai tarawan tersebut di sini –  Free Postage Promotion

Kalau nak beli belah sebagai hadiah untuk seseorang pun mudah. Isi saja alamat pengirim, pesanan akan dihantar oleh Nile.com.my.   Sebagai portal  membeli belah dengan harga yang murah, saya berharap  lebih banyak stok baru disediakan untuk pelbagai pilhan.

Sebelum terlupa – Special request daripada Julie, sila isi stock makanan kucing, kasihan Julie!

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Kami Sekeluarga Membeli Belah Online Di Nile”

  1. dayah first time kot dengar nile nih..

    hikhik..

    berkenan la kot tgk beg tu.. boleh bawak gi kelas mengaji..

    nan pi usha la jugak nak tgk apa ada…… hehe..

    🙂

    mekasih kak share info.

    😉
    Jom terjah post menarik dari dayah ..aku suami yang keji..?My Profile

Comments are closed.