Keperluan Hari Raya Mampu Milik

juliecourier nile

Akhirnya bungkusan yang diorder dari Nile.com.my pun sampai.  Sebelum masuk bulan Ramadan, eloklah buat beberapa persediaan awal untuk persiapan raya nanti.  Beli keperluan secara online bukan saja boleh menjimatkan masa malah boleh  dijadikan hadian kejutan untuk mereka yang tersayang.

Saya  buat pesanan dan keesokkan harinya barangan yang dipesan ini tiba di hadapan pintu rumah. Mudahkan membeli belah online. Lebih mudah jika kita membeli daripada laman web yang boleh dipercayai seperti Nile.com.my

Do not accept if the seal is broken – macam tu lah amarannya.  Nasib baik semua barangan saya sampai dengan eloknya.

Nak tengok apa yang saya beli daripada Nile.com.my?

juliebeg murah online di nile

Selain beg , jam tangan , gelang, headband , saya order Seamless Magic Hair Bands satu set 2 keping berharga hanya RM 0.50.  Benda ini digunakan untuk dilekatkan dikepala bagi mengemaskan anak-anak rambut supaya tidak berjuntai menganggu muka sewaktu kita bermake up.

 

juliebeli belah di nile

 

Palazzo hitam dengan baju bunga merah latar hitam mix and match yang sepadan untuk wanita  yang masih mengekalkan kesopanan.  Gandingan ini bertambah ceria dengan gandingan beg tangan juga berwarna merah hati.

Harapnya pilihan saya ini tepat kerana ini  adalah untuk adik ipar saya.  Kakak ipar yang baik, kan…. hihihi..puji diri sendiri!

juliebeli belah online nile

Hujung minggu lepas saya pun ke Tanjung Malim menghantar hadiah yang telah dibeli online. Kami ambil peluang ini untuk melawat Taman Rekreasi Proton City yang cantik, aman damai seperti ini.

Luangkan masa petang hujung minggu sambil menikmati pemandangan kehijauan Banjaran Titiwangsa dan tasik indah bersama bukan saja mendamaikan tetapi menambah erat hubungan kekeluargaan.

juliebeg baju online

Chiffon Palazzo –  RM19.80
Women’s new flower shirt –  RM36.80
Fashion Fringed Casual Woman Handbag – RM28.80

Hah…tengok, cantikkan?  Adik ipar saya ni lebih putih kalau nak dibandingkan dengan saya yang terlebih kopi… hitam dan merah sangat menyerlah untuk dia.  Palazzo hitam tu kena pakai inner.  Kalau tidak agak jarang nampak kaki yang seksi…hihi

Padanan ini sesuai juga untuk kunjungan open house raya nanti.

juliebeg cantik beli online

Beg sesuai untuk mak-mak yang biasanya nak sumbat bukan saja barangan peribadi diri sendiri tetapi keperluan anak-anak jika keluar. Warna hitam sangatlah mainstream,  jadi untuk hari raya mesti lebih ceria dengan warna merah yang sangat menyerlah penampilan.

Saya pun seorang mak, bila nak beli beg tangan, banyak faktor yang difikirkan.  Selain cantik dan berkualiti, bahagian beg yang mudah dibuka dan berapa besar bentuknya juga difikirkan.

 

 

juliebeg cantik online

Trendy Woman Handbag warna khakis berharga RM 46.50,

Ini pilhan anak saya seorang remaja 15 tahun.  Warna khakis nampak manis dan sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis dan corak pakaian.  Kalau berskirt, jeans atau baju kurung pun beg ini boleh masuk untuk semua acara.

Butang-butang berwarna emas tu memberi penampilan lebih trendy dan femininity.  Hari raya nanti, Intan dah ada beg yang sesuai.

juliekasut cantik online

Women Sandals/ Sailing Shoes – RM 15.90.  Block colour yang sangat remaja.

Comel?  Model tu dah semestinya comel tapi kasut tu lagi comel.  Intan cakap kasut comel ini ringan, lembut dan ada grip yang sangat selesa untuk dipakai bila beraktiviti luar seperti bersiar di taman seperti ini.

juliemocel comel

Irregular Design Diamond Headband –  RM4.50
Pear Design Bracelet –  RM3.90

Ini Ku Izzati – dia pakai headband ada diamond-diamond dan gelang pear.  Warna hitam yang elegant.

juliegelang online

Kalau ada anak saudara secomel ni, bolehlah beli pelbagai girl stuff yang cantik-cantik di nile.com.my. Dah nak raya ni, bolehlah beli sebagai hadiah.

juliemodel jam tangan nile

The Elegant Augular Shape Watches – RM 47.00

Jam tangan yang handsome ini untuk Angah yang baru bekerja sebagai cashier sementara cuti semester.  Dia peminat hitam dan putih, jam tangan permukaan hitam ini memang pilihan cukup memenuhi keperluan .Jam tangan sekarang bukan sekadar untuk melihat ketepatan waktu, tetapi sebagai salah satu aksesori yang menambahkan gaya dan penampilan.

free-delivery

Nile.com.my sedang menjalankan promosi PENGHANTARAN PERCUMA sempena Aidilfitri 2014, anda boleh menikmati PENGHANTARAN PERCUMA dengan pembelian minimum hanya RM48. Klik untuk lihat butir terperinci di sini – Promosi Penghantaran Percuma

30 Replies to “Keperluan Hari Raya Mampu Milik”

  1. Berbaloi juga ya. Tak la mahal mana pun. Kalu nak kuar sendiri beli, dgn tambang, minyak, parking segala bagai… baiklah beli online. Tak penat.

Comments are closed.