Kira DCR Di Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri

Seperti yang diwar-war seminggu lepas, akhirnya sampai juga ke Prince Court Medical Centre petang Ahad 08/07/2012 . Hari Ahad yang sibuk dan berpeluh sejak pagi dengan jadual yang agak ketat.

Selepas jemput Intan dari sekolah kerana ada Hari Sukan, bersiap sepantas mungkin dan keluar dari rumah hampir jam 1 petang. Agak risau kalau tak sempat sampai dalam waktu yang tepat memandangkan trafik di Kuala Lumpur tak dapat dijangka.

Saya pula hanya tau lokasi dari carian Google Maps tetapi belum pernah sampai ke Prince Court Medical Centre.

jom kurus bersama kevin zahri

Kami disambut dengan ramah oleh Cik Nabila Rahim dan Nazry Hisham dari Prince Court Medical Centre.

seminar jom kurus kevin zahri

Seminar bermula jam 2.30 petang. Teruja betul nak kurus masing-saming tekun memberi perhatian.   Barisan depan dari kiri  –  Mejah, Rubi, Diana, Kak LOng, Shila, Fatiyahh dan Nadot.

 

gambar seminar kevin zahri

Kami barisan blogger yang tiap hari ‘menternak lemak’ cuba untuk mengubah penampilan diri. Dari kanan tu Nurul, Mia, Zana, tuan tanah kedawong, Intan, Kue Cu ( adik bongsu saya ) dan Puan Bee

kevin zahri

Siapa sangka pergi seminar Jom Kurus memerlukan kami belajar macam kelas mathemarik.  Seminar kami banyak memerlukan kiraan dan angka.

Kami diajar untuk mengira hubungan kalori dan berat badan.  Untuk berjaya mencapai sasaran menurunkan berat badan, kita perlu tahu keperluan kalori masing-masing .  Setiap orang memerlukan kalori yang berbeza bergantung kepada umur, berat, tinggi, cara hidup ataupun jantina.

Untuk mengurangkan 1 kilogram, kita perlu menghilangkan 7700 kalori.

 

jom kurus kevin zahri at prince court medical center

Nadot adalah study case kami dalam Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri.  Subjek penting yang perlu diberi perhatian adalah mengawal pengambilan kalori.

DCR adalah keperluan kalori seharian badan dan untuk kurangkan berat badan, anda harus makan KURANG dari nilai DCR anda.  DCR adalah bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian ( LOA )

Bagaimana untuk mendapatkan nilai DCR ?

Mula-mula  kira dulu BMR (Basal Metabolic Rate ).  Formula kiraan BMR adalah :

BMR wanita = 655 + ( 9.6 x berat(kg) ) + ( 1.8 x tinggi (cm) ) – ( 4.7 x umur (tahun) )
BMR lelaki = 66 + (13.7 x berat(kg) ) + (5 x tinggi (cm) ) – (6.8 x umur (tahun))

Contoh seorang wanita beratnya 80kg , tingginya 160cm dan berumur 40 tahun.

655 + 768 + 288 – 188 = 1523. BMR wanita ini adalah sebanyak 1523 iaitu  jumlah kalori zero tanpa buat apa-apa tanpa aktiviti .

Sebagai manusia yang hidup, kita biasanya bergerak , bekerja, menyapu rumah, mengemas rumah, berjalan, tidur, dan beberapa aktiviti yang juga memerlukan kalori.  Untuk itu kita perlu  mendapatkan keperluan kalori seharian ( DCR) :

DCR = BMR x LOA
DCR  = 1523 x 1.2 = 1827.6

LOA adalah tahap aktiviti setiap orang yang berbeza. Orang biasa adalah dalam kiraan 1.2 sehingga seorang yang aktif 1.9.   Bagi seseroang yang aktif bersenam , LOA dia mungkin 1.5. Kita kena kenalpasti LOA masing-masing.  Contohnya :

  • Aktif bersukan 1-3 hari se minggu = BMR x 1.3
  • Aktif bersukan 3-5 hari se minggu = BMR x 1.5
  • Aktif bersukan dua kali sehari = BMR x 1.9

Bila dah tahu keperluan kalori diri, mulalah mengawal pengambilan kalori harian untuk mendapatkan penurunan berat badan dan dalam masa yang sama mula bersenam secara betul bagi mendapatkan LOA yang lebih baik.

Lebih tinggi nilai LOA, lebih banyak kalori yang dikurangkan.

Salah satu cara penting untuk mengawal pengambilan kalori adalah, senaraikan makanan dan minuman yang biasa kita makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Mungkin nampak remeh pada permulaannya, tetapi perkara ini akan menjadi satu rutin sekiranya diamalkan selalu.

Silalah guna formula di atas untuk mengira DCA masing-masing.

seminar jom kurus di prince court medical centre

Begitu banyak info dan maklumat penting telah disampaikan oleh Kevin. Sedar tak sedar 3 jam berlalu terlalu pantas sekali. Masing-masin bersemangat untuk mempraktikkan segala ilmu yang disampaikan.

Kepada peserta lain yang ingin menyertai seminar ini, bolehlah rujuk web rasmi Kevin Zahri di  Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri.

Terimakasih Kevin yang membuka minda mengenai satu konsep betul untuk menurunkan berat badan.  Terimakasih Prince Court Medical Centre yang menaja lokasi juga Terimakasih Puan Bee yang menganjurkan seminar ini.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. semoga berjaya turunkan berat badan yer admin….
    Jom terjah post menarik dari cerita best ..Jawatan kosong Pegawai Kewangan Pos 40 Kekosongan Di Seluruh NegeriMy Profile

  2. wah..terbaek..nak kurus la ni…esok start diet!!huhu

  3. aimannajmy says:

    wah siap ada detail pengiraan semua.. memang terbaik.. ingatkan tadi motif ada penerangan jual produk kurus ke apa ke huhu.. si kevin ni mesti ada background science sport, takpun dietician hehe.. saja ja agak
    Jom terjah post menarik dari aimannajmy ..Melukis karikatur dengan Samsung Galaxy S2 part 1My Profile

  4. Kalau beli ebook Kevin “Turun 5kg dalam 5 minggu” akan diberikan pengiraan automatik mengunakan Excel. Cuma tinggal masuk data sahaja.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Seminar Jom Kurus Kevin Zahri dengan yuran RM50My Profile

  5. er .. andai kata ada kursus untuk naikkan berat badan, pasti saya pergi. Masalah saya pula bera badan susah mahu dinaikkan, mungkin sebab terlalu aktif bersukan dan terlalu sibuk.
    Jom terjah post menarik dari iAwani ..Ren Ng CEO Lytro Letak jawatanMy Profile

  6. Kalau hari tu kak Nadot jadi study case, skang my Mr. Gendut jadi study case lak..ahaksss… *kejam tak?
    Tapi kalau asyik terima invitation makan free, boleh ke menahan?? hmm…
    Jom terjah post menarik dari sHiLaziZi ..Camni Ke Hospital Kerajaan?My Profile

  7. menurunkan berat badan tu sangat sulit tapi pabila di bantu ahlinya saya yakin kita pasti bisa..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Ciri Webspam Dalam Algoritma Google PenguinMy Profile

  8. tp nampak kebanyakkan yg datang semua dah ala2 slim river =p
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Skuad Sepak Takraw Wanita Pulau Pinang Sukma 2012 Kalah tersurat, Menang tersiratMy Profile

  9. wah penuh manfaat yer pergi seminar tuh…bertuah sgt pada mereka yg pergi…nak try la formula Kevin nih…PM sampai la nih nak diet2 tapi ke laut la…huhu
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..7 Senyum Tawa Yang Paling MenawanMy Profile

  10. Tengok macam ni. Berminat betul nak beli ebook kurangkan berat badan 5kg
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Didikan Ibu Bapa Masa KiniMy Profile

  11. Best! Lepas ni lehla kira2 sendiri…

    Mmg baru tau pasal kira2 DCR ni…thanks kak jie =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday #22 Bagaimana kita?My Profile

  12. DCR = 1829.28
    BMR = 1524.4
    pengsan
    Jom terjah post menarik dari dennis ..HADIAH TERBAIKMy Profile

  13. Alamak..takut lak tgk bab2 berat bdn nie haha
    Jom terjah post menarik dari dennis ..KELEBIHAN DAN KEKURANGAN EBOOK ARIFF SHAHMy Profile

  14. bagusnya ada kira2 macam tu.. nanti boleh try kira..
    Jom terjah post menarik dari Suraya ..Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan BarangMy Profile

  15. serius info diatas sangat berguna, nanti kat rumah sana nak kira lah benda benda nih
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Beli Samsung Galaxy S AdvanceMy Profile

  16. Pstt.. Dah ada perubahan? 🙂
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Solat Jumaat hari Sabtu?My Profile

  17. nampak majoriti kaum wanita je yg join seminar kurus tu.. kaum lelaki sikit benor. semua rasa dah berbadan taff ke? huhu..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Space Dropbox Bertambah LagiMy Profile

  18. 3 jam tu memang lama. Tapi berbaloikan! at least hari-hari dah boleh kira sendiri kalori yang diambil. Kalau shopping pun kat label-label tin makanan dah ada bilangan kalori, mudah la sikit.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Jangan ‘Pilih Bulu’ untuk letak komenMy Profile

    • mula -mula tu susah jugak nak ajak… dah terbiasa
      skrg ni kena catit sehari makan berapa kalori
      mgkn bukan kesan jangka pendek….
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..KosongMy Profile

  19. nak tambah berat badan pun kita kena kira macam nih jugak. berjaya tambah berat badan 3kg je, xsmpai 5kg. misi tak tercapai. lepas raya nanti mula balik.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Gayat Naik LifMy Profile

  20. kak kujie, kenapa lelaki hanya dua kerat jer? seminar ni utk kaum hawa je ker?
    Jom terjah post menarik dari wanG ..LIGHT TURQUOISE CREPE-KNLTC550My Profile

  21. wow sungguh berinformatif..

    bila part mau mengira sendiri kadar kalori dan berat badan itu, ahaks.. tetiba ngeri sendiri.. lalalalla
    Jom terjah post menarik dari maza ..Kitab-kitab yang pernah maza pelajariMy Profile

  22. Kujie, memang bersemangat nak mempraktikkan ilmu yang diajar. Seronok juga kitabuat ulangkaji matematik di seminar tu. Ebook daripada Kevin pun dah dapat.

  23. lepas ni pasti ramai yang punyai ksihatan yang baik
    Jom terjah post menarik dari ema ..Wordless Wednesday | Suka Benar Si Hantu NiMy Profile

  24. ZanaTap says:

    Kak Jie, rajinyaa update. 🙂 hehehehe. Terima Kasih info !! Ye, lepas ni tak nak ternak lemak lagi. Salam perkenalan. 🙂

  25. Salam Kak Jie! 😉

    KAlau saye lupe nak kire2, boleh la tengok balik entry Kak Jie ni.. Tqvm!

    Segan sy dijadikan case study (padan muke sape suruh gemuk..hoho)

    Jumpe lg insyaAllah.. =)

  26. Ternyata seminar yang kemarin diupdate juga info2nya, postingan anda pastinya akan sangat bermanfaat

  27. Kak Jie… berupdate suda…. 🙂 Best kan ilmu yang kita dapat dari Kelvin? Lagi best kalo dapat menpraktikkannya…

    Akak,kagum btol saya dengan blogger cilik, Intan…kim salam eh… 🙂
    I follow you….

  28. semenjak dua menjak ni terasa semakin memberat pulak..

    memang bila dalam urusan nak mengurangkan berat badan ni, pengurusan pemakanan tu yang selalu terkantoi..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Wordless Wednesday – Konsentrasi hafalanMy Profile

  29. hoho..terlepas..
    ada kerja pada tarikh tu. kalau tak..memang nak pergi. hehe..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Eyriqazz vs Denaihati – Part 7My Profile

  30. Ikhtiar Shah says:

    wow ada belajar kira2 memang berbaloi pergi kursus untuk kurus ni.hehe
    Jom terjah post menarik dari Ikhtiar Shah ..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis PerkahwinanMy Profile

Trackbacks

  1. […] Kujie : Kira DCR Di Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri […]