Koleksi Shawl Adreena Terbaik Dari Ladang
Advertorial

Koleksi Shawl Adreena Terbaik Dari Ladang

Tudung tempahan saya dah sampai. Cepat dan pantas. Ini adalah kali ke dua saya membeli dengan Terbaik Dari Ladang, Kalau nak membeli tudung secara online, saya mempercayai mereka yang telah terbukit memberi produk yang kualiti dan mudah untuk dihubungi.  Tahun lepas saya beli 2 helai tudung bawal yang cantik dan salah satunya saya hadiahkan untuk emak di hari raya.

Kesemua tudung keluaran Terbaik Dari Ladang ( TDL ) dijamin menggunakan bahan yang berkualiti.  Proses membuat tempahan di laman web mereka juga sangat mudah dan professional. Mereka juga mempunyai Khidmat Bantuan Pelanggan dari jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.    Kalau mencari tudung online atau shawl online, keluaran Terbaik Dari Ladang ( TDL)  mempunyai banyak Koleksi Tudung Dan Shawl Online Terkini!

Kepada suami yang penyayang, belilah tudung ini secara online dan buat kejutan istimewa untuk isteri tercinta. Hadiah yang tiba di muka pintu tentu saja menjadi kejutan paling manis untuk mencipta keceriaan seorang isteri.

Produk terbaru yang saya beli dari TDL adalah shawl. Adreena Shawl yang berbentuk halfmoon ini di hasilkan daripada kain chiffon silk yang berkualiti tinggi dengan jahitan yang sangat kemas. Malah setiap helai shawl di jahit double layer yang membolehkan shawl ini dipakai untuk kedua-dua belah.  Inilah yang dipanggil – alah membeli menang memakai.

cara jahit tudung
Double Layer yang dijahit kemas

Shawl Adreena dari Tudung Terbaik Dari Ladang ada dua lapisan (Double Layer) , tak perlu nak cari tudung lain untuk digabungkan atau risau jika nampak jarang kerana Shawl ini cukup  selesa dan mudan untuk digayakan. Salah satu keistimewaan Shawl Adreena adalah ianya cukup labuh untuk digayakan oleh wanita muslimah.

Koleksi Shawl Adreena dihasilkan dengan kombinasi warna yang manis dan menawan. Pilih saja yang mana menjadi idaman hati dari Light Purple + Apple Green , Soft Yellow + Turquoise , Dark Choc + Light Choc , Dark Turquoise + Deep Purple , Pink + Baby Blue , Mint Green & Soft Peach , Royal Blue & Grey dan Cream & Maroon.

tudung murah dan cantik
Kombinasi warna tudung yang serasi

Salah satu kombinasi warna ini tentu saja dapat  menambat hati dan menambah seri keanggunan apabila di gayakan di hari raya nanti.

Untuk melihat koleksi yang berkualiti layar laman web : Terbaik Dari Ladang  atau  LIKE Facebook Tudung Yang Terbaik Dari Ladang  atau Instagram TLDNetwork

 

Pihak TLD juga menyediakan video cara memakai Shawl Adreena. Ikuti langkah demi langkah yang di ajar oleh model dan pastinya anda boleh tersenyum puas apabila berjaya mengayakan shawl ini dengan anggun dan bergaya.

Shawl ini kemas dan nampak sofitikated dan anggun. Tak percaya?

Cuba tengok model saya… comelkan? Lebih comel daripada Kak Ton!

cara memakai shawl
Model yang mengayakan Shawl Adreena

Koleksi Shawl Adreena dengan penampilan warna ceria dan manis dipandang.

Layari lama web TDL dan buat tempahan sebelum kehabisan stok. Terbaik dari ladang dan terhangat di pasaran.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Koleksi Shawl Adreena Terbaik Dari Ladang

  1. memang diakui sangatlah cantik. tapi saya jenis simple saja, takde lilit2 bagai. bawal, pinkan di leher dan kerongsang di tengah dah cukup:)

  2. taste saya dengan wife amat lain..definisi lawa atau cantik saya ngan dia beza..biasanya saya tanya nak mana,then belikan..hehe..takde maknanya saya yang belikan….:D

Comments are closed.