pelancaran rasmi 701pages

Lisa Surihani Di Majlis Pelancaran 701pages.com

Semalam saya hadiri majlis pelancaran 701pages.com . Kenal 701panduan? Rasanya ramai juga blogger yang kenal dan pernah menggunakan pengiklanan dengan 701panduan.   701pages.com adalah penjenamaan baru kepada 701panduan.

lisa surihani perasmian 701pages

Majlis pelancaran rasmi  701pages.com telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Star Publications (M) Berhad Ho Kay Tat, Pengerusi 701pages.com, Leslie Fong dan artis popular cantik manis Lisa Surihani.

Secara umumnya, 701pages.com adalah online directory search engine seperti Yellow Pages tetapi  menawarkan hasil carian yang lebih pelbagai dan lengkap.  Ia bukan saja mempunyai maklumat lengkap hasil carian pelancongan, makanan,  hotel, kecantikan dan banyak lagi tetapi mempromosikan perniagaan dalam talian.

Dengan slogan ‘7 Days A Week, Your No.1 Local Search Directory’ 701pages.com turut menyediakan peta lokasi, panduan laluan memandu, mercu tanda berhampiran malah profil syarikat untuk memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat secukupnya sebelum mendapatkan perkhidmatan atau membeli belah.

 

official launch 701pages.com

Majlis di Grand Ballroom  Westin Hotel ini turut menampilkan persembahan ahli silap mata David Lai juga pemain biola elektrik, penulis lagu, pelakon dan penerbit, Dennis Lau.

Sepuluh kali tengok silapmata burung merpati pun saya tetap teruja.

pelancaran rasmi 701pages

Satu-satulah makcik berbaju kurung bertudung bawal di majlis ini mengabadikan tanda kehadiran. Kujie  Surirumah was here!

Untuk mendapatkan maklumat, kunjungi laman web 701pages.com atau ikuti Twitter mereka @701pages

Like pagebook 701page.com dan berpeluang memenangi hadiah utama Toshiba 46 “LCD TV, Samsung Galaxy Nota atau  Samsung Galaxy Tab 10.1 apabila membuka pintu dalam permainan ‘The Door To Great Perks’.

 

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Lisa Surihani Di Majlis Pelancaran 701pages.com”

  1. best tol ayat “kujie surirumah was here” … lawaksss 😉

    surirumah blogger fofuler gitu…

    aritu ade nmpk gambar kak jie dgn lisa, xingat pula di blog mane… 😉 cayalahh
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Si Peramah di bulan Jun ’12My Profile

Comments are closed.