Press "Enter" to skip to content

Majlis Perasmian Pasaraya My Agro Hypermart Dan Karnival Asas Tani 2012

Awal pagi saya, Angah dan Intan sudah bergerak keluar dari rumah. Memandu waktu pagi minggu memang selesa, sejam kemudian kami dah sampai ke Serdang.

Tempat yang dituju adalah Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.

Tak susah pun untuk sampai ke MEAPS, cari saja Hospital Serdang. Lampu isyarat selepas Hospital Serdang, ambil arah ke kanan.


Selepas  disambut oleh Encik Tommy Ooi ( yang juga menghantar sms memberi panduan arah ) , saya mendaftar dan mendapatkan pas rasmi sebagai Official Blogger.  Pertama kali saya turun ke event sebagai blogger rasmi, duduk bersama pihak media perdana seperti Bernama, tv3, tv1 dan beberapa lagi akhbar utama.

Memandangkan  masih ada banyak masa sebelum majlis rasmi bermula, saya ambil kesempatan untuk menjelajah pasaraya My Agro Hypermart terlebih dahulu.

Komposisi produk yang dijual di pasaraya My Agro Hypermart adalah 60% produk usahawan IKS dan 40% adalah FMCG/super brand.

Bukan saja produk yang berasaskan makanan terdapat di sini, barangan keperluan pertanian pun ada.  Bab-bab tools ini saya suka – mungkin sebab selalu ikut suami ke bahagian ini.

Sebagai sebuah pasaraya produk IKS tempatan pertama di Malaysia, My Agro Hypermart ditubuhkan untuk membantu usahawan IKS memasarkan produk mereka di dalam pasaran tempatan.

Produk sejuk beku disusun teratur dalam ruang yang luas dan selesa.  Senang nak pilih.

Beberapa minit sebelum majlis perasmian bermula, seorang lagi Official Blogger, Puan Bee pun sampai diiringi suami dan 3 anak daranya. Lawak sungguh… Puan Bee boleh sesat padahal saya dapatkan peta untuk ke MAEPS ini dalam blog dia.

Di ruang terbuka di luar bangunan pameran MAEPS, berlangsung Karnival Asas Tani 2012. Cuaca pagi minggu sungguh baik.  Bau durian dan cempedak memenuhi rongga  hidung dibawa angin yang bertiup.

Selepas majlis perasmian pasaraya My Agro Hypermart oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,  Yb Datuk Seri Noh bin Haji Omar, berlangsung pula majlis tandatangan perjanjian kesefahaman antara Rukun Saksama bersama FAMA, Asia Shangtex dan beberapa usahawan IKS yang terlibat.


tuuuu…nampak tu! Terliur tengok dia tergolek depan mata.  Tapi saya tak makan pun , tak sanggup nak beratur dan menghormati Intan yang tak makan daging.  Dia merengek tak bagi kami makan daging juga.

Selepas  menggalas perut dengan murtabak mini, popia mini, bebola daging dan secawan jus mangga , saya masuk ke bahagian Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M).

Seronoknya tengok longgokan ikan segar yang berharga lebih murah dari harga pasaran.  Saya tak beli sebab rancang untuk ke tempat lain selepas ini.

Memang murahkan… penjimatan lebih lebih 55%.  Puan Bee beli bawang besar 1 beg 5 kilo dengan harga RM4 sahaja.  Murah berbanding harga di kedai lain.

Selesai semua dan tulang kambing golek pun dah tak nampak, kami berpakat untuk balik.  Sebenarnya bukan balik ke rumah, saya terus ke Bukit Mahkota, Bangi melawat kakak ipar juga anak saudara yang baru-baru ini sakit sehingga terpaksa mengambil SPM di dalam wad hospital.

Sempat singgah Nilai 3 beli beg sekolah Intan.  Alang-alang dah berada di kawasan berhampiran, gunakan masa dengan sebaiknya.

Mak mak multitasking, sekali jalan boleh settlekan macam-macam aktiviti. Hari minggu untuk diri sendiri, anak-anak dan saudara mara.

Sebelum balik sempat masukkan 7 keping borang untuk cabutan bertuah. Setiap pembelian RM 20 dapat 1 borang. Saya sendiri ada 3 borang, Puan Bee bagi 2 ( guna nama Angah ) dan 2 lagi diamanahkan oleh  blogger @JawsIsmail.

Seperti biasa, tiap kali saya turun event bersama blogger, tak pernah pulang dengan tangan kosong walaupun sekadar memenangi hadiah saguhati bukannya hadiah utama TV LCD 40″, iPhone 4s atau pun iPad2.  Ini hadiah saguhati yang bernilai RM30 yang dimenangi semalam.

Saya pernah pergi majlia e-Qurban  dapat hamper cabutan bertuah, pergi GLC Open Day 2011 di KLCC dulu pun dapat hadiah cabutan bertuah juga.

Syukur Alhamdulillah , perjalanan sepanjang hari minggu ini yang berkat kerana mendapat keizinan suami biar pun suami saya berada lebih 10,500 kilometer dari Malaysia.

Semalam juga sewaktu di MAEPS saya mendapat panggilan pengesahan untuk satu lagi projek sebagai blogger untuk hujung minggu ini. Rezeki dari Allah, saya percaya sungguh!

Entry berkaitan :

32 Comments

  1. Leonie Leonie

    I personally wish to take note of this specific
    blog, “Majlis Perasmian Pasaraya My Agro Hypermart Dan
    Karnival Asas Tani 2012 | Hidup Biar Sedap” on my personal
    website. Do you really mind in the event I personallydo?

    Thanks ,Maximilian

  2. Argh, harini nk g agrohypermart..tahniah kepada dato jamal dan krew

  3. muhammad fakhruddin muhammad fakhruddin

    Saya ada juga keinginan jadi official blogger, belum dapat jemputan mana-mana lagi.

    Cuma saya tersentuh apabila pengarah Majlis Buku Kebangsaan singgah di entri mengenai Pesta Buku tahun lalu.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Haram Haramkah @OhBukuMy Profile

    • job ini ditawarkan selepas pihak terlibat meneliti statistik blog dan isi kandungan yang bersesuaian dengan pasaran mereka.

    • pergi rumah kakak kat Bukit Mahkota sebenarnya…. dah dekat Nilai3, ambil peluang singgah kejap

      round round cuci mata
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Prinsip Tekanan Tanpa TekananMy Profile

  4. Wah rezeki Kak Jie tidak pernah pulang dengan tangan kosong. 🙂

    • hehehehe…risau kawan kawan blogger tak ajak lagi lain kali
      asik diaaaaaaaaaaaa je yg menang…mana aci, katanya
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Prinsip Tekanan Tanpa TekananMy Profile

  5. Tak dapat pergi sebab berkunjung ke rumah kahwin. Takperlah nanti ada masa boleh melawat My Agro mart nih. Nanti kalau dah besar, pe kata buka cawangan merata rata di seluruh malaysia…
    Jom terjah post menarik dari norzikri ..Anwar Bebas – Apa pula lepas ini?My Profile

    • barangan kt my agro hypermart ni keluaran iks, nampak bersih dgn pembukusan yang menaik.

      kita yang beli pun tanpa was was
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Prinsip Tekanan Tanpa TekananMy Profile

  6. iza~de~bintang iza~de~bintang

    Wah..hebatnya Kak Jie… tumpang bangga.. rogi tak pi sama heheh. Rogi jugak tak jumpak Kak Jie…mmm…takdak rejeki 🙁

  7. eiela eiela

    wah,,mesti best shopping kat sana. tengok barang-barang semuanya tersusun je. mesti berbaloi..
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Ego Seorang ManusiaMy Profile

  8. menarik ni…lepas ni leh la tukar tempat shopping barang dapur…

  9. Saya sorang ja yg tak pergi – pasal jauh sangat.
    (2-3 bulan lepas masa duk kat Shah Alam taknak pulak depa buat menda ni – alasan kukuh tu…)

    Dapat rasakan macam mana sempoinya bila duduk kat Meja Media , pasal saya sendiri pernah jugak serba sedikit buat benda2 macam tu dulu .

    Harga ikan kat tengah2 Daratan Semenanjung boleh jadi semurah tu, sedangkan kami kat tepi laut ni masih RM 10 sekilo … hmmm … Rezeki depa la.
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul ..ISTILAH KAMI , PEMANDU LORI DAN BAS …My Profile

    • lor … mcm tu pula
      tapi ikan kt area rumah kami pun mahal
      tu yang kat pasar ikan rakyat saja…memang berbeza
      murah sungguh….

      nak kena pi sana bawa bekas ais
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Prinsip Tekanan Tanpa TekananMy Profile

  10. ann ann

    he he he…dapat juga hadiah yer…..teringin kat aroma durian.

  11. Saya pergi dalam pukul 6,org dah tak ada,sempat makan satay dan pekena abc kat depan kedai ikan tu..kedai kat parking banyak dah nak tutup. 🙂 tak der rezeki nak jumpa 🙂

    • oooo…. datang petang, kami dah balik
      tapi kemudian lepas maghrib datang semula.

      pasar ikan rakyat tu betul2 murah… kalau dekat mmg nak pi beli ikan kat sana
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Prinsip Tekanan Tanpa TekananMy Profile

  12. alahai ramai gi hari Ahad…saya gi hari Sabtu ..ruginya klu idak leh jumpa bloggers famous amos aa

    • saya pun tak janji dgn sapa2…. free hari ahad.
      lagi satu…hehehehe..nak cabutan bertuah tu

  13. saya pun pegi gak pagi semalam. masa tuh ada org tgh berucap. Lama sangat kot dia berucap, ktorg jejln dalam kedai tu then terus ke bawah coz kat bawah plak.

    Kalau tak mesti dapat jumpa k jie kan
    Jom terjah post menarik dari Cik Lily Putih ..Dah Macam Potong RumputMy Profile

    • kak jie ada kat meja Media tu…kul 2 baru balik.
      kemudian dtg lagi lepas maghrib

    • wah… ramai blogger pergi rupanya.
      tercari cari juga rakan2 blogger nak sembang² kt sana

Comments are closed.