Melawat Raub Bersama Tourism Malaysia

Hujung minggu lepas, saya menerima undangan Tourism Malaysia sebagai wakil media ke Majlis Menaik Taraf Kemudahan Stesen Bas Raub di Pahang di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Sangat teruja untuk turut serta bersama program ini kerana ini adalah kali pertama saya akan bekerjasama bersama agensi kerajaan. Semua events sebelum ini membabitkan penyertaan media bersama pihak swasta.

Mengikut tentatif yang diedarkan, saya perlu berkumpul di kawasan tiang bendera PWTC pada jam 8.30 malam 13hb Julai 2012 dan bertolak ke Raub jam 9.00 malam. Disebabkan ada majlis membabitkan VIP di PWTC, kami lewat 30 minit kerana perubahan lokasi disebabkan penutupan jalan.

Selepas berhenti mengisi perut di Genting Sempah, perjalanan diteruskan. Saya pernah tinggal di Bentong hampir 3 tahun, jadi laluan ini bukan asing bagi saya. Dalam kenderaan, saya pula yang menjadi tourist tour.

Nasib baik saya ajak Azman, adalah juga blogger yang saya kenal. Turut serta bersama di dalam perjalanan ini ialah Dydy, Kei, Dzul, Founder TaknakGemuk.Com dan Crew MOBTv.my

hotel jelai raub pahang

Kami tiba di Hotel Jelai,  tempat penginapan jam 12 tengahmalam. Semua blogger lain berkongsi bilik berdua, tetapi saya hanya seorang diri memandangkan ada blogger lain yang tidak hadir di saat akhir.

Blogger………… jangan buat macam ni tau kerana majlis luar daerah seperti ini memerlukan perancangan untuk tempahan kenderaan, makan minum juga tempat penginapan . Saya pun disebabkan dah berjanji terlebih dahulu, datang juga walaupun hujung minggu  anak-anak saya balik dari kolej.

Sampai saja ke bilik, terus test wifi…blogger mesti checking line.  Wifi di Hotel Jelai tip top.  Tweet dua tiga ketul sesaja nak menjeleskan kawan-kawan di timeline dan tidur.   Awal pagi esok dah bersusun tentatif yang perlu dihadiri.

pemandu bas

Selepas sarapan, kami ditemani pegawai dari Tourism Malaysia HQ, Puan Natasha berjalan di sekitar pekan Raub yang sejuk dan mendamaikan.  Secara santai kami berjalan melepasi Stesen Bas Raub sehingga ke Rest House Raub.

Melihat warga emas yang masih sihat dan bertenaga cukup untuk membuktikan betapa bagusnya kualiti udara di sini.

 

bas zaman dulu

Bukan senang untuk melihat bas sezamannya yang masih aktif beroperasi.

majlis rasmi menteri pelancongan

Lebih kurang jam 10:45 pagi,  acara kemuncak dengan ketibaan Menteri Pelancongan Malaysia , YB Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen.  Sebagai Ahli Parlimen Raub, beliau sangat popular dikalangan penduduk Raub.

Majlis sederhana dan meriah ini diserikan dengan Tarian Cuti-Cuti Malaysia yang dipersembahkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

 

 

Menteri Perlancongan Dato' Dr Ng Yen Yen

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen beramah mesra bersama penduduk yang berbilang bangsa.

menteri pelancongan malaysia

Pada hari ini YB Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen merasmikan Projek Naiktaraf Kemudahan Stesen Bas Bandar Raub yang menelan kos RM500,000 yang telah pun dimulakan pada 1 Julai 2012 dan dijangka siap pada 1 September 2012.

Sesuai dengan matlamat menjadikan Raub sebagai satu destinasi pelancongan , pelbagai inisiatif  oleh telah diambil oleh Kementerian Pelanconganuntuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong dan seterusnya mempromosikan daerah ini.

Antara kemudahan lebih bermutu dan selesa membabitkan projek Menaiktaraf  Kemudahan Stesen Bas  Bandar Raub yang melibatkan kerja-kerja berikut :

  • Meroboh dan membina semula kaunter tiket, ruang menunggu bas dan juga tandas awam.
  • Membina semula 8 unit  gerai dan ruang terbuka untuk kiosk perniagaan.
  • Menaiktaraf 4 unit kiosk dan tempat menunggu sedia ada.
  • Menaiktaraf kawasan premis hentian bas.
  • Menaiktaraf ruang pejalan kaki.
  • Menaiktaraf pencahayaan, dan;
  • Menaiktaraf lankskap persekitaran stesen bas.

taman tasik raub pahang

Pembangunan eko-pelancongan di Raub berupaya memberi manfaat kepada masyarakat tempatan mengenai peluang baru ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup social hasil dari kegiatan pelancongan yang semakin berkembang.

Saya pernah beberapa kali datang ke Raub, boleh mengesan perubahan yang begitu ketara yang terdapat di bandar ini.  Banyak kemudahan telah dan sedang diushakan untuk meletakkan Raub sebagai salah satu lokasi percutian bukan sahaja sebagai bandar persinggahan untuk balik ke kampung di pantai timur.

Selepas jam 2.30 petang, kami mendaftar keluar dari Hotel Jelai dengan kenangan hidup masing-masing.

Sampai di rumah hampir jam 6 petang, saya demam.  Mungkin kempunan tak dapat Kacang Goreng Sempalit. Sempalit merupakan sebuah kampung di Raub yang terkenal dengan produk kacang tanah sama seperti Menglembu di Perak.

p/s – saya bukan blogger photographer , maaflah dengan kualiti gambar sedang-sedang saja. Kalau nak tengok gambar cun melecun, Azman ada koleksi yang menarik.

    • oooo…Raub dekat saja, lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan melalui Lebuhraya Karak dan keluar di Bentong.

      Raub juga terkenal dengan durian…..
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..KosongMy Profile

  1. Tahniah Kak Jie kerana diundang untuk turut serta dalam event yang melibatkan agensi kerajaan..besar ertinya ni..bertuah sungguh..harap2 dapat ikut jejak Kak Jie berjaya dalam dunia blogging ni nanti.. 😀

    • tak sempat nak buatlah Bee….Angah cuti sem ni
      kena kurangkan masa beronline…lagi pun event tak bersyarat apa2
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..KosongMy Profile