Mid Gulai Kawah Umbut Pisang

Resepi gulai kawah umbut pisang  sila klik sini - Resepi Gulai Batang Pisang Orang Baling

Hari ini kita bertemu dalam segmen Jalan-Jalan Cari Makan.   Selalu saya buat segmen Hari Bertemu Pelanggan .  Kali ini saya akan wujudkan satu lagi segmen Jalan-Jalan Cari Makan sebagai salah satu projek dibawah Kategori Berita Komuniti Kujie.

Segmen pertama dimulai dengan geng kroni² .. he he he.  Mestilah penghargaan diberi kepada orang terdekat dalam komuniti, kan.  Tak payah cakap banyak, jom kita terjah gerai Gulai Kawah Umbut Pisang yang sedap.


Lokasi pilihan kita hari ini adalah NO 1641 Kg Telok, Sg Dua Butterworth Pulau Pinang dan nama kedai yang popular ini adalah Mid Gulai Kawah Sg Dua.

Saya cakap popular sebab orang² popular pernah singgah di sini.


Kumpulan Rabbani


Terlibat dengan segmen ‘Warung Kita’ keluaran Astro. Tuuu….tokei dia berapron dengan handsome sekali.

Ini pemilik Mid Gulai Kawan – Hamid Mukhtar juga seorang pelakon teater dan pelakon drama.  Khabarnya sekarang sedang sibuk  denganTelemovie AYOB.

Apa yang istimewanya di sini?

Batang pisang?

Kerbau lembu saja makan batang pisang, jangan salah faham. Ramai yang menyebut ‘gulai batang pisang’. Tercekik terus dimandikan ‘atas batang pisang’ .

Kita orang melayu hidup bergandingan bersama pisang. Baca entri saya yang dulu – Pohon Pisang Dan Kelompok Kehidupan


Bukan batang pisang ye kawan² – umbut pisang.   Macam inilah proses awal untuk mendapatkan umbut pisang.  Lagi power pisang hutan. Budak² lelaki zaman saya juga menjadi dewasa selepas duduk di atas batang pisang di depan Tok Mudim.   Tapi dia orang ni budak muda, mungkin tak merasai zaman duduk atas batang pisang di depan Tok Mudim.

Ini umbut pisang yang telah d potong .   Waktu memotong umbut pisang akan keluar reja-reja atau urat² halus bertali seperti getah.  Itu kena buang, kalau tidak gulai umbut pisang kita akan berangkai² tak putus.  Dari sinilah datangnya bagaimana pelepah atau batang pisang yang kering boleh menjadi tali yang kuat untuk mengikat.

Selain dari bahan² rempah ratus, santan dan kerisik, cara memasak menggunakan kayu adalah satu rahsia kesedapan yang menjilat jari.  Inilah tradisi yang dikekalkan oleh pemilik Mid Gulai Kawan Sg. Dua.  Empat kawah sekali masak – perhhhh!

Gulai umbut pisang biasanya lebih sedap di masak menggunakan ‘daging tetel’ atau bahagian yang banyak tulang.

Tradisi kami orang Baling, gulai umbut pisang adalah menu utama setiap majlis kenduri kahwin bergandingan dengan kerabu pucuk paku.

Selain dari menu popular gulai kawah umbut pisang, Mid Gulai Kawan Sg Dua juga menghidang berbagai jenis lagi masakan yang pastinya membuka selera.

Apalagi…….jom pakat ramai² kita serbu gerai Mid Gulai Kawah di No 1641 Kg Telok, Sg Dua Butterworth Pulau Pinang

Lokasi mudah, selepas susur keluar dari Lebuhraya Utara- Selatan di Sungai Dua…sepelaung kata klasiknya.

Ini bukan entri berbayar – Hamid Mukhtar adalah jiran sekampung saya. yeahhh………kami orang Baling yang sedang mempopularkan makanan tradisi  Gulai Umbut Pisang yang original  bukan batang pisang ye!

Penafian : Semua image adalah sumber dari : Facebook Mid Gulai Kawah – anda boleh berhubung dengan pemiliknya untuk sebarang urusan selepas ini.  Saya dapat telan air liur je aihhh….. rasa macam nak terbang balik kampung la ni juga!

Ada orang tak pernah makan gulai umbut pisang ke?

©kujie – balik akhir Ramadan baru² ni kami masak gulai umbut pisang juga dan balik ke KL saja jumpa orang jual ‘ gulai’pelepah pisang’ :lol:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Anonymous says:

    Gulai kawah umbut pisang memang sedap, kalau betul cara masaknya.

  2. tadi tengahari g makan kat sini.niat nak g tempat lain tapi lain yang dituju..banyak gile lauk.adehh payah nak pilih,harga pun berpatutan.

  3. ade…mesti ada
    area Hulu Selangor pun belum habis sampai Gedangsa

  4. kerabu pucuk paku dgn perut lembu :lol:

  5. kalau nak buat tak syok sorang², dia kena panggey sekampung.

    umbut pisang ni lembek tak macam umbut nyoq, kalau buat kerabu tak brapa bestlah.

    pokok pisang kat ayaq terejun tu org asli tu punya…hang berani p la minta kt depa..hehee

  6. afiq aiman says:

    dah macam ada TV pulak..mcm2 segmen ada..hehe..nnt dah keja boleh la g sana..mintak2 tak tutup lg
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Terima Kasih Paderi Terry Jones!My Profile

  7. dekatnya dengan rumah mak di kg.. tapi tak penah try pun.. hehee.. mungkin lain kali bleh try kot..

    tak penah makan, tapi penah tgk dalam tv orang masak masakan nih..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Domain FREE untuk DimenangiMy Profile

  8. berkhatan pun atas batang pisang,tapi gulai batang pisang buat rasa nak terliur dengar

  9. pehhh kak~
    mantap gulai kawah nye!hehehe..
    kak..nti cube jalan2 area Selangor lak..
    mane tau ade tmpt saya tk pegi lagi kn?hehehe
    Jom terjah post menarik dari Nabiel ..AwakIngat Tak Dulu part 2 My Profile

  10. keluar dah bahasa utara ni ya kujie….
    teringin juga rasa yang ori dari baling ni….
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..kisah lamaMy Profile

  11. alamak bestnyer. terliur kejap tadi. kerabu pucuk paku. adesssssssss. nak balik msia!
    Jom terjah post menarik dari MakanMalaya ..La Ada Rupanya Food Blogger Conference Eh Kat Dunia Ni- Selamba La Tak Ajak MakanMalayacom Kan Hehe !My Profile

  12. Org Kuala Ketil memang tak tau masak gulai umbut pisang, tapi pandai makan. Cuma ada can makan bila orang Baling atau Sik pangge makan kendughi ja. Tapi kalau tanya depa “Ada gulai umbut pisang dak?” nanti depa kata “Uh..tak dak la, kami dah cemuih haih, kami buat dagin masak korma haghi ni”, Keciwa2…

    Kakjie,
    Umbut Pisang ni buleh buat kerabu dgn perut macam umbut nyoq tu dak?

    Nanti buleh ka kita try masak… kan ka kat Serendah tu banyak pokok pisang utan kt tepi ayaq terjun tu…

  13. Dulu tak dikomersial, hanya boleh jumpa masa kenduri kahwin
    tapi sekarang ramai yang ‘mengkomersialkan’ sehingga ada yang hanya berniaga untuk keuntungan semata² sehingga hilang keaslian umbut pisang itu sendiri.

    Sebab utk dapatkan umbut pisang dalam jumlah yang banyak dan tetap bukan mudah… kena ada ‘tanam semula pisang’ :lol:

  14. Memang tau makan tapi tak semua orang tau masak cara yg betul
    pernah p kenduri kawen kat Gurun, depa bukan pakai umbut pisang tapi pelepah yg berongga tu pun depa bubuh

    kat sini ni, ( S’gor ) ada juga org juai masa Ramadan, tapi sampai2 ke pelepah pun depa besiang boh dlm tu…kita buleh kenai mana umbut mana pelepah

  15. denaihati says:

    Sedap tu pernah rasa gulai umbut pisang masa kenduri kawin anak saudara @ Baling.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Selongkar Google Webmaster Tools blogariffMy Profile

  16. Mat Hitam says:

    Gulaii..kawah umbut pisang,bukan org baling saja tau..seluruh kedah tau mkn,terutama org PENDANG..tapi sama ja Pendang Gan Baling satu kapaii gakk..

    Gulai kawah umbut pisang gan tulung rusuk lembu..perrggghh..rasa cam dlm mulut dahh..

  17. wahhh.. gulai kawah umbut pisang.. memang sangat popular kat bagian utara.. time kenduri kat kpg mesti ader..

  18. wah,juadah istimewa yang lain dari yang lain..kena singgah ni suatu hari nanti
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Say GoodBye To Haji Dorani HomestayMy Profile

  19. mankuchai says:

    salam,

    Pernah dengar gulai umbut pisang,tapi tak pernah rasa,popular disebelah utara jer kan makanan ni :?:

  20. intankuterpilih says:

    tak pernah mkn umbut pisang…sedap ker??
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..Bunyi letupan ketika gadis ghaib dirawatMy Profile

  21. Sebut baling, teringat kat kawan serumah dulu, duduk bersama dia beberapa tahun, yang pasti, dia taklerh tak makan nasi, nanti terus mood swing… :D ke laut jap…

    umbut pisang pernah rasa sekali dua jer, kalau sebut umbut kelapa, memang selalu gak dulu makan, sampai naik muak pun ada… :D pasni pi sana kena singgah aaa nampaknya kedai orang baling ni…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Ich bin ein HausmannMy Profile

  22. Ermm… bila la Su nak ke Utara ni… Nak jugak rasa gulai umbut pisang.
    Jom terjah post menarik dari suara ..10 hari diHari Raya!My Profile

  23. Kak Jie…maner laa tau..ader jalan ke Utara nanti..mesti test sekali..Insyallah…
    Jom terjah post menarik dari Shaffik ..Azizulhasni Awang KecewaMy Profile

  24. saya kalau umbut kelapa balik kampung time kenduri je dapat makan, huhu kalau umbut kelapa sawit time kenduri dekat labis je dapat makan :)
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Cara nak buat theme wordpress part 3My Profile

  25. hehehe…. kena faham ni

    dulu duduk atas batang pisang tu waktu bersunat, kiranya beralih zaman dari budak2 ke remaja :lol:

    aishh..kena baca entri ni cara orang zaman kak jie :lol:

  26. Kak Jie untung, kahwin dengan orang Jawa Sabak Bernam..dapat rasa umbut kelapa juga…kena tebang sepokok kelapa, makan sekampung :lol:

  27. Kat sini susah nak dapatkan umbut pisang..kena balik kampung baru best

    lagi pun kalau masak kat kampung, boleh guna kayu api…baru terbit aroma dia

  28. untungnya kerana menjadi antara orang yang pernah merasa..hehehe

    tengok orang lain tu…jelesnya dia org :lol:

  29. masukkan dalam list tempat yang perlu disinggah. keluar dari highway, tak jauh pun……

  30. makan… makan… jangan berpantang TANPA SEBAB
    nanti salah satu nikmat di tarik balik, baru menyesal :mrgreen:

    cakap orang..pandai..hehehe :lol:

  31. kena buat perjalanan jauh dari Johor untuk ke utara ni

  32. wah…kalau yg lain dah cuba, yang umbut pisang ni mesti masuk dalam list – wish list :lol:

  33. Daerah Baling, Kedah

  34. Gulai kawah umbut kelapa, buah ara, batang keladi -sudah cuba. Umbut pisang belum lagi.
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Free unlimited bandwidth image hosting for Blogger blogsMy Profile

  35. masakan negeri mana tu ye.. :mrgreen:
    sodap2..
    Jom terjah post menarik dari syahrilhafiz ..Ubuntu dan BiologiMy Profile

  36. tak pernah lagi makan Gulai Kawah Pisang…yum yum yum…
    Jom terjah post menarik dari Shaffik ..Azizulhasni Awang KecewaMy Profile

  37. dolu2..saya ni byk sgt pantang larang makan..now rasa cam nak mencuba semua makanan la..hehhehe
    Jom terjah post menarik dari Bb Hussain ..Maher Zain Schedule in MalaysiaMy Profile

  38. sedap ni kak jie..ingat kat area sini..mau p serbu jugak…tapi kat penang nu..takpa balik kampung nanti kena serbu..
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Aku kembali!My Profile

  39. Saya pernah makan sekali je kak jie..
    Itupun masa mengikuti program anak angkat masa blajar dulu dekat grik dulu..
    Masa tu memang pertama kali dengar gulai kawah umbut pisang :grin:

  40. tak pernah merasa gulai kawah macam ni…….syok jugak nampak sungguh menyelerakan….sesekali layanz…..gaks.

  41. tak pernah cuba lagi, setakat ni pernah makan umut kelapa sawit dengan umbut kelapa je, huhu
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Cara nak buat theme wordpress part 3My Profile

  42. klau tak duduk atas batang pisang , kurang dewasalah yea ? :mrgreen: first time dengar gulai kawah umbut pisang , klau gulai umbut kelapa memang pernah rasa .. umbut kelapa klau makan mentah memang sedap sebab ada rasa lemak-lemak gitu ..
    Jom terjah post menarik dari zqah ..Gambar perkahwinan Nur Nadia SM Nasimudin dan Hamzah Alang Azman Shah di Vintage Ballroom- Holiday Villa Subang JayaMy Profile

Trackbacks

  1. […] Cara nak masak gulai umbut pisang – klik sini Gulai Umbut Pisang […]

  2. […] masak gulai umbut pisang di [ sini […]

  3. […] Cara nak masak gulai umbut pisang – klik sini Gulai Umbut Pisang […]