Pelancaran Sony Alpha5000 Di Malaysia

Hujung minggu lepas saya hadiri jemputan pihak Sony Malaysia ke majlis perlancaran kamera terbaru mereka iaitu Sony Alpha5000.

Bertempat di Carcosa Seri Negara, majlis dimulai tepat jam 2.30 petang Sabtu 15 Februari 2014.

Buat pertama kalinya pihak Sony memilih untuk memperkenalkan produk keluaran terbaru mereka bersama blogger Malaysia. Saya sangat bertuah kerana terpilih untuk berada bersama pasukan Sony dan diberi peluang untuk merasai pengalaman menggunakan kamera terbaru yang masih belum berada dipasaran.

image

Inilah kamera yang diberi pengenalan identiti sebagai Sony Alpha5000 yang akan berada dipasaran Malaysia mulai esok 21 Februari 2014.

image

Kemunculan Sony Alpha5000 dimulai dengan penerangan daripada Mr. Ishida Masahiko selaku Head of Digital Imaging Sony.

image

Turut sama dimajlis petang tersebut ialah Sony Manager Director , Mr Kikuo Okura yang memperkenalkan secara rasminya kamera ringan yang membolehkan lensa ditukar dengan mudah iaitu Sony Alpha5000.

Sony Alpha5000 boleh didapati dipasaran dengan pilihan warna hitan, pink dan putih.

image

Saiz yang comel dengan berat 210g tanpa lensa memberi keselesaan untuk dipegang terutamanya bagi blogger yang sering bergerak samaada sewaktu hadiri majlis di dalam dewan atau acara luar dewan yang aktif.

Ramai rakan-rakan blogger saya yang mempunyai DSLR tetapi akhirnya tersimpan berhabuk di rumah kerana kesukaran membawa kamera bersaiz besar dan berat ke majlis-majlis bersama blogger. Ini kenyataan kerana saya pun seperti itu… ๐Ÿ™‚

image

Salah satu fungsi menarik yang memang memikat anak remaja saya ialah kemampuannya untuk bergambar self – portrait atau kata orang muda zaman sekarang “selfie”.

Skrin LCD yang boleh diselaras sehingga 180ยฐ membolehkan kamera mengambil gambar gaya “selfie” dengan mudah. Dibantu oleh saiz mudah genggam dan lebih ringan, ianya cukup selesa walaupun menggunakan sebelah tangan.

Kami “wefie” dengan mudah kerana fungsi self-potrait secara automatik menhidupkan ‘timer’ tanpa perlu sentuh kawalan dengan kiraan 3.

Letak kamera pada kedudukan yang stabil dan terhasillah gambar dengan kualiti gaya profesional hanya dengan kamera bersaiz kecil dan ringan.

Saya bukan blogger fotografi, tetapi dengan Sony Alpha5000 ini dapatlah juga menikmati hasil bidikan taraf amatur dengan puashati.

Korang mesti baca info lengkap di Sony Alpha5000 untuk lebih mengenali kamera ini secara specifik dan sokongan PlayMemories Apps.

Sokongan NFC dan Wi-Fi juga satu kelebihan bagi gadjet zaman sekarang yang membolehkan perkongsian di laman sosial melalui telefon pintar atau tablet dengan lebih mudah.

sonyalpha5000malaysia

Ini adalah kami pertama saya berkenalan dengan kamera Sony dan sudah jatuh cinta. Perbezaan yang paling jelas adalah butang mode yang diselaras dengan pilihan sentuhan berada didalam skrin bukan butang yang digerakkan dibahagian atas badan kamera secara fizikal.

Pop-up flash juga berada pada kedudukan yang sesuai dalam binaan yang bijak. Sensor Exmor APS-C HD CMOS 20.1 megapixel cukup sempurna untuk menghasilkan gambar yang cantik bagi amatur blogger seperti saya.

Tak sabar untuk terus bersama Sony Alpha5000 twin lens SEL 1650 hujung minggu ini !ย Untuk maklumat yang lebih lengkap termasuk harga yang ditawarkan, boleh tengok specification di sini –ย Sony Alpha5000

Live Blogging From GT-i9300

34 Replies to “Pelancaran Sony Alpha5000 Di Malaysia”

    1. Lebih kecil dan ringan 210gram body dia. Kak jie ada dslr biasa .. yg ni lebih kecil dn ringan.. built in wifi tu sesuai utk live blogging

Comments are closed.