Pembukaan Hyundai 3S Sutera Gemilang Auto Di Shah Alam

sutera gemilang auto shah alam

Hujung minggu lepas, saya bersama beberapa blogger telah dijemput oleh wakil pengedar kenderaan di bawah Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) iaitu Sutera Gemilang Auto Sdn ke majlis sempena pembukaan pusat 3S terbesar dan terbaharu mereka di Shah Alam.  3S adalah merujuk kepada Jualan (Sales ), Penyelenggaraan ( Service ) dan Alat Ganti ( Spare Parts ) untuk semua jenis kenderaan jenama Hyundai dan Inokom.

showroom hyundai

Pusat 3S Sutera Gemilang Auto terletak di Lot 7960, Jalan Batu 3 (off Jalan Subang), 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

okasi sutera gemilang auto shah alam

Bersempena dengan Euro 2012, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) yang menjadi Penaja Kenderaan Rasmi Euro 2012 telah mengadakan satu acara yang dipanggil Hyundai Euro Tour . Permainan bolasepak secara virtual ini memerlukan peserta menjaringkan seberapa banyak gol di dalam masa yang ditetapkan.

Seronok juga tengok orang menyepak angin untuk mendapatkan jumlah jaringan terbanyak kerana hadiah yang ditawarkan adalah iPhone.

virtual football

HSDM juga memberi jersi edisi terhad kepada pengunjung yang bertuah secara percuma. Lebih daripada 100 pelawat telah menebus jersi ini di Sutera Gemilang Auto pada hari tersebut.

sutera gemilang auto shah alam

Dengan slogan ‘New Thinking, New Possibilities’ , Hyundai Motor Company turut memperkenalkan model terbaru mereka – Elantra sempena pembukaan Pusat 3S Sutera Gemilang Auto.

Melihat tanda harga dengan kualiti dan keupayaan kereta ini agak jelas ianya sebuah kereta yang menarik di dalam kelasnya.   Sebagai buktinya, Hyundai Elantra telah memenangi Car Of The Year 2012 di Detroit, USA awal tahun ini.

Harga atas jalan ( OTR) Hyundai Elantra 2012

  • 1.6 MT Std : RM 86,888
  • 1.6 AT Std : RM 91,888
  • 1.6 AT HS : RM 96,888
  • 1.8 AT Premium : RM 111,888

showroom hyundai shah alam

Saya tak lepaskan peluang untuk cuba mendekati model menarik ini…manalah tau kalau-kalau berjodoh!  Warna putih yang memukau sudah cukup mengamit perasan ingin menyelongkar bahagian exterior & interior yang mengancam.

SuteraGemilangAuto

Dengan luas  ruang 31,500 kaki persegi,  pusat ini menyediakan 9 buah tapak penyelenggaraan untuk kenderaan pelanggan dalam satu-satu masa. Ruang pemandangan yang jelas membolehkan pelanggan melihat kereta mereka yang sedang diselenggara.

Sementara menunggu kereta diselenggara, pelanggan boleh berehat diruang yang disediakan dengan kemudahan wifi,televisyen , komputer, mesin air (panas dan sejuk ) , ruang kerja  juga taman mini untuk  pelanggan yang membawa anak-anak.

Uuntuk kemudahan pelanggan , Sutera Gemilang Auto menyediakan Perkhidmatan Pantas dan ’24-Hour Key Drop’ yang membolehkan pelanggan meninggalkan kenderaan mereka di pusat service tersebut. Untuk tujuan tersebut, perkhidmatan shuttle  percuma setiap jam disediakan ke  Citta Mall atau mana-mana sahaja dalam lingkungan 15 kilometer.

Bagi saya yang kerap menghantar kereta ke pusat service, menunggu di ruang sempit hanya dengan menonton televisyen yang diletakkan tinggi di dinding sungguh membosankan.  Tetapi pengalaman di Pusat 3S Sutera Gemilang Auto sungguh menyegarkan.  Segala kemudahan adalah seiring dengan keperluan pengguna zaman sekarang yang sibuk dan ingin serba pantas.

Sekarang, Sutera Gemilang Auto menawarkan promosi diskaun sehingga 10% bagi kos buruh dan alat ganti juga perkhidmatan mencuci kereta secara percuma.

Pusat 3S Sutera Gemilang Auto dibuka setiap hari termasuk bahagian penyelenggaraan.

Hari bekerja – 9 pagi – 8 malam
Hujung minggu dan cuti umum – 10 pagi – 6 petang

Hubungi Sutera Gemilang Auto untuk mendapakan segala maklumat semasa melalui

No. Telefon (Jualan) : 03- 7832 4888 / 7832 4444
No. Telefon (Penyelenggaraan): 03- 7832 4333/ 7832 4555

Laman Web Rasmi – Hyundai Selangor
Facebook Page – Sutera Gemilang Auto

46 Replies to “Pembukaan Hyundai 3S Sutera Gemilang Auto Di Shah Alam”

  1. Salam, Cik Puan Kujie….

    Saya pemilik kenderaan Hyundai Sonata 1990 1.8cc left handed.
    Masaalahnya saya ingin membeli alat ganti kenderaan saya,
    1) Regulator lifter windscreen and motor,left side front.
    2) Screen Window left side front.
    3) Lampu kecil sebelah kanan depan

    Terima Kasih

    Tim 012 781 6732

  2. dapat hyundai elantra sebijik, memang buat entri hyundai je selang 2 hari… hahah

  3. WAH! semakin bagus kenderaan buatan Korea ini…. walaupun sebelum ini dikritik agak hebat,..

    bukan shj rekabentuk dlman dan luaran yg cukup memikat hati, skrg pusat servis pun sudah mudah …

    psst: harap2 harganya pun kompetatif juga.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Wordless Wednesday: StealthMy Profile

Comments are closed.