Pengalaman Bercuti Bersama Sony Alpha5000

 

Alhamdulillah, rasa sangat bertuah bila sekali lagi blog saya dipilih menjadi panel review dalam majlis pelancaran produk kamera terkini dari Sony. Pada mulanya rasa agak janggal bagi saya yang bak kata orang standed mak-mak yang duduk ceruk dapur, tiba-tiba diberi peluang untuk review gadjet canggih. Macam canggung jadinya.

sonyalplha5000

Pada pengamatan saya pada pertama kalinya, pastinya Sony Alpha5000 ni, dah la canggih, mesti susah nak guna. Orang macam saya ni bukanlah ahli high-tech macam blogger-blogger muda-mudi yang lain. Tengok lensa yang boleh dipasang-dicabut, pon dah boleh buat seriau. Tapi setelah berpeluang menggunakan Sony Alpha5000 ni hampir dua minggu, tanggapan saya meleset sama sekali.

MUDAH DIFAHAMI DAN MESRA PENGGUNA

Bagi sesetengah blogger mereka memerlukan gadjet yang mampu milik seperti kamera digital jika dijemput untuk menghadiri sesi media dan sebagainya. Malulah juga kalau kita sebagai wakil media, tapi pakai kamera telefon bimbit kan? Nampak sangat macam tak bersungguh-sunggah.

Seringkali saya mendengar rintihan sesetengah blogger  yang membeli dSLR, tapi masalahnya gambar lagi teruk dari pakai kamera handphone. Salah satu punca mungkin kerana kurang pengetahuan dalam pengendalian dSLR.

Setelah menggunakan Sony Alpha5000 ini hampir dua minggu, saya boleh katakan saya sudah mengenali  dengan mod terbina dalam yang disediakan. Cara untuk mencapai setiap mod juga sangat mesra pengguna. Setiap menu mempunyai ikon-ikon yang mudah difahami untuk kegunaan harian.

KEKEMASAN LUARAN DAN SELESA GENGGAM

sonyalpha5000saiz

Bagi saya, Sony Alpha5000 ni sememangnya jenis kamera kompak/digital yang sangat elegen. Bentuknya yang seakan-akan dSLR tapi padat.  Sisi genggamnya yang sangat selesa dengan genggaman saya membuatkan rasa keyakinan ketika mengendalikan kamera ini.

Berbanding penggunaan dSLR yang berada pada “range basic” yang pernah saya gunakan, sudut genggaman sisi pada Sony Alpha5000 ini memang selesa digunakan terutama jika penggunanya adalah dari golongan wanita.

Untuk makluman semua, Sony Alpha5000 ini didatangkan dalam dua pakej. Pakej pertama adalah Sony Alpha5000 + Kit Lens 16-50mm dan satu lagi adalah Kombo Sony Alpha5000 + (Kit Lens 16-50mm dan 50-200mm)

WIFI, NFC DAN MOBILE?

sony3sony

Sony Alpha 5000 mempunyai  fasiliti WiFi  dan NFC ( Near Field Communications) terbina dalam . Saya ingin kongsikan pengalaman saya  bersama kamera ini yang seiring dengan konsep “social media on the go”.

Berbalik kepada konsep WiFi dan mobile, kamera Sony Alpha5000 mempunyai aplikasi mobile khas yang direka untuk mengurus dan memindahkan gambar dari kamera ini terus kepada telefon bimbit anda. Konsep sebegini pada saya sangatlah menarik, kerana sebagai seorang blogger, saya tidak perlu terikat kepada komputer untuk menerbitkan artikel bergambar. Dalam pada masa yang sama, saya juga dapat berkongsi gambar yang high class untuk tatapan pembaca saya di laman sosial termasuk Instagram.

Pengguna Sony Alpha5000 boleh memuat turun aplikasi mobile  yang diberi nama Play Memories ini diberikan secara percuma.

bercuti di teluk kemang pd

Gambar dan aktivit percutian saya bersama keluarga  di Port Dickson  dapat dikongsi dikalangan teman  sosial media  terus dari lokasi tanpa memerlukan backup seperti laptop.

MENU PINTAR DAN EFEK

efek sony

Ini adalah gambar yang diambil menggunakan Miniature effect (tilt-shift effect) yang build in tanpa perlu beli lensa tiltshift atau edit di dalam komputer. Sony Alpha5000 ini juga didatangkan dengan mod-mod pintar yang mampu mengenal pasti “scenes” yang ingin dirakam. Ianya diberi nama dengan istilah “Intelligent Mode”.

Dalam Intelligent Mode , kamera akan mengenal pasti apa yang sebenarnya pengguna ingin rakamkan. Sama ada Close-up/Macro, atau potret, pemandangan ataupun mod sukan (Fast Shutter). “Kebijaksanaan” mode ini sangatlah membantu terutama mereka yang kurang mahir menggunakan kamera yang secanggih Sony Alpha5000 ini.

gambar pantai

BOKEH DAN LENSA

Ini merupakan satu subjek yang sangat digemari oleh jurufoto. Dalam tempoh selama dua minggu saya menggunakan Sony Alpha5000 ini, saya ada bertemu beberapa rakan blogger yang berkepakaran dalam bidang fotografi. Rata-rata mereka sangat mengkagumi fungsi yang terdapat pada kamera ni.

Dari lensa sampai ke mod bidikan. Ditambah pula dengan kuasa BOKEH dari lensanya, memang boleh buat siapa sahaja teruja.

kampungku

Ini kampung saya, tembok parit di lauan masuk ke rumah mak.

batang kayu buruk

Gambar dari jarak yang sama menggunakan lensa 50-200mm

Meskipun lensanya berkeupayaan 16-50mm f3.5-5.6, tetapi kuasa BOKEH pada aperture f5.6 boleh dikatakan hampir menyerupai BOKEH f1.8. Saya difahamkan, ianya telah dipertingkatkan semasa foto dihasilkan oleh sensor.

KEUPAYAAN SITUASI KURANG CAHAYA

gambar kurang cahaya sony

Sony Alpha5000 ni betul-betul buat saya kagum. Lebih kagum lagi apabila Sony membuat penambahbaikan dalam BIONZ-X prosessornya untuk mengawal situasi noise dalam keadaan kurang cahaya.  Gambar yang saya kongsi ini adalah sekitar jam 8 malam sewaktu kereta saya mengalami masalah tayar pancit di laluan Rawang- Selayang.

Terdapat 3 mod pintar yang direka dalam Sony Alpha5000 ini untuk digunakan dalam kondisi kurang cayaha. Ianya adalah mode: “Night”, “Night Potret”, “Reduce Shake in Low Light”. Rata-rata mereka yang mahir menenai teknik breketting , akan faham untuk menjadikan satu gambar itu high dinamik, anda perlu memproses foto anda dalam beberapa exposure yang berasingan menggunakan perisian di dalam komputer.

waktu malam di port dickson

Dalam keadaan sumber cahaya yang sangat rendah di Port Dickson Waterfront kami sempat bermain Giant Bubble bersama pengunjung lain.

senja di pantai

Kalau bercuti ke pantai, rugilah kalau tak merakamkan detik-detik terbenamnya mentari petang.  Gambar ini saya rakamkan mengunakan mod sunset yang secara dramatik menangkap kemerahan senja.

SELFIE ATAU SELF- POTRAIT.

Ini juga salah satu fungsi yang digemari blogger yang ‘hidup dalam talian’.  Dengan kemunculan Instagram, mod selfie sangat kerap digunakan.  Sony Alpha5000 disertakan dengan skrin yang boleh diselaraskan (flip) 180° jadi pengguna tak perlu teragak-agak untuk menjangka framing dalam kamera.

 

flipscreensony

Dengan kemudahan WIFI dan NFC terbina, selfie atau wefie anda yang berkualiti boleh terus dikongsi kepada pengikut  di laman sosial dengan kadar segera.

selfie or wefie

Intan guna efek soft skin untuk selfie. Dengan berat 210g, self-potrait boleh dibuat dengan sebelah tangan.

 

bunga matahari kuning

Bunga matahari mak saya – nampak sedap nampak real sangat bagi saya seorang blogger bukan jurugambar.  Saiz yang ringan dan mudah dikendalikan menyebabkan saya sering mencapai kamera ini dalam persekitaran harian.  Balik kampung selongkar ceruk rumah mak pun bawa kamera.

sony

Salah satu gambar yang paling saya suka hasil dari Sony Alpha 5000 – lowlight with vertical tiltshift effect.

Selama lebih dua minggu menggunakan Sony Alpha 5000 ni rasa bagaikan tak mau pandang dah dengan kamera digital yang lain. Selain dari kecil comel, ini antara gajed kamera pintar yang pada saya sangat bersesuaian dengan trend masa kini terutama kepada remaja, blogger dan mungkin untuk hobi dimasa lapang.

Bayangkan je la, orang macam saya duduk ceruk dapur pun boleh bergaya dengan gambar mengalahkan orang yang pakai dSLR. Memang rasa dah tak mau lepas dah kamera ni. Gaya dan konfiden level sangat tinggi, lebih-lebih lagi menghadiri sesi bersama blogger.

Untuk mengetahui secara lebih lengkap mengenai Kamera Yang Boleh Selfie Dan Terus Update Ke Laman Sosial ! Klik Sini!

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Cantiknya gambar ni..snap ni kena setting ke pakai default kamera jer??
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Program Jobdirumah – Antara Realiti dan FantasiMy Profile

  2. Rancang nak angkat satu untuk kerja-kerja luar team #Denaihati
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Tips jumpa bakal maduMy Profile

  3. Cantik-cantik gambar dari lensa aplha ini ya.
    Jom terjah post menarik dari profhariz ..Review Buku Denaihati BlogMy Profile

  4. terbaik gmbarnya…nice one

  5. terbaik lah pic ni

  6. wah! menarik ni kak! kualiti gambar pun lawa, rasa nak angkat satu, tunggu dari hasil berblogging mungkin lah, atau berjanggut dulu, haha. 😀
    Jom terjah post menarik dari cik lisa ..Cheque dari NuffnangMy Profile

  7. Pandai juga kak jie snap gambar
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Perlawanan Terengganu vs JDT Liga Super 2014My Profile

  8. Wow, dah macam profesional snap gambar nih, walaupun mak-mak dari ceruk dapur. 😀
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..I Love You Too!!My Profile

  9. memang cantek habis gambar-gambar tu..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Pendapatan PASIF memang menguntungkan.My Profile

  10. Teramat sangat memuaskan apabila melihat gambar yang share.

  11. menarik giler a5000 nih…. nasib baik saya dah ada dslr kalau x memang saya angkat satu….
    Jom terjah post menarik dari Faiza Fredley ..Seoul Garden Alor Setar Mall – Gathering Network StudentMy Profile

  12. maza guna kamera lama2 aje.. boleh?
    hehehe

  13. Gambar yang dihasilkan nampak hidup seperti gambar di majalah.

  14. Kak Jie gambar2 tu semua canti belaka. Boleh masukkan dalam senarai wishlist.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..ShawlMy Profile

  15. review yg menarik, kak jie. rasa macam dah terpikat dengan camera ni..
    Jom terjah post menarik dari ctfand ..Trafik Dan Pageview Di Blog LamaMy Profile

  16. Kualiti gambar mmg bagus!!

    Sesuai utk blogger yg slalu memrlukan kamera yg kompak…
    Jom terjah post menarik dari Zufar ..Nasi Berlauk Mek WokMy Profile

  17. Saya sangat merindukan punya gadget kamera digital seperti ini 🙂
    Ngomong-ngomong theme nya dah ganti Kak Kujie? Kelihatannya footer credits nya belum dirubah…
    Jom terjah post menarik dari Dawaihati ..Cara Charge Baterai Smartphone Agar Tahan LamaMy Profile

  18. Baru baca dah tergoda dengan keistimewaan camera ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Percutian ke Bali # Hari PertamaMy Profile

  19. semalam pegang yang kid punya..
    mcm syok.. cuma tak dapat nak choose focus kan?
    ke saya tak perasan…

    rasa mcm nk beli! hahahah.. tengah survey kamera ni
    Jom terjah post menarik dari Norfa ..Senarai Kedai Terima Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)My Profile