Bersama Dr Brady Barr dari Nat Geo Wild Di Zoo Negara

Pagi semalam saya menghadiri jemputan media Nat Geo Wild, Fox International Channels dan Astro Present Dangerous Encounters with Brady Barr in Malaysia di Zoo Negara.

Dr Brady Barr datang ke negara ini  untuk program promosi tayangan perdana Dangerous Encounters Musim ke 7.

Rancangan ini akan ditayangan secara eksklusif di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550) pada 27 Jun 2012 jam 8 malam selama 2 jam.

Kemudian diikuti episod baru Dangerous Encounters yang bersiaran jam 8 malam setiap Rabu di Nat Geo Wild (Astro Ch 550).

Pakar reptilia dari Indiana, Amerika Syarikat ini bukan saja terkenal dengan gaya dan personaliti menarik, malah pengetahuan saintifik dan minat yang mendalam terhadap habitat haiwan-haiwan liar dan eksotik berbahaya di seluruh dunia.

Salah satu yang disifatkan sebagai ‘kegilaan’nya,  apabila Dr. Brady memakai kostum buaya untuk mendekati dan memahami kehidupan sebenar makluk buas tersebut.

Beliau adalah saintis pertama yang pernah menawan serta mengkaji kesemua 23 spesies buaya yang terdapat di dunia.

Program musim ke 7 ini boleh ditonton dalam  4 bahasa – Bahasa  Malaysia, Inggeris , Mandarin  dan Tamil.

Melihat Dr Brady di depan mata dengan penceritaan dan perkongsian pengalaman luar biasa beliau membuatkan hadirin terpukau.

Pakar yang periang ini menceritakan bagaimana kunjungan pertama kali ke  Zoo Negara pada  2006, di mana dirinya diserang seekor badak air.

Aksinya dengan personaliti seorang pengajar, begitu menceriakan majlis dengan pelbagai gaya bagi memberi pemahaman mengenai kajian beberapa spesies terancam antaranya ular, badak air, babun dan buaya.

Di hadapan kira-kira 120 kanak-kanak sekolah  yang dijemput khas, Dr Brady  menunjukkan bagaimana mengendalikan ular tanpa menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada makhluk tersebut.

Aksinya memasuki kandang buaya dan menunjukkan demonstrasi bagaimana menghadapi seekor buaya betina yang mengawal sarangnya, mencemaskan penonton.

Beliau juga memberikan beberapa tips untuk kita lebih memahami dan bertindak ke arah melindungi habitat haiwan tersebut.

Tips Brady Barr  Untuk Mengelakkan/Menghindar Dari  Ular 

  • Jangan cuba untuk menyentuh ular.  Hanya pakar yang dapat menentukan sama ada ia berbisa atau tidak
  • Jika terjumpa ular, cuba menjauhkan diri. Ular tidak akan mengejar  kerana reptilia ini tidak agresif.
  • Anda berkemungkinan akan digigit jika anda melangkah untuk menghampiri  atau cuba untuk mengambilnya.
  • Pastikan sekitar rumah tidak bersepah dengan sampah kerana ianya akan menarik perhatian  tikus dan seterusnya menarik perhatian ular

Tips Brady Barr Bagi Mengelak Serangan Buaya 

  • Jangan memancing sambil menyeberang sungai dan membawa ikan bersama-sama.
  • Jangan biarkan anak-anak atau binatang peliharaan bermain di gigi air terutama waktu senja
  • Jangan sekali-kali mendekati buaya. Jika  terserempak, kekalkan jarak  dan mengundur perlahan-lahan.
  • Jangan sekali-kali memberi buaya makan! Ini adalah sangat berbahaya kerana buaya akan menjadi agresif apabila membabitkan makanan.

 

Disokong oleh reputasi yang tiada tandingannya, , Nat Geo Wild adalah rancangan yang memberi inspirasi kepada penonton mengenai apa yang kita tahu , bagaimana kita melihat dunia keseluruhannya dan apa yang mendorong semangant untuk lebih berpengetahuan dimasa hadapan.

 

Sesuai untuk tontonan sambil belajar seisi keluarga – jangan lupa siaran serentak selama 2 jam pada 27hb Jun 2012 pukul 8 malam di National Geographic Channel (Astro Ch 553) dan Nat Geo Wild (Astro Ch 550)!

23 Replies to “Bersama Dr Brady Barr dari Nat Geo Wild Di Zoo Negara”

  1. Pingback: Jumpa Dr Brady Barr dari Nat Geo Wild Di Zoo Negara | Hidup Biar Sedap.
    1. tu la…Karen ada cerita. Tak ramai pun blogger yang datang
      bukan hujung minggu…kak jie pun sebab tak jauh sgt

Comments are closed.