Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri  Khas Untuk Blogger
Advertorial

Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri Khas Untuk Blogger

Awal minggu lepas saya dah respond projek Puan Bee ini.  Sangat menarik dan orang macam saya memang tak patut melepaskan peluang yang ada.

Bila disemak, tarikhnya 8hb July – rutin suami saya balik bercuti. Suami saya balik sebulan sekali ,jadi saya memang akan menolak apa-apa event atau program pada tarikh tersebut. Pagi tadi saya dah pastikan suami akan balik sehari lebih awal dan pulang semula ke Hulu Terengganu juga sehari lebih awal.

Jadi…… hari Ahad 8hb July 2012 dapatlah saya ikuti program ini bersama kawan-kawan blogger lain.

Bila ditanya kenapa perlu ikuti seminar ini , rasanya semua orang akan jawap sebab nak kurus. Bagi wanita seusia saya, kurus bukan satu-satunya sebab kenapa seminar ini perlu saya hadiri, tetapi ilmu untuk menjadi sihat itulah yang lebih penting.

Saya bukan wanita muda , tetapi telah melepasi 45 tahun. Menjaga kesihatan mengikut saranan dan panduan dari pakar yang berkelayakan sangat membantu untuk kesejahteraan kehidupan. Setiap mak sentiasa berdoa untuk panjang dengan kesihatan yang baik supaya tidak membebankan anak-anak.  Kos kesihatan dan penjagaan warga emas bukanlah murah.  Doakan saya menjadi warga emas yang sihat ye…:)

Saya percaya kehidupan harian sebagai seorang blogger yang menghabiskan masa hanya dengan aktiviti ‘senam jari’ banyak menyumbang kepada masalah berat badan saya sekarang. Pemakanan yang tidak teratur juga menyebabkan masalah ini bertambah dari masa ke semasa.

Sebagai surirumah yang mempunyai anak-anak yang remaja juga suami yang sentiasa berada di luar daerah juga menyebabkan saya leka dan tidak bergerak aktif.  Saya tidak terikat dengan urusan anak-anak dan suami.  Ini juga salah satu penyebab ‘berkembang’nya fizikal diri.

Kepada blogger lain, marilah kita ikuti program Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri ini. Syarat penyertaan sangat mudah :

  • Seorang blogger yang semestinya mempunyai blog
  • Tulis satu entri yang mengandungi perkara berikut:
  1.  kenapa anda ingin join seminar ini dan
  2. kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan.
  • Letakkan logo Jom Kurus (seperti diatas) dalam blog post tersebut.
  • Sila email link blog post anda kepada PuanBee di puanbeedotcom@gmail.com

Kevin Zahri adalah seorang pakar pemakanan dan kecergasan , jurulatih persendirian , penceramah juga host TV. Beliau adalah ‘cikgu fitness’ yang mengajar pelajar di Akademi Fantasia 4.

Jom kawan-kawan, kita sama-sama saling sokong menyokong dan memotivasikan diri di dalam a seminar ini.

Topik:  Jom Kurus bersama Kevin Zahri (maklumat lanjut)
Tarikh: 8hb Julai 2012
Masa: 2-5pm
Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
Speaker: Kevin Zahri ( Facebook Kevin Zahri )
Bilangan Peserta: 40 sahaja
Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.

Seperti biasa, saya akan pergi bersama Intan.  Dia juga blogger.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri Khas Untuk Blogger

  1. Mungkin akhir tahun nanti, jika ada peluang, saya join. Insya-Allah… 🙂 Harap kak kujie join lagi masa tu. Leh jumpa 😉

    Dari dulu kita nak jumpa kak kujie, tapi tak jumpa-jumpa… Sejak ina kat upsi lagi..

  2. Kak Jie, meh bagi daging Kak Jie kat Dira.. dah masuk tiga bulan berat badan dira tak naik-naik ni… huhuhu…ramai yang dah complain kata kurus… tak suka! huhu ~_~
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..WEIGHT GAINMy Profile

  3. bagus seminar nih. selalunya bila umur dah meningkat, doktor akan tetapkan berat yang sesuai ikut umur, sama macam mak. kena turunkan berat katanya, dh lebih 50an berat tak bleh atas 60. lagi plak ada kencing manis. skrg mak mcm anak dara..huhu
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Nona Serikaya Keluarga AnnonaceaeMy Profile

  4. gaya hidup zaman sekarang ni lebih menjurus kepada kesihatan yang bergantung kepada produk sampingan..

    pernah mengusulkan pada mak mertua supaya duduk2 rehat2 je kat rumah, tak perlu cangkul2 tanah tanam2 sayur sebab nanti sakit2 badan..tak pasal2 je kena ‘motivasi’ semula katanya kalau dia duduk diam je lagi macam macam penyakit boleh datang..fikir2kan, betul jugak tu..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Dewasa melalui pengalamanMy Profile

  5. salam kakjie , dapat pingback , terus terjah .. hehe ..

    terima kasih .. nanti kita jumpa ..

    saya tahu , bukan boleh kurus dengan pergi seminar ni , tp kita dapat kenal pasti cam mana nak jadi sihat dan apa yang tak sihat , selain tu boleh lah berjumpa di alam reliti kan ..

    itu je ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Minta TolongMy Profile

Comments are closed.