Press "Enter" to skip to content

Signature Peribadi Curious Cat

Setiap seekor kucing adalah istimewa kerana mempunyai tabiat tersendiri.  Tabiat atau kebiasaan itu akan kekal menjadi ‘signature’ peribadi masing-masing . Bila tengok Si Stokin pasti teringat satu gelagat dia yang tersendiri yang kerap dilakukan. Tengok si Tuxedo, pasti terbayang tabiat kesukaannya.

Kucing saya bernama Stokin dan Tuxedo, tetapi dalam banner blog cuma ada gambar Stokin saja. Tabiat paling ketara Stokin adalah berbaring di atas lantai rumah di depan pintu masuk. Memandangkan kucing-kucing saya tidak dibenarkan berada di dalam rumah, dia sedaya upaya nak masuk.

Kucing bukan saja mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, tetapi Si Curious Cat ini sebenarnya haiwan yang suka kepada kebersihan. Dia boleh menghabiskan banyak masa untuk menjilat bahagian badannya dan tapak kaki dengan mengeselkan tapak kaki pada bahagian badan yang lain.

Kucing suka mencakar, hati-hati dengan perabut dan hiasan rumah.  Serpihan lantai yang pecah lebih mudah sekali menjadi parah kerana tabiatnya yang suka menguis dan mengusik sesuatu yang lain dari kebiasaan.

 

Ini Miko, kucing emak mertua .   Walaupun kucing haiwan peliharaan yang manja dan jinat,  tabiat semulajadinya  yang suka berburu masih kekal.  Cicak, kumbang, anak burung adalah salah satu mangsanya.  Dalam gambar ini Miko sedang menikmati seekor tupai yang berjaya ditangkap.

Cuba tengok………….. si comel ini memang mementingkan kebersihan.   Dia menjilat jubin yang berdarah untuk membersihkan sisa-sia yang tertinggal.  Kalau kita tak nampak apa aktiviti dia tadi, mesti tak tahu ada kesan di lantai ini.  Berkilat dia mop…hehe

 

 

Bukankah si Courious ini suka memerhati dan memberi perhatian kepada setiap ruang di dalam rumah?  Cuba lihat video ini…. asyik sungguh!

Ramai orang mempunyai pengalaman yang dekat dengan makhluk ini…. sehingga walaupun dia telah tiada, tabiat dan gelagatnya tetap kita rasa dan kenang.  Miko juga telah tiada, tetapi seringkali juga  perlakuan-perlakuan comelnya itu menjadi kenang-kenangan.

20 Comments

  1. kucing saja pemalu tapi dia suka main bola golek-golek kat lantai rumah

  2. Lasaknye miko..tupai pon dia bleh tgkp ek?hebat2. . .mmg diratahnya tupai smpi ke titisan drh terakhir.huhu

  3. eiela eiela

    kucing saya semua makan, friskies je dia tak makan.kucing faham perasaan manusia.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Tenang Dengan Doa Pelembut HatiMy Profile

  4. Kalau dipikir – pikir kucing merupakah salah satu jenis hewan peliharaan yang mudah menjalin ikatan dengan pemiliknya, beda dengan ayam, burung, kelinci dan lainnya. Kenapa begitu saya sendiri tidak mengerti juga..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mendaftar dan Memasang Widget Histats di BlogMy Profile

  5. Kucing saya pandai tangkap cicak dan tikus saja…tapi takat tangkap saja lah.. lepas tu, dia lambung buat main bagi kat anak-anak dia makan. Lepas tu, dia pi tidur kat atas tilam dengan senang lenang… huhuhu
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..BILA NAK BELI MAKANAN KUCING ?My Profile

  6. Sara fobia dgn kucing sejak kecik. Kalau ada kucing dpn rumah, memang tak berani keluar la. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Sara ..Susah Senang Peniaga OnlineMy Profile

  7. kalau ‘kucing rumah’ biasanya bila jumpa tikus diorang buat main je..kucing kampung yang ngap semua tu..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Ilmu – apa yang diamalkan ?My Profile

  8. iza iza

    Assalam..
    Lawak la video tu, kreatif…
    Saya ada jugak kucing tapi hantar balik kg, namanya Abu.
    Anak saudara panggil Singa..tak tahan dengan bulunya..

  9. sama lah macam kucing saya dulu, tupai, katak, kadang² mengkarung dibuat naiknya ke rumah..rumah kampung dulu banyak lubang..letak kat luar pun pandai je dia masuk
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Radix Fried Chicken Kini di Seksyen 9 BangiMy Profile

  10. Kucing yati dulu akan kejar tikus tu sampai dapat, selagi tak dapat selagi tu jugalah dia akan cari. Sekarang bila dia dah tak ada, rindu nak tengok gelagat dia.

Comments are closed.