Terpesona Dengan Jubin MML Yang Cantik Dan Berkualiti

Ingat lagi dengan Pertandingan hadiah baik pulih dan pemasangan jubin percuma – MML Make Over ? Setelah peraduan tamat, pemenang telah diumumkan dan mereka telah melakukan proses membaik pulih jubin yang dilakukan oleh pihak MML. Senarai pemenang telah diumumkan di sini

Setelah melakukan perbincangan dan membuat pememilihan jubin yang berkenan dihati, akhirnya keputusan nyata boleh kita lihat.

Sebenarnya saya sendiri tak sabar untuk menunggu para pemenang bergaya dengan jubin berkualiti dari MML di kediaman mereka. Tetapi seperti kita sedia maklum, untuk melakukan proses membaik pulih , proses membuat pilihan jubin yang berkenan di hati bukannya mudah.  MML mempunyai pelbagai jenis saiz, corak dan kekemasan yang tentu saja sukar untuk membuat keputusan akhir. Semuanya cantik, rambang mata dibuatnya.

Dengan bantuan dari pakar MML, akhirnya kita boleh lihat perubahan yang mewarnai kediaman para pemenang.

mml make over before

Ini adalah gambar jubin asal milik Puan Nik Suria Anilah Wan Abdullah  pemenang Kategori Ruang Tamu.

Keluarga ini telah tinggal di rumah tersebut hampir 10 tahun dan mereka telah menjalankan pelbagai pengubahsuaian dari bumbung garaj yang baru termasuk memasang jubin menjadikan dua ruang jalan masuk ke rumah.

Selepas dijalankan pemeriksaan lanjut oleh pereka bentuk,  Richard , beliau mendapati kebocoran air yang menembusi jubin dari sumber yang tidak diketahui .

Before living room renovate tile

Pemasangan yang tidak betul menyebabkan jubin ruang tamu rumahnya hodoh dan meninggalkan kesan degil yang sukar dihapuskan.  Terdapat beberapa  sudut  yang dianggap sebagai kawasan berisiko tinggi mengakibatkan jubin pecah.   Menurut beliau proses pemasangan jubin yang tidak berkualiti  menyebabkan ruang ini cepat kotor, melekit dan tidak sesuai.

jubin yang rosak

Malah apabila diketuk, bunyi ‘kosong’ menandakan jubin ini tidak disimen sebaiknya.

Mengambil semua masalah tersebut,  MML  telah membantu mereka semula  jubin  dikeseluruhan ruang tamu mereka untuk mewujudkan sebuah ruang  keluargayang sangat selesa dan cantik  untuk di menikmati bersama-sama.

mml make over After renovate

Lihat saja hasilnya selepas melalukan pengubahsuai jubin di ruang tamu kediamannya.  Menurut Puan Nik Suria Anilah, ruang tamu rumahnya kelihatan banyak berbeza berbanding dengan sebelum ini sehingga beliau sering tidak sabar dan teruja untuk cepat-cepat kembali ke rumah selepas keluar.

Malah seluruh keluarga berasa benar-benar gembira dan mereka lebih banyak menghabiskan masa berkualiti bersama-sama di ruang tersebut

cara memasang jubin yang betul

Jubin MML yang menghiasai ruang tamu rumahnya lebih anggun, cantik dan bersinar dengan reka bentuk yang unik dan menarik sehingga beliau tidak ragu-ragu untuk mencadangkan jenama ini kepada keluarga juga rakan.

mml make over renovate jubin living room

Sebelum ini, beliau menganggap jenam MML tidak mampu dimiliki kerana harganya yang mahal tetapi sekarang beliau sedar bahawa terdapat banyak julat harga yang mampu dimiliki hasil dari perbincangan dan pemilihan yang teliti bersama kumpulan pakar MML. Akhirnya, jubin yang berkualiti adalah satu kemestian dalam kekemasan impian!

Comelkan coraknya!

jubin sebelum renovate MML

Ikuti pula kisah pemenang  Kategori Garaj

Gambar di bawah adalah ruang anjung kereta milik Chin Siew Gaik sebelum proses membaik pulih dijalankan. Perubahan cuaca menyebabkan jubin yang dipasang telah pudar sehingga menyebabkan lantainya licin. Berlaku keretakan sehingga menyebabkan serpihan tajam yang berbahaya kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

jubin garaj rosak

Keluarga ini menjaga kanak-kanak berumur 5- 7 tahun termasuk anak saudaranya sendiri.   Keadaan lantai yang pecah ini tentu saja tidak selamat bagi kanak-kanak yang menjadikan ruang anjung ini sebagai kawasan permainan mereka setiap hari.

Kerana pemasangan yang tidak berkualiti, berlakunya takungan air di bahagian tengah hingga menyebabkan lantai licin dan berbahaya kepada kanak-kanak.

jubin pecah

Setelah memenagi Kategori Garaj, inilah hasil yang berlaku selepas proses membaik pulih bersama MML.

corak jubin sesuai untuk garaj kereta

Jubin berkualiti ini menyebabkan anjung kelihatan menakjubkan dan ia memberikan seluruh rumah berwajah baru. Perbezaannya bukan sahaja pada wajah estetika tetapi yang lebih utama adalah ianya lebih selamat sekarang.

Beliau percaya bahawa ia adalah jubin berkualiti yang hebat dan berminat untuk menggunakan jubin dari  MML di bahagian lain diruang rumah.

corak jubin garaj kereta

Semoga  Tahun Baru Cina 2013 yang bakal tiba tidak lama lagi akan membuatkan tetamu keluarga Chin Siew Gaik yang datang bukan saja dapat menghargai keindahan jubin tersebut, tetapi juga dapat berjalan tanpa perlu bimbang tentang kemungkinan jatuh akibat licin!

contoh corak jubin yang cantik

Hadiah  pemenang  MML Make Over meliputi kos buruh untuk mengeluarkan jubin lama dan mengantikan jubin MML yang baru , Perundingan Rekabentuk dan Rekabentuk Lukisan percuma termasuk perundingan teknikal.

Untuk mendapatkan tips cara memasang jubin yang baik, baca entri dibawah sebagai rujukan atau kunjungi MML untuk melihat senarai contoh jubin idaman.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    comel je nampak jubin dengan corak ‘dot dot’ gitu..hehehe..

    memang selalu orang akan fikir kos untuk membeli jubin ni..tapi pada pendapat sy, kalau ianya untuk rumah milik sendiri tak salah kalau nak keluarkan modal lebih asalkan boleh guna lama dan memuaskan hati..

Trackbacks

  1. [...] ada orang lain guna lu punya brand, lu punya nama, lu punya nickname. Contoh.. Denaihati4u.com?, Kujie3.com?, Fatinliyana.net?, Sayabiomed.com?, broframestone.my?, Ciktom.net?, ATAU, beli nama domain lain, [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge