Tips pengubahsuaian jubin rumah

Selepas berjaya mengharungi pengalaman panjang dalam proses membeli rumah, tiba pula kepada satu keputusan sukar yang hampir semua orang akan mengalaminya iaitu membuat pengubahsuaian lantai rumah.

Saya ada pengalaman tentang membuat keputusan akhir dalam kekemasan lantai rumah.  Masalah ini boleh menyebabkan suami isteri bermasam muka kalau masing-masing tertegas dengan pilihan berbeza.  Suami isteri adalah dua individu berbeza dengan personaliti yang tak serupa, sudah pasti masing-masing mempunyai kecenderungan tersendiri dalam meminati sesuatu.

Jubin sesebuah rumah sebenarnya boleh menyerlahkan penampilan kediaman, memgambarkan gaya hidup, personaliti tuan rumah .  Pemilihan yang betul juga dapat membuatkan ruang lebih menarik dan merasa selesa apabila kita berada di dalam rumah berkenaan.

Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum keputusan akhir dibuat kerana kita bukan menukar jubin setiap tahun.  Kebanyakkan orang menggunakan jubin hampir sepanjang hayat untuk sekali pasang.   Dengan berbagai pilihan yang dipamerkan di showroom, kita boleh ‘kelabu mata’ dan teragak-agak sewaktu membuat pilihan

Terdapat begitu banyak jenis-jenis jubin di pasaran dengan bermacam-mana jenis ukuran, warna, bahan, reka bentuk, kualiti dan yang pastinya dengan berbagai-bagai kategori harga.  Dua tiga kali berulang alik ke pusat pameran pun kadang-kadang belum mampu untuk mencapai kata sepakat.

Selepas menggunakan perbelanjaan yang besar untuk mendapatkan rumah impian, kita selalunya  cenderung  membeli jubin berdasarkan kos terendah.  Asal ada, bolehlah.

Ada beberapa panduan dan cadangan dari pihak yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ini yang boleh digunakan untuk membantu dalam membuat keputusan yang tepat dalam pemilihan jubin.

1. Pilih jubin yang berkualiti. Dapatkan produk yang mematuhi piawaian supaya pelaburan ini berbaloi untuk citarasa dan menyelamatkan banyak kos untuk jangka masa yang panjang.  Jubin yang berkualiti rendah boleh mengakibatkan ianya mudah pecah atau permukaan menjadi pudar selepas satu tempoh yang singkat.

2. Gunakan jubin yang betul. Pastikan jenis jubin sesuai dengan ruang yang akan digunakan. Pilih juga jubin yang padan atau saling melengkapi, sama ada dari segi tekstur atau warna. Ada yang menyesal selepas jubin siap dipasang di din­ding dan lantai kerana hasilnya tidak seperti diharapkan

3. Gunakan perkhidmatan pakar profesional. Pastikan pihak yang memasang jubin anda mempunyai pengalaman dan kepakaran .  Proses pemasangan yang tidak betul juga boleh membawa kepada masalah seperti jubin longgar,  jubin pecah atau jubin tidak sama rata.

4. Penyenggaraan. Jubin perlu dibersihkan dengan konsisten untuk mengekalkan ciri-ciri wajah aslinya juga mempastikan jubin tidak pecah demi keselamatan anak-anak kecil sekiranya terpijak jubin yang pecah.

Perkara penting yang boleh dilakukan sebelum membuat keputusan untuk penghubahsuain rumah menggunakan jubin adalah mendapatkan rujukan dan panduan dari pihak yang tepat. Banyak sumber-sumber boleh dipercayai di mana anda boleh belajar  tentang jubin boleh didapati di Internet. Anda boleh juga merujuk dengan pakar-pakar dari pengilang-pengilang  dan peruncit-peruncit yang dipercayai.

Perbincangan dan proses pemilihan jubin sebenarnya adalah satu tahap menduga dalam hubungan suami isteri.  Kita belajar untuk menerima pendapat pasangan juga cara untuk menolak sesuatu cadangan dengan baik demi membina keharmonian keluarga.

Betul…… ini pengalaman saya!

proses memasang jubin

Ini bahagian dapur rumah saya –  dah siap terpaksa pecahkan semula tukar pintu, tukar jubin.

 

  1. Pingback: Adakah Lantai Rumah Sesuai Untuk Kucing? | kujie2.com

  2. Pingback: Hadiah Baik Pulih Dan Pemasangan Jubin Percuma Dengan MML Makeover Contest | Hidup Biar Sedap

  3. Pingback: Projek hujung minggu tukar bingkai cermin tingkap Nako.

  4. Mendekati bulan Ramadhan ini sayapun juga sedang disikukkan dengan renovasi rumah
    terima kasih buat tipsnya

  5. bila cari jubin cantik dan mahal, kita perlu cari tukang pasang yang profesional. pernah terjadi dlu sewaktu ubah suai rumah, bole pulak orang tu salah potong.. da la beli cukup cukup je.. memang sakit hati la waktu tu.. nak suruh ganti dia taknak. terpaksa la cari jubin lain.. mahal lak tu.. adoy..
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Kelebihan Membaca Ayat Seribu DinarMy Profile

    • em apa2 kelebihan seseorang tukang 2 pasti ada kecacatan dalam kerja2 mereka cuma kehalusan kerja dapat menonjolkn kesenian..

  6. Haha……..memang panduan yang tepat pada masanya….saya tengah renovate umah yg telah 2 tahun saya duduk….nak buat renovation ni bukan jer nak pilih jubin jadi kalut nak pilih warna cat dan colour kitchen kabinet pun menduga iman….

  7. Pingback: Projek hujung minggu tukar bingkai cermin tingkap Nako.

  8. susah juga ye bila nak ubahsuai rumah ni..banyak benda nak kena fikir…tiba2 terbayangkan rumah mak saya di Klang…macam2 jenis jubin ada…sebab bahagian dapur yg ditambah, memang sentiasa retak..sebab dulu rumah tu kawasan paya bakau..jadi bila dah retak teruk. tukar jubin..yang tepi lain, yang tengah lain…hehe..takpe la, asalkan ada rumah untuk tinggal…
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Millau Viaduct | Jambatan Tinggi MelangitMy Profile

  9. tahniah dah dapat rumah baru.

    memang betul, jubin ni kena pilih betul2 sampai puas hati. kalau tak sampai ke sudah menyesal macam yang pernah saya alami tahun lepas. mujurlah belanja tak banyak sangat, terima ajelah 🙂
    Jom terjah post menarik dari Amirez ..Akaun Facebook Diceroboh?My Profile

    • kena dapatkan testimonial le pula, kan.. hihi

      betul tu, kena cari org yg betul2 boleh buat kerja2 mcm ni

  10. Kak Jie………… bilik air saya air meresap ke bilik sebelah…sampai berkulat
    sebab tile yang dipasang tak betul ke?

    nak kena renovate satu bilik air yang pengsan ni….sob sob sob

    • Jubin dapur biasanya gunakan yang cerah – tumpahan minyak atau air mudah nampak utk mengelak tergelincir atau terjatuh… kita org pompuan ni…….. dapur adalah tempat yang paling kerap digunakan.

      Jubin dalam corak yg cantik dan manis juga boleh datangkan mood untuk memasak… hehehe
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tips pengubahsuaian jubin rumahMy Profile

    • bukan saja jubin perlu yang berkualiti, tukang pasang pun kena cari yang betul-betul pandai… sebab kalau dah pasang tak elok – masalah bukan timbul sekelip mata….dua tiga tahun baru nampak.

      masa tu nak baiki pun dah tambah kos – nak cari orang yang pasang dulu pun entah mana lesapnya…kan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tips pengubahsuaian jubin rumahMy Profile

    • salah satu sebab – suami isteri adalah dua personaliti yang berbeza. Kita dibesarkan dgn persekitaran berbeza, punya pandangan hidup berbeza dan disatukan dalam satu ikatan perkahwinan bila dalam diri sudah terbentuk personaliti.

      Pemilihan jubin kadang kala menyebabkan pertembungan pendapat – sebab itulah kita perlu teliti dalam memilih keputusan akhir.

      Kita kena ada fakta untuk membuat persetujuan. Tips yang diberikan ini mungkin dapat membantu pasangan memilih rekabentuk dan kekemasan yang sesuai.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Petua Mengelak Kucing Berak Merata-rataMy Profile

  11. Pingback: Tips pengubahsuaian jubin rumah | Hidup Biar Sedap.