Adakah kita cukup cool

Jumaat 090109 – seminggu persekolahan.

” mama, kita berdua saja yang pakai helmet”

“Ngape…Angah rasa tak cool ke?”

Diam.

“Angah patut rasa beruntung, mama sayang Angah bukan pada ucapan saja, mama sayang Angah dengan perbuatan, melindungi anak mama”

Bukan nak kata kalau dah pakai helmet , pasti tak mati tetapi kita berusaha melindungi diri sendiri. Wajib berusaha baru kita bertawakal kepada Allah.

” Orang tak pakai helmet tu berdosa ke mama?”

erk………… Kalau anda rasa cool, tolong jawap:wink:

NOTA : Ini adalah blog peribadi saya . Saya seorang suri rumahtangga sepenuh masa di lahirkan di Baling, Kedah di akhir tahun 60’an. SPM Gred 3. Data ini cukup untuk mengambarkan tahap pendidikan, taraf hidup atau pun ruang pemikiran saya.Β  Saya mohon maaf sekiranya blog ini tidak dapat memenuhi standard piawaian yang anda harapkan. Setiap Selasa hingga Jumaat ( 9-11 pagi ) saya ada kelas , tak perlu hantar email 3@4 kali mengharapkan jawapan segera.

Menurut Statistik kemalangan :

  • 56.3 % kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang berumur dari 16 hingga 25 tahun
  • 54.9 % kematian melibatkan penunggang motorsikal berusia 16 hingga 25 tahun

Kajian menunjukkan sejak penguatkuasaan pemakaian topi keledar dilancarkan pada 1973, kadar pematuhan pemakaian topi keledar yang betul di kawasan luar bandar hanya 33 peratus berbanding 76 peratus di kawasan bandar.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Tak tau ler nak jawab macam mana. Dosa kot kalau kita tak jaga nyawa? Ada ke cam gitu? Ada la kan… nyawa tu amanah ALLAH kat kita. Isy… kan aku dah confused dah!!!

    ODs last blog post..Temuramah Dengan Pelesit

  2. sebenarnye angah x tak dengar la….

    -angah

    Kujie ~ erk..angah komen guna id mama πŸ˜†

  3. cool je…. hehehe.. anak sekarang… bawak motor laju katanya… baru rock… pening bila dok memikir masalah anak2 remaja….

  4. angah…cool pe..sebab angah ngan mama jer pakai helmet..unik kan..lain dari org lain..org yg tak pakai helmet tu..kalau ikutkan berdosalah..sebab dia tak memberi hak pada diri dia dan keselamatan dia..cuma kita selalu terlupa pada benda2 remeh mcm nie..betul tak?

    izzahs last blog post..Aku merinduimu…ting!tong!

  5. Baru boleh bukak blog Kak Jie. Tadi ntah apa problemo nya.. :roll:

    Aliff selalu pesan pada ayah dia beli/pakai baju yg striking color tu bila naik motor waktu malam. Dia kata “Mana lebih baik, ayah malu nak pakai baju tu atau ayah nak selamat”. Ayah dia jawab sambil gelak2 “Ni mesti ibu yg ajar..”

    Jujurnya intan x pernah ajar aliff ckp mcm tu. Kononnya nak ‘cool’ sgt lah tu, last2 anak yg nasihatkan dia. Nasib baik pakai helmet… hehehe :mrgreen:

    intans last blog post..Celaru, Buntu & Keliru

  6. kalo pakai helmet yang separuh tue, rasa tak bape nak kool..hehe

    amans last blog post..Microsoft : Live Search dan Pemilikkan Yahoo!

  7. Haha.. Kak JIE..! Where have u been? Miz u la.. Ops.. Saje je..

    Cool pe pakai Helmet. Mantap tuh..!

    Dekans last blog post..Install dan konfigurasi Tor untuk palsukan IP sebenar

  8. pakai helmet la cool
    especially kalau yg kaler hitam….
    boleh jadi bazzoooka penakaaaa
    eh silap boleh jadi gaban… hehe πŸ™‚

    KNizams last blog post..Butterfingers Sesi Istana Budaya 2009 !

  9. nek moto kene pki helmet~hehehehe… πŸ˜€

    kuros last blog post..HeLp saVe PaLestiNe….

  10. hehe…cool la naek moto..pkai helmet..lg cool bila mama yg bwk kan…angah dh PMR thn ni? sama ngan kakak, anak jun ni..
    ala jie, dulu2 gred 3 terer ape! x semestinya yg x blaja tinggi tu x tere..n x kurang jugak yg belajar tinggi tu sebenarnye x tere..hehehe. pengalaman tu kan proses pembelajaran jugak! hehehe…yg pasti ade sesuatu yg jie tere tp org lain x tere..heee. ape lah jun ni…tu la, lama sgt x bg komen, ckp pun putar2…tp kan, pengalaman jun ulang alik ke skolah br2 ni…jumpa ngan kakitangan sekolah yg mcm x sekolah..hahahaha…

  11. :mrgreen:

    berdosa atau tidak!

    hmmm jawapannya berdosa jika anda cuba membohongi, walaupun diri anda sendiri!

    So kalau rasa cool tak pakai helmet maka eloklah pakai!

    eh! apa aku cakapkan nie?

    hentam ajelah!

    hahahahha :mrgreen: :mrgreen:

  12. Sweet Thinker says:

    orang xpki helmet tue, kalo membawa mudarat hukum nya kita tanye bambil dlu. huhu!

    Sweet Thinkers last blog post..Lafaz

  13. kak jie, kita ckp cool. πŸ™‚ Yati pun rasa tak cool klu naik mtr tak pakai helmet. Helmet tu sbg ikhtiar gitu, ajal maut tu di tangan ALLAH. LBh baik pakai dr tidak.

    yatis last blog post..Merendah Diri, Tapi Jangan Rendah Diri

  14. hashim habeed says:

    makcik kool…. πŸ˜†

  15. saya merasa kool bila tidak pakai tali pinggang keledar semasa memandu kereta. hehe.

  16. πŸ˜† hik hik, budak2 ni naive kan, dosa ta da… saman ada…hahaha

    Mak Sus last blog post..Menonton tivi berbayar

  17. kadang2 helmet tu ada, tapi diletak di raga.. nk bagi kepala cool kot..

    Lan Bingkas last blog post..Saya pemandu paling berhemah

  18. ajal maut di tgn tuhan, tuhan bagi akal utk taakul; baik atau buruk, elok atau tidak perbuatan kite…

    Yang paling penting dlm kisah kemalangan ni ialah sikap..
    kalau ko pakai helmet 5-7 lapis pun, kalau bwk moto cam pelesit, cilok sane sini…ke lubang kubur jugak pendek citernye…

    ChekguBHs last blog post..Rindu Tak??

  19. huhu. anak2 mama selalu keluarkan soalan berani mati gitu. terkedu diya. hehehe

    diyas last blog post..D249 : Belajar Tentang Cinta, Kasih & Sayang

  20. pki helmet kena ikat betul2… rmi yg sekdr pakai je… no point…

    p/s : plg best reminder akak kat NOTA tu… sgt telus… jika tak dpt memenuhi standard piawaian, selamat jalan πŸ˜€

    kutaksempurnas last blog post..pernah tak kamu rasa?

  21. Alah kak, perkataan cool tuh tak kire tue ke mude leh guna. iye tak. Hehehe..
    Tp saya respek akak la, jarang la saya berjumpa ibu naik motor pepagi mengantar anak yg dah remaja cenggitu ke sekolah. Kalo budak sekolah rendah kat kampung saya neh ramai la. Cayalah kak.
    Pakai helmet adalah utk keselamatan dan utk elak dari disaman. Kan, kan..

    DeeNs last blog post..aLa MeTRo FuLuS II

  22. Ada yang kata itu undang-undang dunia tetapi jika ianya untuk kebaikkan dan juga keselamatan kita mengapa tidak kita mematuhinya.. bukankah kita juga tidak boleh sengaja mencampakkan diri kedalam kebinasaan.. rujuk al_Baqarah ayat 195

    nuaemans last blog post..Kau lahir jua akhirnya…

  23. Sori nak celah sikit kat comment Neeza tu, ni hal guaman (bukan nak promote tapi nak cite je) – Kalau takde lesen, you still can claim insurans org yg langgar you ye. It doesn’t make the claim any less or any more than orang ada lesen. Manalah tau, kalau tak tahu. Ada kes di mahkamah Malaysia ttg ada lesen takde lesen…tapi kalau tak pakai helmet, kuranglah claim tu…

    kruel74s last blog post..If everyone else want to change, can I still stay the same?

  24. selalu neeza tengok parents bawak anak tapi tak pakai helmet.. kadang2 anak duduk belakang peluk je pinggang mak/bapak. diorang tak kesian ke kat anak diorang tu.. kalau jatuh sikit pun boleh luka.. ini pulak kalau kena hentam dengan kenderaan lain. Nauzubillah..

    tapi kan kak Jie, kat sini diorang tak pakai helmet langsung..sebabnya lesen pun tak perlu untuk bawak motor. Jadi, kalau apa2 jadi, memang mati katak la diorang..

  25. dah baca komen org lain tros takleh nak tafsor cool ke tidak. hahahaha…

    tak pakai helmet mmg nampak cool. sbb pada remaja, cool tu mcm menunjukkan berani dan agresif.

    tapi.. kalau dah eksiden, masuk spital, kaki tgn badan masuk besi, dah tak cool lagik dah. cari nahas namanya. huehueheue…

    masa aris masuk wad kali kedua, jumpa ngan mak dan anak yg eksiden balik dr sekolah. org langgar. anak dia tercampak dr motor. alhamdulillah anak dia masih bernyawa dek kerana helmet. tapi badan mmg kena heret bagai lah. mak lagi kesian, patah kaki.

    moral: selagi kepala terlindung, eksiden camne pun, kurang2 masih bernyawa, wpun parah. Berihktiar selagi mampu. πŸ™‚

    Zanas last blog post..Wallah!!

  26. sangat kool! impak soklan macam ni yang kekadang malas nak jawab. tapi kita perlu sedar bahawa tahap pemikiran mereka seusia mereka.

    dan yang paling kool adalah NOTA tersebut. kelihatan tarap pendidikan tidak seperti itu hehe.

    megats last blog post..Tahun Baru, Bersihkan Minda Dan Hati!

    • @megat, menjadi mama yang cool dengan anak2 remaja … πŸ˜‰

      tapi itulah biodata kak jie sebenarnya πŸ˜€

  27. Sesungguhnya, ketebalan helmet adalah lebih selamat dari songkok haji Pak Haji.

    Jadi, jika budak tiada lesen membawa motor tetapi pakai helmet hendak dibandingkan dengan Pak Haji yang ada lesen tetapi naik motor pakai songkok haji (tak pakai helmet), maka peluang untuk budak itu hidup adalah lebih tinggi jika berlaku kemalangan.

    *mungkin itu yang cool dan perlu difahami.

    rohaizads last blog post..Tanda-tanda kiamat. Dah dekat dah…

  28. helmet penting dik angah..

    • @arin, Angah thn ni dah PMR -kata kawan2 masih di bawah ketiak mama…huhuhu….lantak le… kak jie sayang anak πŸ˜›

  29. Makan aiskrim pun boleh rasa cool… tak pakai helmet tak kena mengena dgn cool lah…

    kruel74s last blog post..If everyone else want to change, can I still stay the same?

    • @kruel74, wlaupun sy lahir zaman 60’an..kena juga belajar bahasa remaja …hehehe

      bayangkan macam ni..seorg makcik ulang alik hantar ambil anak bujang 15 tahun ke sekolah berhelmet fullface bawa 40-50km/h sedangkan bersaing dijalanraya dgn anak muda /kawan2 sekolah seusia remaja menderu deram tanpa helmet. :mrgreen:

  30. saya rasa saya cool la kot…hahahah

    baguslah kak jie ajar anak pakai helmet naik motor,kat tempat saya ni,bapak mak pakai helmet anak di biar aje…selalu kata pada suami

    “depa ni tak syang anak ke?”

    tapi lagi haru..pakai helmet tapi tak ikat denga kemas…hahaha

    tak pakai helmet tak dosa,tapi melanggar undang-undang jalanraya… πŸ˜‰

    anasfadilahs last blog post..::akujanji seorang isteri::