Along Eksiden

Biasanya dia sms, tetapi petang semalam sehabis kelas dia telefon beritahu nak balik.  Setiap minggu pun dia balik.

Pukul 11 malam dia belum muncul. Saya masuk tidur tanpa risau apa² kerana kadang² dia singgah jumpa dengan kawan² yang juga sama² balik dari kolej masing².

Tengah malam saya dengar dia balik. Malas nak bangun, sambung tidur.

Pukul 5.30 pagi, bangun tengok tak ada tanda² macam dia balik. Dapur tak terusik, beg , halmet pun tak nampak.  Anak tu dah 19 tahun hidup bersama, dah faham tabiat mana dia campak stokin, mana dia letak beg atau helmet.

Intai ke luar, tak ada motor. Intai dalam bilik  , tak ada orang. Kat sofa ruang tamu ada 3 peket ubat dengan nama dia. Ini satu² tanda dia balik malam tadi.

Mesti kat bilik Angah.

Saya masuk, hampiri katil, duduk disebelahnya.

” Along….. Along….. ”

Lemah saja dia buka mata.

” Along eksiden………”

Berderau darah. Terus teringat kejadian suami yang pernah alami kemalangan sampai hilang ingatan dan kes dia langgar kereta BMW yang claim RM 8000 tu.

Ayah saya pun pernah kemalangan dengan gadis myvi hijau.

Tetapi  bila nampak anak depan mata tanpa calar, tanpa luka , hati kembali tenang.

Mak-mak …. mesti tak sabar, nak juga tanya itu ini. Eksiden dengan apa, di mana, kenapa, macam mana….

Eksiden kat MMR2 area Pandan Perdana . Along luka sikit kat tangan.

” Kawan Along? ” – tiap minggu dia balik membonceng seorang kawan.

“Dia pun ok, luka sikit”

Motor kat rumah kawan di Keramat Kampung Pandan, rosak sikit. Kawan² lain datang jemput dengan kereta.

Pemandu kereta tu yang bawa Along pergi klinik. Dalam keadaan macam ni saya langsung tak fikir siapa salah siapa betul. Along ada depan mata, dah bersyukur sangat².

Bila namanya kemalangan, itu adalah kejadian yang bukan kita pinta, kita rancang atau kita harap.

Along masih tidur , badan masih lemah. Terkejut.

 

 

tiap kali jumpa saudara mara , semua orang akan cakap
“macam Ann….”
‘mestilah…anak abah” jawapnya .

35 Replies to “Along Eksiden”

  1. Biasanya kalau kita membawa kenderaan tidak sedap hati macam dapat merasakan sesuatu akan berlaku.

    Harap tidak kecederaan atau pendarahan dalaman walaupun pada luar fizikal tidak apa-apa. Kalau boleh pergi buat pemeriksaan lanjut kalau perlu x-ray buat sahaja.

  2. “Jalanraya – kita cuai, kita berjaga2 pun bukan jaminan keselamatan.”

    Memang setuju sangat, sebab saya sendiri dah rasa apabila sebuah kereta keluar melulu dari dan melanggar motorsikal saya semasa saya sedang menunggang di jalan besar, syukur along dan kawan dia sekadar luka kecil sahaja, kalau jadi macam saya arituh…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Apabila para cikgu bersukanMy Profile

  3. Tu cerita masa dia mamai² lagi..entah apa2 dia cakap
    Petang tadi dah tanya cerita jelas…

    motor kt kg pandan – rumah kawan sekolej

    yg dari keramat tu kawan sekampung kebetulan ada kt keramat, dia orglah yg datang ke Hospital Ampang jemput dia balik.

  4. kadang-kadang walau kita secermat mana sekalipun…tewas juga angkara orang lain yang tidak cermat…
    tapi percayalah…ia semua dari tuhan
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..CAKAP ORANGMy Profile

  5. Alhamdulillah along selamat..
    Adik saya pernah gak eksiden & luka teruk jugak..
    Tapi dia langsung tak bagitau mak ayah..
    Balik dari hospital terus masuk bilik & tak keluar²..

    Sampai la mak sy ternampak luka² kat tangan dia tu esoknya..
    Baru dia cerita yang dia eksiden..
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Happy Birthday NoinMy Profile

  6. Syukur atas keselamatan! Bab-bab eksiden ni memang sesuatu yang mengerikan dan mengilukan. Cerita ni mengingatkan kisah anak saudara saya di sekolah rendah pernah dilanggar. Melintas ke arah bas sekolah dan dilanggar oleh sebuah kereta yang laju sehingga melambung dan terkencing dalam seluar. Juga syukur sekarang dia di SMSS.

    Betullah! maknya pun tak kisah nak saman menyaman sebab syukur melihat anaknya tak ada yang parah.

  7. abang eksiden dulu pun tak cedera, tapi dia tak ingat apa²
    lama juga tak hilang ingatan…

    itu yang Kak Jie risau 😐

  8. Jangan cerita lahhh, tak senang dudul kak jie ni…. tiap minggu dia ulang alik balik dari kolej, hati memang tak senang.

    Jalanraya – kita cuai, kita berjaga2 pun bukan jaminan keselamatan.

Comments are closed.