Anak 1Malaysia

” sek keb srnd  cuti hingga 4 ogos ” sms saya terima dari GB SK Sg. Buaya, jiran belakang rumah .  Intan melompat-lompat . Kok koya ketek….( en_me tau lah maksud ni )

” eh..apasal Intan sonok ?  Intan SJKC la………. “

SJKC yang didakwa tempat berkumpulnya “pembawa” masih bebas , SK pula yang terkena virus.

Budak-budak, dengar sekolah cuti saja melompat-lompat seronok, cikgu-cikgu melompat tak? Cikgu berpoco-poco ye ?

Memandangkan sekolah Intan bercampur-campur, saya sering berpesan-pesan jaga kesihatan, jaga bergaulan.  Tapi sudah namanya budak-budak yang dia tahu bermain bergurau senda tanpa sekatan.  Tak perlu kempen 1Malaysia mereka sudah pandai mempraktikkan kerana hall-hal seperti ini akan datang secara semulajadi.

Minggu lepas dia bawa nasi kerabu ( saya beli, bukan buat ) berkerumun kawan-kawan dia menjengok nasi warna biru.  Pertama kali tengok!

Pernah kawan-kawan Intan bertanya tak mati ke puasa sebulan?

©Kujie – Tengah taip entri ini, Along telefon sekolah dia juga ditutup seminggu.

40 Replies to “Anak 1Malaysia”

  1. kenapa perlu sibuk dengan Satu Malaysia nie ???

    Selama ni , kita aman jer …..

    lain perdana menteri , lain cogan katanya …..

    hmmm …
    .-= pB´s last blog ..640 =-.

  2. wah.. istilah bleh salah hanggap ni.
    ramai betoi anak kalau dah 1 Malaysia anaknye..
    hehehe ape ape pon.. ianya mungkin anak didik..
    paling tidak anak tekak atau anak kucing…

    P/S:- erk.. kak jie berapa orang anak nih? *tetibe neybok!

  3. Cuti mmg best tp penyebab cuti
    tuh yg kurang best. Heharap seme ok.
    .-= Eriyza´s last blog ..Doa Qunut Yang Terbantut =-.

    1. @Neeza, anak2 cuti best, mak bapa yg kerja risau nk ejas letak anak2 kt mana….surirumah mcm kak jie tak pe..tak de jadual perlu di ubah

      1. @Kujie,

        Laaa…kecik dunia..Zalinah Zubir tuh mak sedara arin..adik pada mama arin..laa..lenkali gie umah dia, leh la serang umah kak jie…:)
        .-= arin´s last blog ..Bintik-bintik Rock =-.

  4. Sibuk dengan kempen 1Malaysia, kadang-kadang terfikir gak, eh…Malaysia ni ada 2 ke?? Hehehe….(Pengenalan karangan tu Kujie!)

    Budak-budak memang suka cuti kot, tapi kalau dia orang kena ‘perintah berkurung’ sapa pun tak mahu tu!
    Cikgu-cikgu ni, kalau dah masuk bulan Ogos ni, kalau boleh Hari Sabtu ngan Ahad pun tak nak cuti.
    Sibuk habiskan sukatan pelajaran, sibuk buat ulangkaji dgn pelajar.
    Tak lama lagi peperiksaan percubaan…..

    psssttt:- Tapi kalau bagi cuti tanpa ganti, kami bukan takat poco-poco, mahu dia menari twist! Yea, yea….
    .-= Kak Long´s last blog ..Antara bunga raya, bunga mawar dan bunga melur =-.

    1. @Kak Long, soalan cepu mas tu?

      sejak bila Malaysia ada 2, 3 4…bla…bla…dulu pun memang 1 :mrgreen:

      Betul tu Kak Long, hujung2 tahun ni pening kepala cikgu nak cari ruang nak isi schedule…. kena cuti pula…

      Cikgu BH yg rajin poco-poco, Kak Long dangdut sudah lah… 😆

  5. tiada masalah mengenai 1Malaysia jika benar-benar kita hayati.

    kita semua menumpang. yang benar-benar orang tempatan adalah orang asli. tetapi mereka masih ketinggalan menyebabkan golongan pendatang yang berlebih-lebih.

    sama-sama menghayati dan bersyukur. berbangga menjadi 1Malaysia.
    .-= megat´s last blog ..Yasmin Ahmad, Kehilangannya Dirasai Dan Diratapi =-.

  6. Cikgu mungkin takkan happy kot! Ha 😀 Saya anak 1Malaysia. Kalau saya masih besekolah dan sekolah terpaksa ditutup, tentu saya akan terlompat-lompat juga. 😛

    1. @tekkaus, hehehehe….. seronokkan cuti walaupun duduk di rumah saja.

      cikgu ada banyak kerja hujung2 tahun ni….nak kejar schedule

  7. H1N1?
    Ya Rabb minta2 sek anak2 saya tak dcutikan. 1) minta jgn ada tanda2 H1N1 2) bila depa ada drumah time2 bukan cuti sek, aduih, meriahlah malam2 pagi petang….

    1. @AyKay, sekolah Along je cuti seminggu…Angah dgn Intan tak cuti

      masa umur mcm tu meriah, esok2 dah besar….pakat terbang sana sini…kita mak bapa tinggal sunyi sepi

Comments are closed.