Minggu lepas minggu berwarna warni..macam-macam hal berlaku. Bukan tentang bapa, bapa masih di hospital … much better!
Awal minggu streamyx tak berfungsi,bila buat report rupanya kabel TM kena curi…owh….selalu dok ulang alik tengok memang ada kontraktor TM sibuk tetapi tak pula tahu ada “hantu” tengah buat kerja.
Minggu lepas minggu Teacher Meet Parents.... Syukur alhamdulillah anak-anak tak ada masalah yang kritikal. Along, Angah dan Intan mendapat keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Angah mendapat kedudukan ke 12/304.
Tapi hari ni bukan nak cerita tentang anak-anak Kak Jie…tapi satu drama sebabak waktu jumpa cikgu kelas Along tadi. Adalah seorang ibu yang datang berjumpa guru kelas untuk mengambil buku lapuran anak gadis dia. Selepas hampir 10minit berbincang dengan guru, dia boleh marah-marah dan pok… pek… bla…bla… anak remaja dia depan ibubapa lain. I don’t believe this….! Depan guru kelas dan lebih parah lagi depan kawan-kawan sekelas anak dia. Kesian budak tu…!
Bagi saya, tak sepatutnya kita marah-marah dan membebel tentang kesalahan yang anak kita lakukan didepan khalayak ramai macam tu, hal ini sikit pun tak membantu…. Kritikal macam tu akan menjadikan seorang anak itu defensif dan sedaya upaya akan mempertahankan dirinya dan akan melukakan nilai dirinya juga menjejaskan rasa kepentingan dan akan menyebabkan motivasi diri dia menjunam.
Andaipun anak itu perlu diberi nasihat untuk membetulkan kesilapan atau kerana mengabaikan pelajaran, lakukanlah di rumah secara berhemah. Cara kita menghadapi kerenah anak remaja seperti itu tidak sama seperti kita berkomunikasi dengan anak sekolah rendah.
Bagi saya sekiranya ibu tersebut benar-benar perihati dengan pelajaran anaknya, dia tentu telah mengetahui tahap pencapaian anak masing-masing kerana peperiksaan telah sebulan berlalu dan semua keputusan peperiksaan telah diberitahu. Kita datang ke sekolah untuk bertemu guru untuk mengetahui hal lain yang kita tidak tahu seperti sikap anak-anak di dalam kelas juga persekitaran dengan rakan sebaya.
Sewaktu ibu tersebut menjerit marahkan anaknya, saya lihat rakan- rakan lain berbisik sesama sendiri. Kesian budak tu…!
No related posts.


mz >> hehehe..hantu ye..agaknya dh jadi hantu blog kot!
lestat >> anak2 sendiri kita tak leh nak banding2 gak..tgh marah mcm mana pun..jgn nk ckp…” along tu…dpt 4-5A, angah tu satu A pun tak de…”
kelebihan anak2 kita bkn dr berapa A dia dpt…tiap seseorg tu ada kelebihan dan kekurangan masing2…
ko bz tol kan kak…
akak, tollah tuh, yang nak marah2 orang anak tuh depan orang ramai napanya..budak tu pun ada harga diri.
anak dara aku yg lom 3 taun tu pun pandai majuk kena marah depan abang dia, apatah lagi kita yang tua kebana nih
ko ngidak tego mak dia depan orang kak? harus mak dia rasa apa yg anak dia rasa.
memang tak patut langsung.. bukan bagitu caranya nak menegur anak terutama anak remaja..mereka dah tau malu dan mereka juga tau harga diri..
zaman remaja ada lah zaman mereka mencari identiti.. beralih dari alam kanak2 ke alam dewasa..
Ntahla..taktau nak cakap camner..lain parent..lain perangainya..tapi apapun tak patut wat gitu..dan satu lagi jgn baggakan anak orang lain bila anak orang tu lagi hebat dalam pelajaran..
selalu jugak marah AKS dulu in public, tapi selalunya bukannya sengaja cuma suara terkuat sket so nampak macam marah, awak saya kata marah, tapi mad redo1 kata:
“taakkkk…”
(takut kena jual… hehehe…)
hehhe…..kesian budak tuh..
errr … maseh tersebut ‘hantu’ di dalam posting kujie kali nih …
memang kesiannnn budak tu …