Cakap Siang Pandang-Pandang, Cakap Malam Dengar-Dengar

kawan bangsa lain

Dua hari lepas. balik dari sekolah kami ke KFC. Intan beratur dan di barisan sebelah ada dua budak perempuan cina juga beruniform sekolah ( sekolah lain ). Budak berdua tu sedang mengata Intan. Bukan mengata benda yang tak elok, tetapi bercakap mengenai Intan… dia sekolah mana, kenapa lencana dia lain… masingΒ² tolak menolak untuk bertanya sesama sendiri.

Kemudian Intan cakap ” aku pun tau cakap cinalah….” dalam bahasa cina.

Terus dia orang bertiga bersembang dalam bahasa cina.

kawan bangsa lain
Saya terjumpa beberapa keping gambar seperti ini dalam dropbox – mesti masa saya memandu, mereka berdua gunakan telefon saya untuk bermain-main macam tuan besar kat belakang tempat duduk.

Ini adalah kawan baik Intan dari sekolah rendah, Lai Fei dan mereka jumpa setahun sekali bila Tahun Baru Cina. Β Selepas habis sekolah rendah, dia ke sekolah menengah swasta di Subang ( sekolah cina ). Saya pun kenal mak dia, keluarga dia dan kalau keluar bersama Intan, saya akan jemput di depan rumah.

Nota : Hari ini saya akan ke jemputan media Pameran The Sultans of Science di Petrosains,KLCC – meneroka penemuan cendekiawan Islam di zaman kegemilangan dunia Islam yang telah mempengaruhi masyarakat moden. Intan sekolah ( ganti cuti CNY ), saya bawa anak saudara dan adik ipar.

39 Replies to “Cakap Siang Pandang-Pandang, Cakap Malam Dengar-Dengar”

  1. satu kelebihan sekiranya tahu lebih dari 2 bahasa….
    macam saya keje dgn company cina,, kekadang saya faham apa yang dorang citer dan boleh sikit berbahasa cina….
    dulu masa keje kilang jepun, kita org kene belajar bahasa jepun…best kalau tahu nie…
    Jom terjah post menarik dari sukma ..2 PAGI DENGAN LAKSAMMy Profile

  2. Salam kak Kujie..
    Intan bertuah tahu bahasa lain. Banyak kelebihannya….
    Kalau kawan saya, dia x mengaku pun..biar je…dia nak dengar πŸ˜€

  3. kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa cina (mandarin) akan memberi kelebihan semasa memohon pekerjaan… lagi banyak bahasa yang boleh dikuasai makin mudah lah seseorang itu akan memperolehi kepercayaan majikan (bakal majikan)..
    Jom terjah post menarik dari staibaqhang ..Bergembira di taman permainanMy Profile

  4. sangat untung bila tahu berbahasa cina kerana kebanyakkan kerja mahukan pandai berbahasa cina..
    barangkali senang untuk berkomunikasi.. seperti kita tahu orang cina kan pandai berbisnes…
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Moden VS TradisionalMy Profile

  5. memang bagus bila pandai berbahasa lebih dari 2 bahasa rasmi termasuklah bahasa cina atau tamil atau arab.

    tapi sayangnya ramai yg tak nak ambil peluang yg ada dalam suasana masyarakat berbilang bangsa ni termasuklah saya sendiri.
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Panduan Mengisi BorangMy Profile

Comments are closed.