Do It Yourself

Cuti sekolah…. blog pun rasa macam nak  ‘bercuti’ juga walaupun tak pergi mana-mana .

taugeh DIY
taugeh DIY

Projek pertama – -Tiap tahun  anak-anak akan buat projek sains tanam taugeh! Nak guna 4-5 biji kacang hijau, saya beli setengah kilo. Akhirnya projek sains saya boleh mengenyangkan . Rangup !

masak lemak kulat sisir, daging lada hitam, telur dadar dan ikan lampam sayur bening
masak lemak kulat sisir, daging lada hitam, telur dadar dan ikan lampam sayur bening


Menu tenghari tadi – bentangkan tikar dan makan dibalkoni tepi kolam.  Kulat sisir mak saya poslaju  dari Baling .  Ikan sungai tu suami menjala dengan kawan² minggu lepas.  Lebih 50 ekor yang hidup saya lepaskan dalam kolam.    Rezeki sesiapa yang bertandang.   Telur dadar itu 100% hasil kerja tangan  Along….

.....kena jadi cikgu lah pula
.....kena jadi cikgu lah pula
..... mama yang mengantuk
..... mama yang mengantuk

Petang kena jadi cikgu , temankan anak² buat ulangkaji dan kerja sekolah.

Petik buah malberi @ Black mulberry (Morus Nigra) yang ranum.    Dapat 2 manguk dan  saya buat jem.  DIY lagi.

EDIT : 17/03/2009

Neeza yang menetap di Al Jubail, Arab Saudi tanya

mulberry tu tak pernah tengok neeza kat malaysia.. sedap tak kak Jie?

Buah malberi ( Morus Nigra )
Buah malberi ( Morus Nigra )

Kak Jie biasa nampak pokok malberi ni di merata-rata tempat di Malaysia tetapi biasanya ditanam dan dibiar tumbuh tinggi. Pokok ini perlu dicantas atau dipangkas selepas kita kutip buahnya. Pucuk baru akan keluar bersama putik buah yang baru. Proses ini berterusan, kalau kita tak cantas dan biarkan tumbuh membesar dan tinggi, buah baru tak akan keluar. Kalau ada pun sikit sangat. Pokok Malberi Kak Jie hanya tinggi 1 meter saja!

p/s – fakta dan info ini adalah dari pengalaman sendiri tanpa merujuk kepada Jabatan Pertanain, Jabatan Alam Sekitar maupun SIRIM …jadi andainya pokok yang anda tanam tidak berbuah lebat seperti pokok ( see Maza…. dah edit…) saya,  “encik jangan saman saya………”:lol:

51 Replies to “Do It Yourself”

  1. Ya kah?

    Saya tidak lulus peperiksaan, setelah gagal, saya tidak sambung belajar. Okay, kan?

    Tapi memang betul, Cik Gu sekolah saya dulu memang rendah. Sama tinggi pelajar Tahun 6. Tahu sudah ya?

    Saya doakan dia makan taugeh dengan banyak, supaya boleh tinggi lagi. Betul kah?

    Lagi pun sekolah rendah saya dulu, menang rendah. Logik tidak?

    al-Tanyas last blog post..Najib N & End? Malaysiakini

  2. Oh… dah cuti sekolah ke dah sekarang? Alahaiii… nak cuti jugaklah.

    ODs last blog post..Semalam dan Hari Ini…

    1. lor…sedap jugalah….kalau dah masak ranum
      kalau masih merah tu…masam
      kak jie kerap nampak pokokn ni
      tapi rupanya ramai yg tak pernah tgok :mrgreen:

  3. “jadi andainya pokok yang anda tanam tidak berbuah lebat seperti saya,

    puas che baca, tapi tak dapat tangkap ayat kat ateh tu ha!
    huhuhu

    tiba2, hati che rasa geli lak…..hehehhe
    mcm ada pacat dok melingkar lagu tu na…..

    wakakakkaka
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    1. eeeeeeeeeee…dak Maza ni
      pagi² lagi dtg nk kacau rumah org…..tuan rumah belum sidai baju lagi
      dah sampai…….eeeeeeeeeeeeee :mrgreen:

      sat g kita isi tempat kosong..hehehe

  4. whoaaaaaaaaaaaa….bestnyeeeee…sedapnyeeeeeeeeeeee……rajinnyeeeeeeeeeee………hehehehehehehehehhe…tu lah perasaan sy setelah mbaca n3 kali ni..bestnye dpt mak mcm k.jie ni… 😛

  5. alamak dah lama la tak makan masak lemak kulat sisir. rasa rindu plak. hehe 🙂
    eh buah malberry malaysia tuh boleh makan eh. hehe 🙂

    1. uik…………. kak jie pn teringin la juga nengok kolompo…hahahaha
      dulu duduk Ampang…tiap hari minggu mesri keluar g mana..tak tahan nk dok rumah sepanjang cuti
      skrg ni….tak teringin nk p mana…jemu jejalan je online :mrgreen:

  6. Waaahhhhh….
    Sedapnye mulberry…
    Kala dekat ngan umah kak jie dah lama “panjat pagar” kak jie… :mrgreen:
    huhuhuhuhuhu 😛

    1. tu tgh baik Bai
      time bercakau………riuh juga
      mcm semlm tu…main belon si Intan..biasalah abang2 usik adik
      pukul sana….baling sini….pung pang..pung…pang….
      tiba2..belon tu pecah….

      Intan yg meraung lebih kuat dr bunyi belon..mulalah demand nk ganti 30
      pecah satu……..nk ganti 30

      :mrgreen: :mrgreen:

      kampung sejengkal je…hehehe

    1. benda dah ada…lagi pun time cuti sekolah ni
      buat projek2 mcm tu dgn anak2..dia org hepi

      kemahiran hidup…………. :mrgreen:

  7. amboi kulat sisiaq no, telioq dah ni kak jie oii! Bau sampai luaq pc cek ni..

    haritzs last blog post..Iman FC Cari Player

    1. pokok ni selalu nampak..cumanya org tak jaga
      dia biar tinggi….kalau tak dipangkas mmg dia tak keluar buah baru

      bila dah hitam…ranum tu manis

    1. lor……..neeza oiii…tak kan tatau
      rasanya masa sekolah rendah, kita xcited giler nak buat projek tanam pokok taugeh tu….
      senang sgt2…

      boh dlm bekas berlubang…penapis ke
      siram je air2 ….percik2….jgn sampai dia kering
      tumbuh le…. :mrgreen:

    1. pakcik………….lamanya hilang
      sihat?
      anak² sihat?
      bini² sihat?

      opsssssssss…..sorang saja ye :mrgreen:

      dulu sy ajar org tp sy malas nk buat watermark tu…tapi minggu lepas sy tgok ada blog lain ambil gambar peribadi saya…GAMBAR PERIBADI letak kt blog dia..

      kalau gambar dari sumber terbuka tu..tak kisah la…tapi gambar peribadi tu :mrgreen:

    1. taugeh tu sbb malas nk masak bubur…kalau masak pun tak de sapa nak makan….senang citer…plus kemalasan juga….. tanam je…taugeh 😆

  8. sedap nya kalau jem tuh dah di buat..sapu kat roti..pastuh buat air teh tarik..perghhh..hujan2 petang2 nih sedap nye..

  9. masa budak2 dulu selalu mengejek kengkawan…..

    “wahhh…..nak buek dating ko? Kek pokok taugeh yo?”

    heheheeh

    Pernah tu, di kelas kami, ada sorg mamat nie memang kreatip….siap buat lirik lagu lagi…hehehe

    “Cinta di bawah pohon taugeh”

    wakakakaa……..

    1. ni mesti buat dulu²
      tunggu awek tak dtg…sudah janji tak betoi
      p tunggu bawah pokok taugeh, si dia dok terpacak bawah pokok ketapang :mrgreen:

  10. Ho ho baru perasan……….

    Nampaknya pokcik Maza tu sedang berentap dengan OD dalam mendapatkan piala Teman Terhangat…..!!

    Tie tak larat nak merempit dengan pokcik tu……..tapi Tie sokong OD dari belakang ! Kih kih !

    Go OD Go…!! :mrgreen:

    Ties last blog post..Awards dan Tag

    1. hari tu……….tanya mak,
      mak poslaju dari kampung…zaman skrg ni…sehari dah sampai

      mailah Tie…kami sarapan pun kt luar rumah
      70% aktiviti mmg dok kat balkoni

  11. muafakat sungguh anak2 kak jie…baguih sungguh depa.
    Adoi..kulit sisir masak lemak tuuu adeh kecoQ aih :mrgreen:

    kalau buah malberi tu proses keluar jadik blackberry syok jugak no :mrgreen:

    1. tu tgah baek…lum cemuih
      sat lagi….dah start keriau..satu kampung dengaq

      kalauuuuuuuuuu………tak dan nk teghebit buah!:lol:

    1. Salam Lin, terimakasih kerana singgah blog makcik² ni….

      tanam taugeh apalah sgt….hahaha..anak² sekolah rendah tu tiap tahun buat projek tanam taugeh :mrgreen:

Comments are closed.