Doktor Jarak Jauh

Selamat Bercuti Hari Pekerja 1hb Mei 2010.

Sepatutnya saya balik kampung pagi ni, tapi malam tadi Intan sakit gigi. Sakit kaki, sakit leher, sakit tangan, sakit perut bolehlah juga sapu minyak angin atau sekadar berpsikologi membantu meredakan sakit. Ini gigi… saya pun mati akal nak pujuk macam mana.

Tengah malam dia on pc, cakap nak sembang dengan abah. Nasib baik 12.30 malam di Malaysia, 5.30 petang di Algeria. Buah hati dia di sana pun dah balik kerja.

Saya biarkan saja dia menangis tersedu-sedu di depan pc mengadu sakit dengan abah yang jauh 10,500 kilometer. Saya yang mengintai dari jauh pula yang terlebih meleleh air mata. Hati mak-mak macam ni lah…

Saya terjumpa petua sakit gigi di internet – Celupkan putik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.

Apa benda dijampi oleh sang abah di sana, off saja pc terus masuk bilik dan tidur. Bangun pagi ni semakin baik pula.   Bab  pujuk memujuk tahap lembut gigi dari gusi tu memang kepakaran abah ye….  mama pun tewas 19 tahun dulu!

Share video ni : anak bapa!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Azizuan says:

    video tuh dulu layan kat facebook..sangat best..

  2. kata orang gumam bunga cengkik untuk redakan sakit gigi, hati ibu mana yang tak tersentuh kalau tengok anaknya menangis.
    .-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.

  3. mokteh says:

    kalau sakit gigi boleh kumur ngan air garam
    tp subhanallah…memang sangat sakit lah masa kumur tu
    .-= mokteh´s last blog ..Finally at Home: Home Sweet Home! =-.

  4. tul la kak jie.. anak kecik saya pun rapat sungguh dgn abah die.. anak pompuan.. huhuuu..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..5 Sebab Peminat Liverpool Rela Dikalahkan =-.

  5. Flying Pixel says:

    anak abah~ =)
    .-= Flying Pixel´s last blog ..Im using Delicious! =-.

  6. daddy is always cool :mrgreen:
    .-= samdaddycool´s last blog ..Koleksi Tudung kanak-kanak =-.

  7. Ada satu lagi petua nak hilangkan sakit gigi. Tumbuk bunga cengkih dan letakkan pada gigi yang sakit. Jadi bius semulajadi 😀
    .-= imran´s last blog ..Cara memasukkan ayat Quran ke dalam Microsoft Power Point =-.

  8. So sweet! Anak abah yer.. get well soon dear! Kalau letak cengkih pun OK kat gigi tu.
    .-= ummumishkah´s last blog ..JL Bunch Cafe’s Giveaway =-.

  9. pisang bagus utk sakit gigi sebab kaye dgn pottasium:)

  10. ayat mengayat itu dah memang kepakaran kaum Adam, kan, kujie
    .-= klcitizen´s last blog ..di mana kan ku cari ganti =-.

  11. yonna says:

    hati ibu kan. mudah tersentuh T________T
    .-= yonna´s last blog ..Sinchan & Himawari =-.

  12. kesian mak intan…ops..kesian intan.hehehe
    .-= rumah kuning´s last blog ..Apala Makcik ni??? =-.

  13. dah 3 hari berturut2 dah cube call mak
    semua xsempat je nak cakap…
    .-= joegrimjow´s last blog ..ironman dan entry terakhir pasal buang bayi… mungkin? =-.

  14. denaihati says:

    Sakit rindu tu nampaknya cuti sekolah ni sekeluarga ke na pergi Algeria lah nampaknya.
    .-= denaihati´s last blog ..Aminulrasyid Amzah pergi dalam misteri – Al-Fatihah =-.

  15. huh!!!
    tiba2 terharu sekejap…
    hehehee
    .-= mie´s last blog ..:: iron man 2 on showing :: =-.

  16. kalau papanya tewas,mamanya???huhuhu
    .-= Mr Fathi´s last blog ..[Seram] Video klip arwah Achik Spin ada hantu!!!! =-.

  17. haishh…sayu plak baca anak kak jie mengadu pada abah yang jauh…sha paham perasaan tuh…
    .-= cheryna´s last blog ..sha: loaf of chocolate bread =-.

  18. wah…itulah kuasa kasih sayang ek..

  19. selamat hari pekerja kak kak jie~

  20. hahahhaa lawak sgt video tuh… manja sgt anak tu kan.. seluar anak dia koyak… erk..

    • bukan koyak..baju pesen mcm tu
      mmg seluar dia berbutang di tepi
      boleh buka untuk tukar pampers

      hehehe…. kena study bab keibubapaan ni

  21. kak jie ,lama lagi ke abah budak2 nih kat algeria?contract ye?

  22. Syafrizal says:

    wah keyboard tu ada perkataan F*** haha
    mesti stress gila kat office tu..

  23. kalau mama nya pun tewas..
    anaknya celah gigi je la..haha

  24. waaa~
    terharu amat ni~