Intan Dituduh Mencuri

Saya baru balik hantar Intan. Hujan pagi menyebabkan lalulintas agak sesak tetapi bukanlah hari-hari macam ni… Kawasan hulu tempat jin bertendang ni, jarang sangat sesaknya, kecuali ada kes-kes tahanan pusat serenti larikan diri. Semua penjuru ada sekatan jalanraya.  Dua tiga minggu lagi sesak le kot… Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor.

Rutin dah selesai, dalam perjalanan balik saya memandu santai sambil menyedut oksigen segar tanpa pencemaran. Sambil-sambil pasang Hot FM. Saya dengar radio waktu dalam kereta saja..

Sampai satu segmen ” Panggilan Hangit edisi Artis ” Mangsa kali ini Intan Ladyana pelakon filem Jangan Pandang Belakang. Jangan Pandang Depan Itu saja yang saya ingat atau drama yang saya ikuti. Edisi hangit pagi ini dibantu oleh  Fizo Omar ( kalau tak salah dengarlah ).

Intan dituduh mencuri barang kemas . Menagis-nangis dia menafikan. Siap ada ‘bomoh siam’ yang menelek secara ‘live’ di talian.”  sumpah demi Allah…i tak buat…..” huhuhuhu.  Beria-ia dia menangis.

Sedar tak sedar – entah bila saya dah sampai rumah siap parking dalam garaj tapi belum matikan engin.

Sedar tak sedar………saya pun sama  menangis sorang-sorang dalam kereta.  Pagi-pagi dah cuci mata.  aisshhh …. pelakon…pelakon!

psst! psst! jangan marah tau…bukan Intan anak Kak Jie!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. haaaaaaa…terkena “bacaan hangit” pagi ni…ekekeke.. 😛
    Jom terjah post menarik dari cikmin ..OST dan Lirik Lagu Bicara Hati – LenaMy Profile