iPhone Untuk Intan

Petang semalam ambil Intan terus singgah kedai telefon.  Bergetik dia depan kedai bila saja pintu ditolak.

“Intan nak yang mana?”

“yang tu…yang tu..yang ni…yang ni….” . Semua yang ditunjuknya berkasta tinggi.

” Sapalah yang akan jadi menantu malang mama nanti…dapat bini macam Intan”


Budak² tak boleh guna iphone – saya belikan ‘aipun’ kaler biru.  Sepanjang perjalanan balik bergedik tak habis².  Guna handphone  saya, dia snap gambar dan MMS kat Along.  Dari luar gate rumah tak dan nak buka kasut dia dah keloi “mak su………maksu tengok telefon Intan”.

Intan cèwi!

Pagi tadi selepas dia pergi sekolah, saya pun try belek²  function Nokia 1280 ni dan ternampak sms macam kat atas tu.  Huwaaaa………….:evil: mama tak reti nak baca!  Dengkinya mama dengan Intan. Ini bukan iphone zaman Flintstone ni.

Glossori

  • tak dan – tak sempat
  • keloi – panggil
  • cèwi – suka menunjuk-nunjuk

©kujie – ‘aipun’ Intan hanya rm 90 tetapi credit limit untuk line postpaid celcom dia rm 1000.  Saya bukan daftarkan nombor baru untuk Intan, ini adalah nombor telefon suami.  Sementara dia di luar negara – mungkin setahun lagi – Intan guna.  Handphone yang dulu dah rosak – off sendiri tanpa sebab.


About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Polisi: Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan oleh para pembaca. Setiap komen pembaca adalah tanggungjawab mereka. Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. ok la tu 18 thun.. saya lambat 2 tahun.. umur 20 baru pakai, itu pun nokia basic jer.. hahaa..

    mmg dunia dah byk berubah skg..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Harga Rokok NaikMy Profile

  2. intan skolah cina ke? waa… sms semua tak bleh nak bace. kene carik google translator ni. tapi macam mane nak paste sms tu kan. hehhe

    P/S: aipon pon… aipon la… itu dah besar rahmat sebab intan jenis menghargai nampaknye…
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Orang sembang- dia pon nak sembang… Amirul AminMy Profile

  3. syafiq.net says:

    yup memang bahaya. so kene belajar la kak jie :razz:
    Jom terjah post menarik dari syafiq.net ..Chromebird Kehilangan API Hit TwitterMy Profile

  4. Akhirnya dapat gak henpon, eh aipun baru untuk Intan, pasni nak kena belajar mandarin ngan intan aa plaks… :D
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Ini adalah nukilankuMy Profile

  5. ada lampu suluh tu yg special …hehehe :lol:
    leh cari remote econ bawah katil :lol:

  6. hahaha…enpon hubby kita pun sama mcm enpon intan…sbb asyik masuk mesin basuh akibat zaujah solehah dia ni asyik lupa nak periksa saku baju jeket cik abg…kah kah kah…
    Jom terjah post menarik dari epel ..Kasut rayaMy Profile

  7. tu la..masa iza dok cerita nak p China minggu depan tu
    dah teringat sms intan dalam hp baru dia
    tu yg dpt idea tulis entri ni..hehehe

    tapi p ngaji dulu :lol: makan nasi tomato lagi kt surau tadi

  8. sbb dia sekolah kt sjk(c)
    tapi susah gak..derang ckp kantonis
    kat sekolah belajar mandarin

  9. ada package rm 10 utk call mana2 nombor talian tetap tu..tapi sebulan guna adalah 2-3 kali je

  10. tunggu hp tu jadi rm 40 :mrgreen:

  11. itu yg bahaya nie

  12. semua anak kak jie sjk(c)

  13. ye lah..kalau kita pun
    bawa tidur…dakap erat2 :lol:

  14. Intan pun ada iphone ye hehe. Nampaknya sedikit remaja nnt, Intan boleh bercintun tanpa dapat dijejak mamanya hehehe.

    bagus
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Cerpen- iPhone 4 untuk isteri tersayang 2My Profile

  15. kami share gossip bersama lah..haha :lol:

  16. yang lama umur hp tu pun ‘sumbangan’ bekas orang
    bukan suka2 beli baru..itu pun yg murah kat kedai :lol:

  17. paling murah yg ada kt kedai, kita sesuailah
    tak kan nak yg lebih mahal dr mak dia guna pula

    aikk..tu dah lawan tokei :lol: :lol:

  18. Hohohoho. kena tanya mereka yang belajar mandarin tu kak jie. mana tau sms cintan cintun tu

  19. normallah………..kita pun nak keinginan nak yg best yang canggih

    semua orang ada nafsu

    tapi bila balik pada kemampuan dan keperluan – bila menewaskan keinginan

    kita dah menang di situ

  20. ada je telefon
    bkn guna sgt pun
    dia sekolah dari 7.15 pagi sampai 6 petang
    balik dan penat

  21. kak jie, saya pakai phone masa umur 18 tahun. haha

    dunia dah berubah dah sekarang =)
    Jom terjah post menarik dari joegrimjow ..Only In MalaysiaMy Profile

  22. wah bestnya dapat sms dalam bahasa cina, handphone tu walaupun rm90 tapi cantik

    mungkin saya akan beli satu untuk wife :)
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Orang lain pun nak cepat jugaMy Profile

  23. tak pe… kalau untuk mak2, cari yg skrin besar
    senang dia nk nampak sms :lol:

  24. RM 90 tu hp paling murah ada kat kedai :lol: hitam putih :lol:

  25. smart tepon niii. dah tgk ritu… ada jack audio 3.5mm…. pelik gak napa ada jack camtu.. rupanya ada radio…. pasni kalo beli leh dgr radio pasang earphone yg sedap bunyinyaaa… heeeee
    Jom terjah post menarik dari paeh ..Online Backup- File Sync And Sharing Made Easy With DropboxMy Profile

  26. nama saja untuk intan tapi sebenarnya nombor tel dah ade, hp lama dah rosak
    so..nak bagi dia seronok2…. :lol:

    line tel ni dah ada bertahun2 dulu
    tapi sbb suami kak jie tak ada, bagi kat dia

    esok abah balik, kena pulangkan semula tau.. :lol:

  27. bestnyer ai phone intan…….anak-anak sekarang bertuah :smile:

  28. pakai henpon itam putih je….bg saya,tak sampai lagi keperluan dlm hal enpon2 mahal ni…budak2…nk eksyen lebey…hehe(sekadar pandangan…)
    Jom terjah post menarik dari Fathi Zain ..Tiket konsert Maher Zain di Malaysia sudah sold out!!!!My Profile

  29. Yup……………. akhirnya ada orang boleh faham “ai phone’ intan tu :mrgreen:

  30. komen anonymous kat atas tu sy punya.. lupa nk masukkan data dulu sblm hantar.. huhu itu la lama sgt xtinggal komen kat rumah kak jie ni, dah terrrrrlupa… huhu :oops:
    Jom terjah post menarik dari syuhada ..google doodleMy Profile

  31. Anonymous says:

    murah2 telepon skrg ni ye.. sy pun tengah mencari satu utk mak sedara.. hehe :mrgreen:

  32. Ai dalam bahasa jepun masuknya sayang/cinta (rasanya bahasa cina pun sama)
    jadi Ai Phone Intan = telefon kesayangan intan.

    mesti dia sayang dengan telefon tu ..hehe
    untung intan boleh berbahasa cina..siap boleh sms bahasa cina tuuuu..

    apa pun, semoga intan memanafaatkan telefon itu sebaik mungkin..jangan bergayut je tau :)
    Jom terjah post menarik dari Faizal ..Hai ObatHai Obat Hai-OMy Profile

  33. la ni senang budak2 ada tepon.senang nk cari dia duduk kt mana. abis tusyen ka,abis kelas ka, tipon.xyah dok tunggu2 lagi dah.hihihi…
    Jom terjah post menarik dari anis ..UpaCaRa MenebukMy Profile

  34. salam kak..
    sama la anak daraku..
    henpon murah ni tak main
    la katanya..last sekali saya tak belikan
    senang tak payah berhenpon..nak
    mahal nanti kerja beli sendirik..he he :razz:
    Jom terjah post menarik dari zulkbo ..HIDUP SEORANG BLOGGER Meringankan Beban Blog Tip BloggingMy Profile

  35. Rasa macam nak kidnap Intan buh dalam beg. Nanti kat sana bleh suh dia tolong Iza pomot barang :mrgreen:

  36. Intan kecik² da pandai berbahasa cina..
    Saya yg nak meningkat tua ni baru nak blaja.. :oops:
    Kena blaja sebab ofismate semua chinese,sy lah satu²nya melayu..
    Nanti klu diorg bercerita apa² senang nak faham :lol:

  37. hehehe… telefon telekom da semakin pupus
    Jom terjah post menarik dari Jard ..Apabila ada orang cakap- Hey you! I read your blog!My Profile

  38. intankuterpilih says:

    INTANkuterpilih pon nak iPhone gak…tpi nak kak jie blanjer..hehehe
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..kesah gadis ghaibmenyeramkanMy Profile

  39. syafiq.net says:

    waaa ini macam dia tulis apa pun mak dia tak tahu :lol:
    Jom terjah post menarik dari syafiq.net ..Chromebird Kehilangan API Hit TwitterMy Profile

  40. sebenarnya tu nombor talian suami kak jie
    sayang nak potong, nanti kalau dia balik nak guna lagi
    sbb tu bagi intan guna….
    sebenarnya tak de guna byk man apun
    dia sms kawan sekelas tanya homework

    dia guna ke tak, talian tetap bulanan tetap kena bayar

  41. klau ikut kan adik zqah yg sama umur dengan intan pon nak handset tp ummi x bagi agi ..
    kak jie sporting sbb bg dah ke intan pakai tepon ;-) kak jie x belajar etek ke bhs cina dengan intan ? hehehe
    Jom terjah post menarik dari zqah ..Contest Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010My Profile

  42. maksudnya – line nombor telefon intan , dia ada credit limit rm 1000.

  43. afiq aiman says:

    intan sekolah cina ke…wah jelez..sy nak jugak belajar bahasa asing ni…senang sikit hidup
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..Kelebihan Guest PostingMy Profile

  44. hohoh RM1000 untuk line postpaid :D
    Jom terjah post menarik dari Melz ..Kenapa Kau Tak Tegar Berblogging MelRomeoMy Profile

  45. denaihati says:

    bestkan kalau tau bahasa cina dulu faham sebab masuk kelas 2 semester tapi lepas bertahun tak practise hancusss semua
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Makan Malam Perdana Menteri Bersama Rakan OnlineMy Profile

  46. wahh..new word Bb belajar ni cewi..best tu intan pandai chinese yer ;)
    Jom terjah post menarik dari Bb Hussain ..Maher Zain Schedule in MalaysiaMy Profile

  47. sekali sekala intan nak cewi apa salahnya kak jie..owh dapat handphone free walau berapa harganya, sungguhla eksaited, jadi wajib cewi… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Aku kembali!My Profile

  48. habis la mama lepas ni hahahaha.kang intan dok wo ai ni dalam tepon, mama taktau =p hahaa
    Jom terjah post menarik dari yonna ..Kalaulah…My Profile

  49. wah2…handphone baru tu :)
    Jom terjah post menarik dari Azrul ..Live Blogging- SLV ku diservisMy Profile

  50. hehe.. “aipun” intan lawa.. bagus juga kalau anak-anak pandai cakap dan tulis cina ni kak jie, satu kelebihan bagi mereka.. saya sendiri pun tak reti nak cakap/tulis bahasa cina ni..
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Breast Cancer Awareness MonthMy Profile

Titipkan Sebaris Kata, Bukti Kehadiranmu:

CommentLuv badge