Kejutan Hari Ibu

Hari ini berlalu seperti biasa.  Hanya saya berdua dengan Intan.  Masak makan tengok TV main pou!

10:45 malam – selepas selesai tengok movie special mother’s day di saluran 702,  check semua pintu, tingkap , kipas dan lampu dimatikan.

Selepas gosok gigi cuci muka, keluar dari bilik air baru terpandang beg hadiah di tepi katil.

Owh… memang suuuuuurpriseeeee!

image
Hadiah tu bukanlah sesuatu yang istimewa tetapi keadaan yang berlaku buatkan ianya sangat bernilai.  Tak terduga dan tidak terjangka.

Nota : hantar SMS dan WhatsApp tak berbalas, Intan dah lena kot.

Sewaktu dia berumur 4 tahun, intan pernah bagi saya lukisan kad ucapannya Kad Ucapan Hari Ibu DIY

Nota : Tak perlu wish apa, ramai yang mengatakan ianya haram.  Intan bagi kad dan hadiah mungkin dengan niat mengembirakan hati saya.  Kesian dia….

25 Replies to “Kejutan Hari Ibu”

    1. Ada ke org sengaja nak pilih hari.. contoh..eh! Hari ni hari Rabu, tak nak doalah… sebab kalau anak yg baik dia buat tiap hari dan ada juga anak yg langsung tak buat.

      Entahllah..saya tak tau doa orang lain tapi entri ini hanya cerita satu kejutan yang mengembirakan seorang ibu. Ini perkata positif dan perkara baik yang boleh dijadikan confoh untuk mengembirakan seorang ibu ( diri sendiri rasa..ibu lain mgkn tak suka )

Comments are closed.