Ketika hidayah menyapa

Selalunya balik dari sekolah sepanjang perjalanan tu ada saja cerita² terkini yang dikongsi.

” Mama…. hari ni Angah dapat hidayah
Glup! nasib baik tak tertekan brek mengejut.

Terpesong jauh sangat ke anak saya ni? Rasanya lepas saya hantar dia ke Kem Smart Al-Quran di Darul Quran Nurul Hasanah, kerap saya lihat dia menjadi imam solat bersama Intan. Cool je kan tengok abang jadi imam solat bersama adik perempuan. Itu pun siap diugut.. ” Intan dah 10 tahun tau, kalau tak solat dah boleh rotan”

Nur Hidayah anak sapa pulak ni Ngah?

” Mulai hari ni, Angah nak belajar sungguh²… tadi cikgu BM Angah cerita macam²…bla…bla…bla…..budak kelas pandai tak semestinya dapat….kalau main tak belajar…bla…bla….”

” Apa yang cikgu cakap sama tak dengan yang  mama selalu cakap?”

Perlahan saja dia bersuara  ” a’aha…..”

©Kujie ~ nasihat cikgu hidayah namanya, kalau mama berleter katanya!


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

“Hari ni best sangat PJ…lama tak main bola best macam ni….”

“Sebelum ni tak best la ye…Ngah?”

” Semalam hujan……..main bola kaki ayam…mcm  ice-skating”

Sampai rumah, saya keluarkan t-shirt  dan tracksuit  sukan dia untuk di cuci. Nak pengsan tengok t-shirt putih bertukar oren.

kotoran-degil

Selepas semalaman rendam dan sental berpeluh ketiak, corak-corak abstrak yang melakarkan maksud tersirat seperti mengejek kegagalan tugas seorang surirumah!

Boleh ke saya saman syarikat pengiklanan sebuah produk sabun basuh yang mengajar anak² bermain lumpur didalam hujan kerana saya telah membuktikan produk mereka 100% gagal?

©Kujie ~I don’t need valentine’s day to make me feel special b’coz you have made me special in so many ways everyday…muaaahhhh….!!!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. 😀 tersenyum saya bila baca ayat ” nasihat cikgu hidayah namanya, kalau mama berleter katanya” agaknya nnt anak saya pun mcm tu jugaklah…

    Fikriahs last blog post..Sambal Petai

  2. budak2,bila cikgu cakap smua betul..hahaha..so cikgu2 selalulah bercakap perkara yang betul..kalau tak nahas lah kamu… 😛

    izzahs last blog post..Manusia,Khalifah,Amanah & Tanggungjawab

  3. Suspens je dak Angah ni tau. Ingat dpt girlfriend tadik! :mrgreen:

    intans last blog post..Macam-macam cerita…

  4. standardlah kak jie, apa cikgu cakap semuanya telan, itu menandakan cikgu cikgi kita masih sangat2 dihormati. kat rumah ni kalau kita cakap “buat macam ni”, depa akan cakap, “bukannnnn, cikgu kata tak boleh buat macam tu” depa ingat mak depa ni tak pernah pi sekolah kot.

    saya pun pernah ingat nak komplen je pengeluar dynamo mak nenek semua tu, bila datang kepada baju2 sekolah anak-anak semua sabun tu tak jalan. ingat kecik2 dulu mak pakai sabun cap kapak, hilang color oren kelabu bagai.

    zanys last blog post..Sekali Sekali Nak Yang Baru

  5. jom kita saman ramai2…
    memg sume kata leh cuci smpai bersih tapi hampeh.. 👿

    Callisters last blog post..Caprice – Fantasy Girl Download

  6. owh.. iklan tu ka.. saman je kakjie. mesti menang 3 juta punya.. hehehe..

    sedih ceq baca noh.. seperti mengejek kegagalan tugas seorang surirumah! sian kakjie..

    ams last blog post..1000 Follower Sehari Dengan Twitter!

  7. salam, hoho nasihat ngn berleter definisi yg same tapi oleh orang yg berbeza… hohoho cam adek wex… ckg mengajar bleh plak dgr je, klu wex yg ajar bleh plak bukak forum perdebatan…

    saman je syarikat sabun tue… tak pn kak jie wat je iklan lain, membuktikan syarikat tue menipu semata2….

    wexeedas last blog post..Wizda with Wish List

  8. nih kotoran betul2 degil dah ni kak jie.. tak dapat diselamatkan hehe :mrgreen:

  9. Laaa ingatkan hidayah apa tadi. Hehehe … serupa tapi tak sama la tuh.

    DeeNs last blog post..BeRaS WaNGi

  10. Cikgu Nurhidayah tu dah kawin ke belum>???
    he he he

    zools last blog post..Jambu Air yang sedap

  11. Sental syarikat sabun tu… kawan sama-sama meniaga pernah cakap, “kalau tak tipu, tak meniaga namanya”…. (betul ke?)

    …Hidayah… memang saspen gak .. 🙂

    samdaddycools last blog post..sunbaby ke sun babi

  12. Agaknya, masa tu Jie dah siap calculate duit hantaran dah ek? He he he… sabar aje aku.
    Isy, bahaya imam main ugut ni. Tapi ugut sunat (sama cam tipu sunat. Ada ke? He he he) tak apa kot!!!
    Anyway, tu baru oren, Jie. Belum lagi hitam berdaki. Teman bercakap pasal pengalaman membasuh baju sekolah adik-adik lelaki teman. Adeh… sakit jiwaku melihat baju dia orang yang dah bertukar kaler.

    ODs last blog post..Tak Akan Ku Jejakkan Kakiku Lagi Ke India!!!

    • @OD, ugut adik beradik utk kebaikan, tak pa le tu
      dia tau sbb rotan2 mgkn masa ustaz bercerita perihal Rasulullah SAW yg memerintahkan anak kita yang sampai umur 10 tahun kalau tak mau solat, boleh dipukul/dirotan.
      tu yang dia ugut adik dia tu…sbb thn ni intan dah 10thn.

      hehehe…oren tempek kat situ…byk pula tu
      mmg sah sah kena beli baru…
      sabor erk…opah
      jgn marah2…nnt tak anggun! :mrgreen:

  13. kesiannya…ala kak jie, bebudak macam tu la. terutama sekolah rendah. tapi masih mudah nak dibentuk. memang pun, kekadang ada parent masa ambik LKAP/buku laporan yg minta cikgu bagi ‘hidayah’ kat anak2nya sebab dah penat bagi nasihat macam2. apepun…jangan putus asa. teruskanla kerja2 keibuan tu. sebenarnya, kadang tak semua apa yg cikgu sampaikan di sekolah pun mrk terima semuanya. yg penting, jalankan amanah itu…betul tak.

    cikguzues last blog post..Teruskan boikot

    • @cikguzue, samalah…kalau bapa tegur
      cakap sekali je..terus masuk dlm kepala
      kalau mak…..hari2 tegur benda yg sama pun..
      ambil mudah
      tapikan…. mmg mcm tu la
      sapa pun… 😆

  14. bila dah besar nanti baru Angah akan faham kenapa mama berleter…

    Lan Bingkas last blog post..Keunikan Anak Betong

  15. tu la… sapa suruh percaya sangat pada iklan… semua tu temberang je…

    divas last blog post..PASTIKAN ANAK TIDUR DULU….

    • @diva, tak caya pun
      tapi itu le sabun yg rasa2 power sikit
      wahhhh……….kita pn nk baju sekolah anak2 kita putih melepak 😆

  16. baru nak tanya pasal sabun2 yang kata handal lah sangat.. kat sini pun sama gak.. kalau dah kotor sikit pun takleh tanggal.. ini pulak kotor selut tanah cam tu kan.. takkan lah nak clorox hari2.. reput la baju..

    Neezas last blog post..Kisah buah kemunting dan akar lalang

  17. cun n simple gambar pokok tuh. 😀

    hidayah ye…. la nie tak perasan ke segala mcm ckp cikgu, mak kat umah tu hidayah?? ngahahahaha….

    skema gile la angah! tah mane la dia dpt perkataan hidayah tu. baru terbaca dlm kamus kot kak jie. ekekekeke

    tang sabun basuh tu… mmg tak pecaya pun kak jie. penah gak try. idoknya hilang. sembur ngan ala2 clorox baru la hilang. harap sabun tu je mmg la ade jek kale kunin tuh. 🙂

    sila2.. saya sign sekali. hehehe

    Zanas last blog post..New Accessories!

    • @Zana, kak jie mmg suka theme simple, putih dan hijau
      ada byk theme lain, tapi berkenan yg kaler mcm ni
      yg simple mcm ni juga

      itulah zana…. terpegun dengar perkataan hidayah tu

      yg ni rendam clorox pn tak mau hilang
      kotoran degil kuasa dua :mrgreen:

      hehehe….ibu2 dh dtg

  18. opss.. lupe. anonymous kt atas ni saya. hehe

    farah aucklands last blog post..Gaun pengantin – –

  19. comel je anak kak jie tu. haha. mmg cool. bkn semua org sanggop jd imam ni :mrgreen:

    ececeh romentik la kak jie ari ni. 😛

  20. suke dgn ayat yg kaler pink tu. 😎

    semoga hidayah itu berkekalan dihati..

    baiduris last blog post..Suara di corong radio

  21. Aha! Tie tak jumpa lagi sabun yang macam dlm tv tu…..maksud Tie yang boleh magickan baju jadi baru!!

    Anak2 Tie masuk PMSM, sekali tu terkena bontot kuali masa buat camping…..setelah 2 hari 2 mlm berendam dan memberus, akhir sekali masukkan je dlm En. Tong Sam Pah !!

    Ties last blog post..Rashid……..Rashidah

    • @Tie, ha ha ha…. jgn beraganlah Tie
      tak kan jumpa punya….
      tu rasanya t-shirt sekolah tu kena buang gak tu
      mcm mana nak pakai….dah kotor mcm tu

  22. haha.. ada pulak berleter katanya..

  23. saman je syarikat tu.. kalau menang nanti zino pun nak saman sama.. baju si hazwan tu hari2 macam belacan.. penat sental tak putih melepak pun macam iklan tu hehe

    zinos last blog post..Sepatutnya….

  24. salam..wahhh bagusnya program tu..semoga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah

  25. aku ingat dpt girl frend nama hidayah…