Macam Cerita Cina Pukul 6

Ingat kawan Intan Ah Fee dalam entri Muka Macam Musang… Hari ni dia datang buat homework sama² dengan Intan.

Saya yang memandu menjemput dia  datang ke rumah – mereka belajar bersama dan sesekali mengadap komputer bergelak ketawa bersama.

Bukan senang nak dengar Intan bercakap Mandarin.  Kalau kawan dia telefon , dia lari bawa telefon menjauh supaya kita tak dengar apa yang dia bualkan walaupun  sepatah haram pun kita tak faham.

Saya sanggup memandu ambil kawan Intan di rumah dia supaya mereka  tidak terlepas untuk merasai keseronokan zaman kanak² yang serba ekpress dan tidak kekok bergaul dengan rakan² dari bangsa lain di luar pagar sekolah.

Nak biarkan pergi sendiri , risaukan keselamatan. Zaman saya bebas, selamat untuk keluar bermain di mana-mana ceruk kampung.

©kujie – sorang lagi sampai…. dah 3 gadis sunti 1Malaysia.  Pok pek pok pek riuh pula macam dulu² layan cerita cina pukul 6 petang.

EDIT :

Masa pergi hantarAh Fee balik, saya tanya apa tips yang Intan bagi kat dia ( dulu kan dia pernah tanya mcm mana cara nak rapat dgn emak sebab Ah Fee ni tak rapat dengan mak ayah dia, jenis tak banyak sembang sesama sendiri )

Intan suruh dia cerita dengan mak dia  aktiviti kat sekolah, contoh

  1. cikgu kelas mengandung lagi, hari ni 5 kali dia muntah
  2. cikgu math  gemuk suka pakai skirt pendek, geli nak tengok
  3. semalam kena rotan , salah satu spelling
  4. dapat 6 biji gula-gula, menang kuiz dgn kawan

opss… bergossip pasal cikgu je budak² ni… Intan dah jadi kaunselor rakan sebaya.:lol:

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. alhamdulillah kalau begitu..
    saya pula pernah melihat seorang murid bukan melayu menawarkan burger daging **** pada seorang murid Islam..
    ngeri rasanya.. nasib baik saya nampak..
    sedangkan itu sek sk tapi peratus bukan islam melebihi..
    itu yang buat saya pk byk kali.. last2 biar anak ikut saya jer..

    sekadar meluahkan… maaf jika tak kena..
    Jom terjah post menarik dari isza ..TerlajakMy Profile

  2. Dulu main lebih dan bermacam2 ragam mainnya..sekeliling kampung

    sekarang terhad….

  3. hehehe..sama je budak berdua tu pun
    mengadap ps lebih lama dari mengapat kerja kat meja

  4. betul betul betul..masa dulu tu hanya ada tv2 dan tv3 je untuk cerita cina pukul 6 😆

  5. sekarang…anak lepas tak nampak kelibat dah risau
    agaknya sebab tu ramai yg tak ramai anak 😆

  6. Yang pergi sekolah agama pagi dan petang pun kalau tak ‘jadi orang’ tak jadi juga

    yang merempit, bosia segala bagai tu…rasanya dulu tiap petang pergi sekolah KAFA

    cuma berhati2 je lah..mana2 pun kita belajar- ada kurang lebih dimana2

  7. sama je ni pun…. buat keje sekolah kejap je
    main je lebih
    tapi kalau depan mata, biar kan je 😆

  8. ikut mak dia suka pok pek pok pek 😆

  9. Makanan adalah apa yang kita latih diri kita nak makan, bukan dipaksa makan oleh orang lain.

    Di sekolah Intan, meja makan di kantin diasingkan untuk pelajar Islam. Maksudnya pelajar bukan Islam tak boleh gunakan meja tersebut.

    Ada ustazah dan belajar Pendidikan Agama Islam.

  10. ada kawan saya sebelum jadi guru dia praktikal kat sekolah cina..mula2 masuk tu memang dia dengar je budak2 dia ngumpat pasal dia depan2 lagi..dalam 2-3 minggu lepas tu baru dia tunjuk skill boleh berbahasa cina sebab dia sekolah cina dulu..ternganga je masing2 budak2 kelas tu..bila dah tau masing2 tak berani nak ngumpat depan lagi.. 😉 dah boleh jadi geng pulak..

  11. ahmadhaikal says:

    wahh..pandai cakap cina. hebat!
    Jom terjah post menarik dari ahmadhaikal ..Work like tomorrow was goneMy Profile

  12. cayalah intan pandai berbahasa cina. kak jie hantar sekolah cina ke?

    saya nak suma anak saya pandai berbahasa cina tapi tak sanggup hantar sekolah cina.takut dari segi makanan
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Tips Diet-mengapa tak boleh makan buah ketika diet sd2My Profile

  13. muhammad fakhruddin says:

    Kak Jie, Intan boleh jadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) gayanya 😉
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Penunggu Bernama BukuMy Profile

  14. penhitam says:

    sekarnag, kalau nak bagi anak-anak keluar rumah, memang takut punya. takut kena colik lah, takut kena rogol la..takut eksiden la..dulu..lepas aje anak..tau la dia balik sendiri nanti..

  15. uiikks..
    Intan ada bakat jadi counselor tu..
    elok masuk kelab PRS.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Dressar merawat dari kakiMy Profile

  16. zaman sekarang ni kak jie, anak-anak sememangnya perlu dipantau..
    banyak anasir2 tak sihat boleh menghantui anak2 kita..
    baik berwaspada sebelum kena.. 🙄
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..20 gerai makan musnah dijilat apiMy Profile

  17. adanya ibu yang prihatin memang seronok..ibu yang memahami. 😀
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..20 gerai makan musnah dijilat apiMy Profile

  18. Perangai Intan tu sama je dengan perangai anak-anak Tie. Selalu juga geng mereka datang rumah buat homework,project sekolah dan berlatih chess.

    Dan tiap kali balik sekoloah ada je cerita pasal rakan2 dan guru2nya… Kita mak-mak ni jadi :mrgreen: teruja nak sekolah semua, hehe..

  19. awasi ank anda ketika banjir.jauhi pemerdagangan org
    Jom terjah post menarik dari mijae ..aku terima nikahnyaMy Profile

  20. zaman skolah, crite pasal cikgu memg jadi topik hot.. 😆
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..Watak Curiga Pencuri Di KampusMy Profile

  21. hehehe…pandai nye.siap bergosip pasai cikgu2 kt skolah.

    jgn btaw cikgu dy sudah…hek3
    Jom terjah post menarik dari anajoe ..Kerja Part Time Sebagai PelayanMy Profile

  22. Assalamualaikum,
    Untung Intan, kecik2 lagi dah jadi kaunselor. Lagi untung bila mama Intan tolong pi amik kawannya untuk belajar sama0-sama.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Ngendap si Ensem Walkswagon MerahMy Profile

  23. denaihati says:

    anak-anak ni ada dunianya sendiri seperti kita kecil2 dulu tapi kesian anak2 sekarang dikawal dengan bermacam undang2.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Top 10 Richest Malaysians 2011My Profile

  24. sabahbloggers says:

    Sekarang ni Malaysia dah kurang selamat dah.., dulu kecik2 jalan2 kat kampung semua hutan jer, paling teruk pun kena gigit ular…. 😀 😀 😀
    Sekarang ni kg pun dah jadi bandar, takut kena gigit binatang lain plak….. 🙁
    Jom terjah post menarik dari sabahbloggers ..Google Profiles new interfaceMy Profile

  25. teringat zaman2 study skolah dulu….. tapi tak study pun hehehe..

    Betul lah, zaman dah berubah… skrg ni budak2 perlu diberi pemerhatian yg lebih dari masa kita budak2 dulu….
    Jom terjah post menarik dari URY ..Kambing di Hutan BatuMy Profile

  26. mak saya dulu pun macam kakjie..
    klo nak study suruh kawan dtg rumah..
    lepas tu kami study dalam bilik..
    lompat-lompat atas katil double decker.. 😀
    Jom terjah post menarik dari isza ..Membusuk dalam diamMy Profile

  27. dulu petang2 memang banyak citer cina best..
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Melukis dengan cahayaMy Profile

  28. Sir Marcello says:

    part “Zaman saya bebas, selamat untuk keluar bermain di mana-mana ceruk kampung.” tue ada kebenarannya…skang nie macam2 kes…tak leh lali langsung~

  29. Bagus kalau boleh berbahasa Mandarin dengan baik. Orang dahulu cukup takut hantar anak-anak ke sekolah Mubaligh Kristian seperti Maxwell, Victoria Institution kononnya anak akan diKristianatikan.

    Perlu ingat anak-anak kita melanjut penjajian institusi di negara barat boleh pula terima 🙂

  30. reezluv says:

    tetibe plak rasa rindu ngan zaman sekolah..huhuhu

  31. Teringat masa sekolah dulu²,rajin pergi rumah kawan untuk study..
    Kononnya la..
    Belajar sejam tapi main 2 jam.. 😆
    Intan belajar elok² ye :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Happy Birthday YiyingMy Profile

  32. Mrs.Ayie says:

    Wah, bertuah Intan. Mama sanggup ambil kawan-kawan.

    P.S Dah lama tak tengok drama mandarin. Dulu hantu segala hantu drama mandarin
    Jom terjah post menarik dari Mrs.Ayie ..Lihat- tulis- baca- dan renungMy Profile