Mati Setem Perjanjian Pinjaman Pelajaran MARA

Bila cuma dapat update blog melalui phone memanglah saya sangat sibuk.

Balik dari Terengganu terus kena selesaikan surat Perjanjian Pinjaman Pelajaran MARA Angah. Dia tak sempat nak buat,  ada kelas dari pagi sampai petang. Anak orang lain pun sama je kot… urusan waktu pejabat sedangkan dia perlu ada dalan kelas waktu tu.
image

Beli Setem Hasil RM 10 di Pejabat Pos, lepas tu ke Pejabat Daerah untuk mati setem.

image

Pergi Darul Quran KKB jumpa biras saya untuk tandatangan bahagian saksi ( Pegawai Kerajaan Kumpulan A) dan lepas tu ke Suruhanjaya Sumpah saksi penjamin. Kemudian akan ke pejabat majikan suami di Taman Sri Hartamas untuk pengesahan majikan.

Suami saya balik dari Terengganu melalui bas untuk urusan penjamin. Malam nanti balik semula ke sana. Waktu Along dulu, suami di Algeria dan adik ipar saya yang jadi penjamin.

Nota : dulu-dulu kita uruskan sendiri je kan…..

Posted From My GT-i9300

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saya dah lama tak buat benda2 macam ni. matikan setem. sebiji dokumen tapi under JPA. hihi.
    Jom terjah post menarik dari Blog Amir ..Cara Jadi Ahli Shaklee dan Cara Memulakan Bisnes ShakleeMy Profile

  2. memang banyak proses untuk melanjutkan pelajaran, pernah buat masa anak nak masuk UIA dulu, beli stem dan pergi ke pesuruhjaya sumpah untuk matikan stem….
    kesian kadang-kadang anak-anak kita kurang arif benda nie….kita ler kena lakukan semua……
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Klinik Kesihatan TengkeraMy Profile

  3. di kg saya hanya boleh dibuat di LHDN je kak… tak payah beli setem pun…diterus cop setem hasil.. cepat je prosesnya.. masih sama masa saya 16 tahun dulu dan masa adik saya baru-baru ni..

    zaman skrg ni ramai anak2 terlalu bergantung dgn org tua walaupun boleh buat sndiri kak..
    Jom terjah post menarik dari rozita ..Bdaman? Argggghhh…menyampah betul la!My Profile

    • 3 tahun dulu pergi mati setem kat LHDN, paling dekat nun… 50 KM juga
      Pejabat Daerah dekat sikit..dlm 15-20KM
      lagi pun mmg nak ke arah tu..ada urusan lain

  4. Kalau tak de pinjaman ni susah juga anak-anak kita nak sambung belajar sebab kos belajar sekarang boleh tahan ….

    Tapi sedih pulak kepada yang tak nak bayar hutang belajar dengan berbagai alasaan … ilmu dah dapat tapi hutang tak nak bayar … berkat ke ilmu tu? berkat ke rezek itu??
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Terkejut 73% usahawan IKS Malaysia buta ICTMy Profile

  5. Saya apply pinjaman MARA untuk master saya. Memang terpaksa ambil cuti sehari sebab banyak benda kena uruskan selain matikan setem.
    Jom terjah post menarik dari Zali ..Kuala Lumpur International Jazz Festival 2013My Profile

  6. bertuha dapat mak yang prihatin..hu3..saya dulu semua benda kena buat sendiri
    Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Minda Kita Mudah Di Brainwash?My Profile

  7. ehh..maknya yang buatkan ker??
    Jom terjah post menarik dari titan ..Jobdirumah Payment – Kali ke 60My Profile

  8. Lama dah tak buat benda2 ni…nak2 matikan setem tu…

    Agaknya, macam manalah ibubapa yg tak berkenderaan, nak terjah satu2 pejabat ni…oh!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Ibu Tersalah Makan, Bayi Sakit Perut?My Profile

  9. semasa wife hendak berpindah tempat kerja hari tuh , ada juga temankan dia uruskan bab2 matikan setem nih…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Hari Ini Genap 35 BulanMy Profile

  10. teringat masa belajar dulu..
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Kehijauan Sawah Padi Di Tengah Kota Sesuai Untuk FotografiMy Profile

  11. Dulu pernah buat benda ni..tapi tak ingat masa bila dan macam mana cara dia..dah tua2 ni lupa dah.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Berhibur Di Pantai Hiburan RompinMy Profile

  12. Teringatkan semada di kolej ada buat pinjaman MARA. Lega sudah lama langsai pinjaman.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..ez Sh@re Wifi SD Card mudahkan proses pindah gambar kamera DSLRMy Profile

  13. Jika di Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat “mati setem” kena pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Hentian Kajang. Mereka2 ingatkan masih lagi boleh buat di Pejabat Daerah walhal jabatan ini hanya menumpang seketika.

  14. penah sekali je urusan ‘mati setem’ ni
    masa beli rumah kalau tak silap
    kelakar je sebut mati setem, mana dorang dpt idea letak nama tu
    Jom terjah post menarik dari irfa ..Speechless, Makanya Takde TajukMy Profile

    • he he he…. pernah ckp, kena nak mati setem..dah beli tu beli je lah, kan dah bayar cukai kat kerajaan.

      rupanya kena mati kan setem sebab untuk elak diguna sekali lagi…

      kalau macam tu kenapa tak cop mati kat pejabat pos aje

      erk..soalan tu tanya sendiri dan tak ada jawapan….
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tanda Saktah Berhenti Seketika Dalam Satu NafasMy Profile

  15. Mak saya Pesuruhjaya Sumpah. Dulu kakjie penah jumpa kan :p
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Busuk.org Memperkenalkan Sistem Baru – AutopingMy Profile

Trackbacks

  1. […] * Acik ni pun ada pengalaman matikan setem ni tau! Mati Setem Perjanjian Pinjaman Mara […]