Perkara Yang Tak Disebut Dalam Khutbah Terakhir Rasulullah.

“Angah jalan kaki sampai masjid ke?”
“a.aha…” pendek saja. Maklum berpeluh² mukanya baru muncul dari pintu.
“pergi dan balik?”
“a’aha…”
“tak berselisih ke dengan orang lain yang naik motor atau bawa kereta?”
“ada….”

Tak apalah Angah – Allah dah janjikan ganjaran tiap langkah menuju ke masjid. Orang lain tu dah banyak pahala amal ibadat mereka sebab tu masing² nak pergi masjid bersolat Jumaat. Dia orang nampak ganjaran pahala solat Jumaat saja, pahala tolong orang yang sedang berjalan berpanas lebih 1 kilometer tu tak ada dalam kitab.

Dalam ‘khutbah terakhir Rasulullah’ tak disebut perkara ini. Dalam ‘amalan sunat pada hari Jumaat’ tak disuruh buat perkara ini.

Bukan nak salahkan sesiapa, cuma saya tulis entri ini untuk kawan² yang singgah ke blog ini.  Berbuat baiklah setiap masa apalagi dalam perjalanan menyahut seruan’ Hayya Alal Falakh ( marilah menuju kejayaan)

50 Replies to “Perkara Yang Tak Disebut Dalam Khutbah Terakhir Rasulullah.”

  1. kadang2 tu masalah kita kan 😀 mungkin kita ni bersifat majoriti. tapi kalau kita jadi minoriti kita akan bantu sama2 kita.

    p.s theme baru 😀

  2. tak silap..itu betul

    dah tak juga silap malah berganda lebih baik kalau kita mengoferkan diri menolong org

    ganda2nya – menjadi contoh kepada anak muda tersebut ( angah 16 thn )

  3. ramai2 mmg susah sikitlah…. faham orang lain dgn keadaan tu

    tapi sorang2..jalan dari satu lorong ke arah yg sama..masing2 menuju tempat yg sama, jalan yang sama sebab kt sini ada satu jalan tu saja ke masjid..tak kan tak perasan kot…

  4. itu dah bab tinggi..bab kebergantungan kita pada Allah..macam kita cakap rukun iman – percaya kepada Allah tetapi setakat mana kepercayaan kita tu…. kalau masih was was dengan janji2Nya

    itu tahap2 iman seseorang..susah nak cakap

  5. kita yg dewasa ni patut jadi contoh buat baik dgn anak muda…. silap sikit je mesti keluar ayat ‘ itulah budak budak sekarang’

    tapi apa yg kita bagi contoh pada budak2 tu?

  6. betullah tu…. dah dijanjikan setiap langkah
    tapi tak kan kita yang sihat segar bugar ni tak mau tambah ganjaran yg disia2kan depan mata… 😆

  7. mak mak selalu dia nampak benda² ni… hal hal dalam masyarakat itu membentuk masyarakat Islam yang baik. Ramai cuma ingin tambah pahala dgn ibadat zahir saja…yang nampak

  8. orang nampak ibadat zahiur saja spt solat, puasa atau haji
    sedangkan bab ibadat juga ada urusan dengan masyarakat

    dulu masa anak2 sekolah rendah – kak jie p hantar, tunggu …bawa balik..

    dah umur belasan tahun ni, kak jie suruh dia jalan kaki je

  9. itu yang kita perlu tanamkan pada diri sendiri dan supaya menjadi contoh kepada generasi muda – bila dia tengok…. waktu lain, ketika yang lain..dia akan buat apa yg pernah dia tengok

  10. itulah masalah kebanyakkan kita

    takut nak buat baik tapi tak segan nak buat maksiat…hehe

    bab org hargai ke tidak pertolongan kita tu…kan lebih baik bila kita tolong, kita lupakan kebaikan yg pernah kita buat

    jadi bab dihargai ke tidak tak akan timbul 😉

  11. kita berbalik pada diri kita yang dewasa

    ada 2 pilihan

    1. biarlah budak tu berjalan – lagi banyak langkah lagi banyak pahala. Biar dia dapat pahala tu…

    atau

    2. baik aku tolong tumpangkan budak ni… selain dpt pahala jumaat dapat juga pahala berbuat baik, boleh jadikan contoh untuk anak muda ni , merangsang minat remaja ni nak ke masjid , menjadi contoh pada orang lain

    atau………

  12. Nak tolong tapi segan. Takut dikata nak tunjuk baik. macam mana tu? Dah ditolong tak hargai bantuan tu. macam mana pulak?

    p/s : saje jer bagi soalan ni.
    p/s/s : setiap langkah ke masjid akan menghapuskan satu dosa di masa lalu.

  13. ada pengalaman masa belajar di teknik gombak dulu 😀

    tapi jalan ramai2 tak rasa penat sangat. dan kalau ada orang nak tumpang pun tak mahu sebab nanti rakan2 lain kata apa pula 🙂

    p.s kenapa saya nampak plain html dengan tiada sebarang css ni?
    saya guna firefox

  14. saya xde pengalam ke masjid jalan kaki jauh2..tapi arwah emak pernah tumpangkan anak2 jiran yg jalan kaki balik solat jumaat.kadang2 dalam berhati2, kita terlupa org yg memerlukan kan?tapi bila fikir balik, niat kita baik, dan Allah takkan hampakan hambaNya yang nak buat benda baik, kan..so kenapa kita perlu TERLALU risau dan takut?

  15. dolu2 di zaman maza muda belia kanak2 riang ribena maza pergi masjid utk solat Jumat juga berjalan kaki.. bukan 1 kilometer.. tapi 3 kilometer dari rumah.. hahahaha

    tengahari terik terhencap-hencap berjalan dengan adik.. kekadang dapat tumpang, kekadang berhenti dua tiga kali berehat di bawah pohon rendang sambil merenung tajam ke dalam ban (taliair) kalau2 air itu boleh bertukar menjadi air sirap! hahahah

  16. Betul tu, kekadang terasa seperti masyarakat zaman canggih ini tidak berapa prihatin, individualistik. Pengajaran dari solat berjemaah, masih belum terpahat di jiwa individualistiknya.

  17. Pada pandangan saya, keadaan sosial sekarang byk membuat kita menjauhi kebaikan.. e.g. takut nak offer orang naik kereta kita untuk ke masjid sebab banyak kes kita tolong orang kita pulak yg kena rompak dll lagi… Memang betul kita lakukan kerana Allah tetapi kita juga harus berhati hati dan beusaha menjauhi perkara2 yang ditakuti…

    well, itu cuma pandangan saya… 🙂
    Jom terjah post menarik dari papabear ..What ate my CboxMy Profile

  18. tu r bila belajar agama n beramal separuh2 kan.. kan byk sebut lam quran n hadis tuk mengasihi saudara seagama,, saling tlg menolong.. tumpangkn jelah.. bukan rugi pa2 pun..

    tp xpa kak jie,, bgs didikan kak jie.. jln pun pegi gk.. ad stngh tu ad kemudhn,, ad kenderaan.. tp nk pegi pun mls.. buat endah xendah ja tuntutn agama nie..

  19. kami dok kampung je….jalan Angah nak p tu turun bukit lalu Pusat Serenti

    tak mengeluh pun…cuma nak bagitau org lain
    jangan lupa buat baik 😆

  20. dah 2 kali jumaat, dah 2 minggu sejak dia balik bercuti…
    dia jalan kaki pergi balik
    kalau hantar, sesak jln nk masuk masjid
    tu suruh dia jalan kaki..
    sebab ramai org ke masjid yg sama…. kawasan kampung je pun
    bukan jalan kat bandar

    kata nak buat program dekatkan remaja ke masjid..kalau asas mudah ni pun kita org tua tak boleh buat…

Comments are closed.