Perlukah Anak-Anak Ambil Lesen Memandu?


Ngam-ngam sampai rumah malam tadi selepas keluar berfoye-foye dengan anak², mileage mencecah 4 angka.

 

Along adalah pemandu kedua yang saya insurankan, jadi terpaksalah tampal sticker.   Tak comel langsung!

( bangga riak giler tengok nama dia ada dalam geran kereta mama …)

Dulu masa saya tulis entri pasal saya hantar anak² yang cukup umur untuk mendapatkan lesen memandu ( waktu tunggu keputusan SPM ), saya menerima komen lebih kurang begini

“tak perlu bagi anak2 ambil lesen, biar dia dah kerja baru usaha sendiri dapatkan lesen memandu”

Sebagai ibubapa yang mempunyai dua anak bujang, saya akan tunaikan tanggungjawap saya untuk melindungi anak² dengan undang² jalanraya dan menghantar mereka mendapatkan lesen memandu yang sah.

Angah baru 16 tahun juga ada lesen motosikal.   Kata Angah , ada ibubapa kawan² dia tak mahu anak² mereka ada lesen.  Maksudnya tak mahu anak² mereka menunggang motosikal.

Kalau boleh, saya pun tak nak !  Tapi percayalah…. anak² yang kita larang, tegah itu sebenarnya dibelakang kita dia merempit meminjam motor kawan².  Daripada dia buat dibelakang tanpa pengetahuan, baik terang² secara sah.

Memanglah kita risau anak² dijalanraya, tetapi ini adalah dunia kehidupan kita…  nak tak nak  sayang bagai nak rak sekali pun, anak² perlu belajar menerima dugaan dan pancaroba kehidupan mereka.

Saya dah tunaikan tanggungjawap dengan berikan mereka lesen memandu yang sah , kenderaan yang sesuai dan jika berlaku apa² musibah selepas itu – saya redha.  Sekurang² saya tak menyesal kemudian hari kerana saya telah berusaha melindungi mereka.

Kelebihan lain , bila kami keluar berfoye foye bersama , Along akan memandu dan saya jadi “mem besau” .:lol:

Waktu ini dia kena tadah telinga dengar pok pek pok pek..buat macam ni, jangan macam tu….lain kali tengok situ, tengok kiri , tengok kanan…jangan potong….ikut kiri, lepas kanan…pok pek pok pek.

Kalau jadi cikgu memandu, anak murid pengsan berasap telinga!

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Ya! Saya mengaku lesen dah penuh.

    Tidak perlu tampal pelekat ‘P’.

    Tapi ..

    InsyaAllah akan tetap patuhi undang undang. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Asyrof Asri ..3 Kerjaya Profesional – Antara Syurga dan NerakaMy Profile

  2. hmm sye dh ade lsen kete n motor..hehehe..
    bru abeh spm nie..so mak sye jadi membesau..dok sblah je..:)

  3. Satu keperluan, tujuannya hasrus menjurus ke arah kebaikan.

  4. muhd ariff says:

    🙂 umur 16 tahun dah boleh buat lesen ke belom???

  5. faizmin says:

    bagi slh x bg lg salah

  6. Terima kasih kak jie berkongsi tindakan dan pengalaman kak jie..

    Mmg rasanya ramai yg tak bagi anak2 ambil lesen awal2…alasan? sama dgn apa yg kak jie tuliskan tu…

    Tapi, bila anak curi2 keluar malam, berlaku kejadian tak dihingini…habis semua salah orang lain dicarinya…

    Bak kata peribahasa “buruk muka cermin dibelah” :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Percayakah anda pada kad super ajaib iniMy Profile

  7. betul tu..rasa2 ada dia sebut dalam entri dia…hehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Percayakah anda pada kad super ajaib iniMy Profile

  8. Slm kak kujie 🙂
    yup Lorna sgt setuju nk ambil lesen mmg sesuai pas SPM tang tgh tggu result tuh…cozz bila dah sambung belajar mmg rugi masa weekend jerk ;p gipun, time tuh mmg semangat berkobar2 nk bwk keta sendiri…ehehe…
    wahh klu parent sponsored mmg best lerr..cam saya guna duit kumpol sendirik 🙂
    Jom terjah post menarik dari Lorna ..Sini Ada Hantu memang bestttt &amp klako!!!My Profile

  9. rasanya saya antara yang bertuah bapak suruh ambil lesen kereta + moto masa cuti lepas spm! yela utk orang kampung nilai rm700 tu sangat besar..

    tapinye walaupun awal2 dah ade lesen, 4 tahun kemudian baru berani bawak kete sendiri.. 😆 😆 sebelum2 tu cuma merempit naik moto je :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..kucing bertinjuMy Profile

  10. puteraduyong says:

    perlu dan memang perlu ambik lesen…sebab lagi lama harga makin mahal…ambik cecepat…nanti bila dah besar jadi pemandu yang sgt cekap…macam maknya… 🙂
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..BERAPA NIKMAT TUHANMy Profile

  11. saya amik lesen kereta dulu then baru motor. susah juga amik lesen di ISB ni hehe 🙂
    Jom terjah post menarik dari KNizam ..Musim Bunga Telah Kembali Pokok Epal Hijau Berkembang Mekar Bak Sakura F-8-2 Sector- Islamabad Punjab Province- PakistanMy Profile

  12. perlu jika berkemampuan dan cukup umur hahaha
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Betulkah aku lahir dalam bulan aprilMy Profile

  13. Sir Marcello says:

    nak kongsi story skit…

    saya memiliki lesen P memandu setelah tamat SPM…waktu tue..ramai kawan2 yang abiskan masa spt mencari kerja sampingan mahupun merenda…

    ada yang memperlekehkan saya dan ada juga me’nanti’kan dulu proses ambil lesen nie…

    sewaktu di universiti…ramai kawan2 yang baru terhegeh2 nak belajar memandu…dan ramai dari mereka mengaku menyesal tak ambil masa lepas spm…susah kata mereka..nak belajar..nak study…

    lepas adik saya settlekan exam spm nya…terus saya suruh amik lesen memandu…jadi sekarang nie dia jadi pemandu tetap keluarga dan pemandu peribadi saya bila saya ada di kg…hehehe

  14. setuju anak2 ini belajar memandu bila dah cukup umur.
    tapi nak ambil lesen sekarang ni memang mahal ya kujie
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..makin tua makin mahalMy Profile

  15. mungkin khidmat pemandu kedua diperlukan.. bila kena masanya
    Jom terjah post menarik dari Mus ..Deruan Ombak Di Batu Payung – Tinagat Di TawauMy Profile

  16. penting apa..
    bukan senang nak gaji drebar free zaman sekarang ni

  17. Apa yang Kak Jie cakap itu betul kalau kita tahan pun mereka akan naik motor kawan dibelakang kita. Sekurang-kurang mereka ada lesen sah ketika membawa motor atau kereta

  18. Saya bersetuju kalau ketika masuk Universiti sudah boleh memandu. Kalau hendak Latihan Industri pun dah senang boleh bawa diri.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Mari bermain Light Painting @ Light GraffitiMy Profile

  19. Bukan Ariff kata nak bawa MIG balik 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Buat projek dalam gelapMy Profile

  20. “tampal sticker itew?!” (Terperanjat sambil mulutnya bundar!)

    nanti calar cermin belakang tu kak jie.. hahahhaha

    psst: maza punyai lesen lepas graduan aje.. heheheh
    kebetulan pula masa tu selain masa dan kewangan juga tak mengizinkan.. huhuhu..
    Jom terjah post menarik dari maza ..Pondok Kecil di Tepian Pantai JepunMy Profile

  21. Ali ridha says:

    lesen kenderaaan awam juga la
    selalu aku layan. 😆 keadaan
    kawasan rumah sendiri pun dah bahaya. 😥

    setakat motosikal berani lagi la.
    sebut ”abang bawa kereta, hantar
    adik ke sekolah.dah nak hujan ni”.

    terus jadi takut semacam. 😎
    Jom terjah post menarik dari Ali ridha ..Comluv No last blog posts to returnMy Profile

  22. Saya, lepas SPM terus g belajar memandu.
    Tapi sempat belajar teori, pastu kena g PLKN.
    Lepas habis PLKN, cepat2 sambung. Selamat tak lupa 😆
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Beza Air Liur dan Air Liur BasiMy Profile

  23. betul, masa paling tepat adalah lepas SPM.
    Kalau dah masuk uni, memang susah.
    Ada kawan belajar kat UTp, terpaksa curi2 masa time weekend g belajar memandu, kalau tak silap kat Ipoh. Jauh tu.

    Kalau tak, tunggu lah lepas Uni. Orang dok sibuk2 cari kerja, kalau takde lesen kenalah belajar memandu dulu. Selalunya kalau perempuan, lepas kahwin baru nak ambil lesen. Sebabnya? Kalau takde lesen takleh hantar anak ke sekolah 😆
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Beza Air Liur dan Air Liur BasiMy Profile

  24. saya tak salahkan mak saya lah bila dia cakap,usaha sendiri untuk lesen.memang ada betul nya jugak..biar kita appreciate sikit duit bayar lesen tu kan..

    TAPI,bila dah lambat benor nak nunggu kroje nye kujie,mula lah time study dulu,dok pun jauh dari famili,saya ni ligat bawak kereta/motor takde lesen!ahahahah study kat nun utara malaysia,merempit sampai ke penang,berjimba sampai lepas siam border,MANYAK SYIOK! 😈 lagi la takde lesen,lagi syiok!ahahahahh

    untuk ibu2 bapa2,tak salah nak suruh anak rasa susah ambik lesen guna duit sendiri..tapi ingat lah,zaman sekarang ni,bukan zaman dulu2.depan kita tak buat,belakang kita Tuhan je tahu.kalau dah hilang satu anak sebab taknak sponsor lesen,ha,tak ke menyesal..
    Jom terjah post menarik dari saLoma ..rindukan salomaMy Profile

  25. fiffy syafiqa hazirah says:

    lesen sekarang ni adalah keperluan. cukup je umur ambik lesen trus. xkan lah nanti anak nak g supermarket 2 jauh dari rumah pun kena bapak yang hantar kan? nanti bila anak dah study, kena ke hulu ke hilir. xla susahkan org tua

  26. ahmadhaikal says:

    yap. perlu. Jawapan yang mudah. Dengan syarat, cukup umur.
    Jom terjah post menarik dari ahmadhaikal ..Tips on healthy living and physical inner For Men OnlyMy Profile

  27. sfatimahzj says:

    cair telinga along cmtu..kihkih~
    tapi bgus jugak lw awal2 dah ada lesen,
    kita tidak tahu masa akan datang kan..mana lah tahu ada emergency case..
    syabas ea kak jie..huhu
    Jom terjah post menarik dari sfatimahzj ..Ada Benar Kata-kata ItuMy Profile

  28. anak pak cik masa selepas spm dua dua belajar kereta dan dah pas dah.sekarang ni tak susah, pak cik boleh rehat sebelah sementara anak memandu.

  29. muhammad fakhruddin says:

    Saya anak bujang yang hanya ada lesen kereta tapi takde lesen motor.

    Cuma saya pun bukanlah kaki merayap, dah takde geng bila balik Teluk Intan setelah 5 tahun duduk asrama di Sabak Bernam… 😥
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Once Upon A Time In Sabak BernamMy Profile

  30. ramai yang gunakan cuti SPM untuk ambil lesen, kan..sebab lepas tu nak sambung belajar tak sempat , cuti semester pun 3 minggu

    lagi satu sebab, masa cuti tu anak2 bujang ni rajin merayau, kalau dah berlesen, tak de la risau sgt

  31. Betul, tambahan lagi kawasan perumahan Kak Jie jauh diceruk jin bertendang ni.

    Lagi satu dalam 2-3 tahun anak2 masih bawah ketiak mak waktu masih di kolej, dia dah dapat cukup latihan praktikal, skil memandu.

  32. Dulu sy menabung duit biasiswa nak amik lesen..kebuluran la jgak 2 3 bulan..

    hurm..nape lah akak tak nak amik sy jd anak angkat kak jie dulu??? 🙂
    Jom terjah post menarik dari liyana ..Make a wishMy Profile

  33. mak saya bagi hadiah belajar memandu ambil lesen untuk setiap anaknya lepas SPM..
    kata kakjie memang betul.. banyak kebaikan yang diperolehi..
    lindungilah anak kita..
    Jom terjah post menarik dari isza ..Dah sahMy Profile

  34. saya umur 19 baru amik lesen motor. pada saya dah menjadi keperluan zaman sekarang untuk sediakan lesen untuk anak2. masa saya dulu mak bapak tak mampu nak buatkan, so kene cari duit sendiri la.huhuhu
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..K29-Minuman tenagaMy Profile

  35. honestly kak jie
    aku ambik lesen pandu 2008
    dah tua baru nak ambik.. har3

    selama nih bawak keta tak der lesen.. brutal punya
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Juara Raja Lawak Musim ke 5 – Tahniah MANMy Profile

  36. nasib baik naik basikal tak perlu lesen,

    kalau “diorang” ban basikal-elektrik. memang silap besar lah, kesian datuk-datuk nenek-nenek kat kampung tu. datuk sedara saya guna kot basikal elektrik tu untuk ke surau berdekatan.

    eh off topik pulak apa ni -.-
    Jom terjah post menarik dari zala wajik ..Rasa Macam Nak Hentak Buku Pada BatuMy Profile

  37. Keta baru yer…he3
    Jom terjah post menarik dari decrewz ..Tahniah Buat Juara Raja Lawak Astro Musim ke-5My Profile

  38. teringat kenangan amik lesen memandu dahulu lepas habis SPM… 🙂

  39. pada saya sekarang lesen perlu untuk anak2 ni. bukan nak menggalak depa bersenang lenang sbb kita tolong bayarkan, tapi.. mane la tau, dalam kecemasan depa ada nak nolong nak drive keta atau bawa moto minta bantuan.

    ingat lagi, zana dpt lesen, tak lama pastu arwah abah masuk spital, sebulan berumah tangga kat spital, zana cuti blajar la yg bawak mak kulu kilir nek moto or keta pinjam makcik. yg pasti, skang ni lesen merupakan keperluan.

    percaya atau tidak, dah ada lesen, lagi malas nak bawak keta or moto. hehe… tu zana ler tu…
    Jom terjah post menarik dari Zana ..Anak Haiwan ApakahMy Profile

  40. Terimakasih berkongsi cerita.

    Bila dah masuk kolej, tak sempat nak luangkan masa nak ambil lesen,kan?

    Keperluan nak ulang alik dari rumah sewa ke kolej tiap hari.

  41. mak saya suruh dapatkan lesen kereta selepas exam SPM, sementara tunggu keputusan SPM dulu la belajar bawak kereta dan motor.
    lagipun, sy rasa skrg ni dah macam keperluan..

  42. Balik Malaysia ada ramai pemandu yang sudi jemput depan rumah… 😆

  43. saya mengaku saya takde lesen lagi..