Saya Suka Bila Cikgu Marah-Marah
Anak

Saya Suka Bila Cikgu Marah-Marah

‘awat seronok sangat ni…sengeh tak sudah?”

” hari ni tak de kerja sekolah…oyeh…oyeh….”

Itu saja? Ingat apalah sebabnya budak Intan bersinar² saja balik sekolah semalam. Selalu jemput dia muka monyok badan dah lembik.

“dalam tahun ni….. baru 2 kali tak ada kerja sekolah. Sekali tu  masa cikgu tak datang dengan hari ni”

Tuuuu dia! Dia boleh ingat sweet moment perihal kerja sekolah.

“kenapa tak de kerja sekolah”

“hari ni cikgu mengamuk..marah²…dok bising² ..berleter… ketuk rotan atas meja berkali²…cikgu betul² marah………..sampai lupa nak bagi kerja sekolah”

Credit: Paul Gilligan

LOL! Ada ke pula sampai macam tu. Mungkin bad day cikgu kot. Manusia, kan ada berbagai² emosi melintas hati. Cikgunya marah macam naga bersembur api, anak muridnya boleh balik melompat².

“intan pun kena………….. rotan sekali.   Spelling salah satu”

hahaha… hihihihi…… muahahahaha… sambil hembus² jampi serapah kat tepi jari telunjuk dia yang agak biru.

Kat sekolah Intan, biasa murid kena rotan…kalau kat sekolah lain mungkin dah kaya lawyer bawa kes turun naik mahkamah.

©kujie – dah hujung tahun , musim anak² exam.  Banyakkan bersedekah, mengaji , berdoa dan berbuat kebaikan.

EDIT : Kerja rumah  hari ini , buat karangan tajuknya ” Apa yang saya buat jika tidak ada kerja rumah”

pandaiiiiiiiii cikgu!  Bagi murid dapatkan pengalaman baru suruh murid siapkan karangan.:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Saya Suka Bila Cikgu Marah-Marah

  1. cikgu yang suka merotan nanti kita jadi cikgu rotan balik anak dia hu hu hu itu kalau jadi cikgu kalau anak cikgu tu pula jadi cikgu so anak kita waris kena rotan anak cikgu tu pulak hu hu

  2. semangat membara tak akan pernah padam, walau besar cemanapun cabaran mendatang. orang yang mahu mengubah hidup, pasti akan sentiasa bersemangat. apa jua yang anda lakukan, buat dengan bersemangan !! !! !!

  3. teringat masa sekolah dulu…. bila bising kene rotan…. hahahah terus jadi diam lepas tuh…huhuhuhu

    nasib jadi baik…kalau memeberontak tak tau sekarang jadi apa…. heheheeh
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Diskriminasikah SayaMy Profile

  4. pengakuan ramai guru:

    pelajar nakal ni biasanya guru mudah ingat dan bila dah besar, budak2 nakal ni lah yang selalu ziarah n horamt kat cikgu… yang cerdik pndai hilang ntah kemana.. balik kmpung jrang2 pun tak jmpe.. kenapa? sal diorg pndai sgt kot sal lupe jasa cikgu??

    maaf, aried emo sikit… heheheheh

    p/s: not smua camtu, segelintir jer…hehehhe.. yg lain smua baik2 kan…

  5. Masa kecik2 dulu aku pon suke gak buat lawak.. kadang2 ckg gelak skali, kadang2 cekgu maki..

    Aku suke bila ckg maki, bila ckg maki je aku buat lawak sume org dalam kelas gelak.. Pastu kita gelak same2! hehe..
    Jom terjah post menarik dari sadiq Salihoddin ..Exam Mula!My Profile

  6. he…hi…teringat zaman skolah dulu
    cikgu saya dulu ..pn cheng ajar metamatik memang selalu ler kena..sampai mak datang sekolah bukan nak support kita tapi dialog dia “teacher you know what best for my daughter…as log she’s tak cedera parah masuk hospital tempat saya kerja you buat la..” lol…..dalam hati masa tu “camner ni cikgu dah dapat green light?”

  7. dulu waktu sekolah mmg heaven kalu takde homework. huhuhuhu.lagi heaven kalau cikgu mc takde cikgu ganti.kelas sure cam kapal tenggelam. :p
    Jom terjah post menarik dari arin ..KenapaMy Profile

  8. kalau budak pompuan kena babab dgn cikgu, tontu dia malu yg teramat, kan.. hehhe

    tapi ada sorg awek di kelas maza dahulu kala (ahaks! mcm maza sudah purba sesangat) tangan dan kakinya sudah lali dgn rotan… sudah kematu katanya.. kematunya tangan dan kaki dia itu membawa sampai ke mukanya.. sudah jadi muka toya kalau kena sebat dgn cikgu.. hahahhaha

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Berlari mengejar impian di tepian pantaiMy Profile

  9. boleh je sek intan dikenakan rotan.. nape sek lain tak boleh.. huhuu.. adakah pemikiran ibu bapa sek ‘lain’ sgt berbeza dgn pemikiran ibu bapa sek intan? (intan sekolah cina kan?).. hehe.. sekali sekala bagus juga asalkan tak cedera sgt.. kan?
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Alexa Yang MesraMy Profile

  10. memang nampak biru sikit jari kelingking dia
    tapi boleh diterima – motivasikan dia balik
    suruh buat betul2 lain kali

    kalau anak mengadu sikit, mak bapa dah over acting
    memang susahlah….

  11. macam dia cakap…dalam setahun ni baru 2 kali tak ada kerja sekolah…………..memang hari² ada.

    tapi yang bestnya kalau cuti panjang ( 1-2 minggu ) cikgu bagi sikit..cikgu suruh anak2 murid p cuti

    itulah…redha dan hormat ibubapa pada guru anak² penting utk dptkan keberkatan.

  12. ok lah tu dia happy cikgu marah.. :mrgreen: maklumlah, cikgu zaman sekarang nak ‘sentuh’/(tegur) budak nanti takut keluar surat khabar, pastu kena blame jadi cikgu sebab tak dapat kerja lain..kalau saya jadi Intan, saya pun happy..penat woo buat kerja sekolah..kadang-kadang, tengah tunggu bus sekolah pun sempat habiskan kerja sekolah matematik 60 soalan satu hari..!
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Mari makan kalori dan bakar kaloriMy Profile

  13. dua hari lepas nasrun (6 thn) menduduki exam..

    balik rumah dia marah-marah. Dia kata cikgu bagi kerja susah-susah… Marahnya tahap maksima sampai tumbuk pintu bilik.. tak lama kemudian itu dia lembik, tertidur di depan pintu bilik..

    hahahaha…
    mcm2 karenah dibuatnya. hehehe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Berlari mengejar impian di tepian pantaiMy Profile

  14. kadang2 ada parents yg tak boleh terima anak dia kene rotan. pemutus cikgu kene marah balik…

    tingat dulu, bila kat sekolah kene rotan, balik rumah ngadu ngan mak, mak makin tambah, kene rotan lagi, lagi sakit dari cikgu rotan. serik, lepas tu terus tak ngadu dah…
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..Tak Cukup TanganMy Profile

Comments are closed.